Mommy for 4 adorable kids. Founder Mommylin Junior Food and VIP agent for Mommy Happy product
BCbM
Whatsapp 018.358.7660
@allene_mommylin
Latest Posts
Hai, Assalamualaikum semua...
Selalu kita asyik dengar pasal zakat. Dari kecil kita berlajar tentang zakat. Tapi secara asas sahaja. Dan kita juga sedia maklum, zakat ada dalam rukun islam. Berzakat ni, wajib untuk semua umat islam. Terutama pada yang berkemampuan.
Hai.. Asaalamualaikum...
Korang dah beli baju sekolah anak-anak ke belum? Haaa... Jangan lupa pula tau, walaupun ada anak-anak yang masih bersekolah dari rumah, tapi tinggal sebulan lebih sikit je sesi 2021 akan buka. Bukan apa, takut terlupa pula kan... almaklum, memasing kena PKPB, semua duduk rumah, jadi beku je kan.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, bongsu mommy dah setahun pun dia. Lewat mommy update cerita besday dia. dah sebulan pun. Musim Covid ni, nak sambut kat mana je. Boleh sambut kat rumah je... huhuuh mujur lah kedai2 kek, kedai makan masih boleh beroperasi. Jadinya main order je lah.
4 November 2020, genap harraz setahun. Haritu juga dah cakap ngn D, nak makan kek... walaupun besday anak, mommy terlebih excited, sebab mommy yang lalui detik seram tu. uhuhuh. Kali kedua kena operate, memang seram oittt. Tak pernah sangka akan masuk bilik bedah untuk sekian kalinya.
Hai... Assalamualaikum semua! Apa khabar? Korang sihat? ada ke di antara yang baca blog mommy ni yang kena Covid? Mommy harap tak ada lah yeah... Kalau ada, mommy doakan korang segera sembuh. Ini ujian dan dugaan kita kat dunia ni. Moga kesakitan itu menghapus dosa-dosa kita yang lalu. Setiap kejadian, perkara dan dugaan pasti ada hikmahnya.
Assalamualaikum... Halluu, korang perasan tak, sejak dua menjak ni, ramai dah dok citer pasal PG Mall. Bila dah ramai kawan-kawan mommy bercerita, mula lah mommy sibuk nak tahu juga, apa tu PG Mall.
Lepas dah baca blog kawan-kawan, baru tahu... PG Mall ni, adalah platform online shopping. PG Mall www.pgmall.my adalah satu-satunya Platform E-commerce tempatan di Malaysia dan telah ada sejak tahun 2017. Dah 3 tahun usia PG Mall dan memang akan dipercayai. PG Mall juga telah mendapat ranking top 3 e-commerce di Iprice insight report https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ Membeli belah di PG Mall sangat mudah kerana mereka menerima semua e-wallet dan apa jua cara pembayaran.
WOW STORE : FREE SHIPPING
Sekarang ni, sedang berlangsung promosi diskaun sehingga 80% OFF untuk kedai. Penghantaran percuma setiap hari dengan hanya minimum pembelian sebanyak Rm30 sahaja. Memang wow kan... Bukan itu je, cash back sehingga 3.5%. Antara Top merchandise yang mengambil bahagian adalah...
Sekarang juga, sedang berlangsung jualan murah untuk barangan berjenama 21 September sehingga 30 September 2020. Antaranya, Nestle, Gintell, Vivo, G200, Revlon, Old Town, P&G, Focus Point, Hurix, 4s Professional,Pineng. Diskaun sehingga 20% OFF dengan belian serendah RM50. Korang boleh terus ke link super brand dengan klik kat sini. >link< Jangan lupa guna diskaun code ni : PGSUPER
HEALTH & BEAUTY ESSENTIAL WEEK
Selain dari sale super brand, PG Mall juga Health and Beauty Essential Week yang bermula pada 15 September sehingga 30 September 2020. Diskaun sebanyak RM25 dengan hanya belian serendah Rm100 dan penghantaran percuma yang terhad RM4. Boleh terus shopping kat sini dengan klik ni >link< dan jangan lupa guna diskaun code ni : LOVEPGHB25
Huisshh banyak diskaun kt PG Mall ni kan! Apa tunggu lagi korang, cepat download PG Mall dan shopping guna codes diskaun yang mommylin dah share tu. Kita kan pengguna bijak, haruslah mencari yang banyak diskaun macam kat PG Mall ni.
Mommy free sangat harini. Mood pun baik nak update blog. Alhamdulillah, line elok plak nak bukak blog ni kan. Teringin sangat update blog hari2... tp tu lah! kadang tu socmed pun mommy tak sempat nak update. Dengan anak2 lagi, kerja rumah, business, baking. Kadang tu, terlalu banyak benda dalam kepala nak di keluarkan 1 persatu.
Assalamualaikum... Tak banyak yang Mommylin dapat share kt blog ontime. Biasanya mommy share kat Instagram. Mana2 yang sudi, leh lah follow k. Nanti mommy follow back 😘
Alhamdulillah, Mommylin dah selamat melahirkan seorang lagi baby boy... Hihi meriah anak lelaki dalam rumah ni. Secara sahnya (ceewahhh...) mommy sudah menjadi ibu kepada 4 orang cahaya mata. 4 orang bukan sikit ye... Ramai tu. Pinggang pun dah rasa sakit2 ni... Fuhhh
Cerita bersalin anak no 4 ni, mommy share guna vlog. Mommy akan share kt blog juga, tp view dari YouTube. Sapa yang sudi subscribe, sila lah ye... Mommy appreciate sangat...
Bujang no 3 Mommylin kali ni namanya Muhammad Harraz Azhraf. Maksudnya yang warak, menyenangkan/bijak
Baik budaknya... Tak banyak ragam. Kalau meragam pun, ala... Normal lah nama pun baby kan... Lahir di hospital putrajaya dengan berat 3.5kg (paling semangat setakatni) Berat mommy mengandung harraz pun paling semangat jugakk.. Hahaha entah bila nak turun pun xtau lah ni. Kembang sama je macam masa mengandung huhu...
Alhamdulillah dah masuk 36 minggu preggy adik baby sorang ni. Pelbagai liku-liku gitu... Dah tua-tua ni, tak mudah rupanya nak mengandung. Memang hebat lah mommy lain yang preggy usia hujung 30-an tu. Salutee !!