kbba

Latest Posts

.:: memori melahirkan Hafidh Aryan ::.

By 9:56 PM , , ,


Syukur Alhamdulillah...

Salam dan selamat pagi!

Lin nak simpan memori, melahirkan Hafidh Aryan, kat blog ni. Mana la tahu, nanti lupa pula. 
:D boleh ker lupe kenangan indah ni??? 

Ingat tak, Lin cerita pasal "Kontraksi Braxton Hicks (BH)"?

Sebenarnya, sehari selepas kene BH ni, Lin terus keluar tanda. So, maknanya sesiapa yang kene BH ni, kena prepare, dan anggap betul2 nak bersalin, jangan lengah2. Lin dulu, ingat benda ni biasa jer. Tapi, tu tanda yang terdekat untuk bersalin. 


26 January 2012


6am - Air ketuban leaking.
  • Tapi, Lin ingat tu cecair biasa yang keluar, sebab sedikit jer. Orang kata, kalau air ketuban, kuantiti dia banyak. Dalam hati, confius juga. 


10am - Pergi check up kat Klinik Zuraidah.

  • Malas nak pergi klinik kerajaan. Sebab last check up kat PPUKM, doctor kata tak ada masalah. 
  • Hubby kerja. Lin drive sendiri, dari cheras - puchong. Ingat pas check up nak g Bangi, shopping barang bby sikit. 
  • Sampai jer Klinik Zuraidah, tunggu dalam sejam baru dapat jumpa doctor. 
  • Doctor Zul yang bertugas. Memula, timbang berat. 76.5kg. huhu... berat terakhir sebelum bersalin. 
  • Lin cerita pasal air yang keluar pagi tadi. Doctor Zul suspek, tu air ketuban leaking.  Tapi, Lin cakap, xde ada rasa sakit pape malam tadi.  
  • Doctor amik tekanan darah pula. Tinggi. (tak tahu la berapa) Doctor cuba amik 2-3 kali, tetap tinggi. 
  • Doctor terus cakap "awak nak beranak da ni". Lin masih terpinga2. Macam mana boleh tetiba pula nak beranak. Still blurr....
  • Doctor Zul, malas nak check lebih2, dia pun bagi surat untuk refer hospital. 


12pm - Singgah Rumah Mama

  • Sampai jer rumah Mama, Lin duk lepak2 kejap, main dengan Iman... tengok TV. Tapi dalam otak ni, still fikir, betul ker aku ni nak beranak da??? 
  • Tetiba, Lin cakap dengan Mak, Doctor cakap, along nak beranak da. Tapi tak rasa sakit pape pun ni. Surat masuk hospital pun doctor da bagi. 
  • Mak dengan muka panic! Kejap, mak rendam akar fatimah. Ko g makan dulu. Makan kenyang2. Nanti kat hospital da tak boleh makan. 
  • Lin pun pelahap la lauk yang ada kt dapur. Sambal ayam. Selera pula makan. Siap bertambah. Lepas tu, makan buah limau (CNY). hu.. mmg balun habis.
  • Siap makn, Lin Mandi. Mak pesan, kalau nak senang beranak, mandi basah kepala. Ikut jer apa mak cakap. Dah nak beranak, tak boleh derhaka. Nanti sush nak kuar baby... :D 
  • Selesai solat Zohor, Lin minum air selusuh akar fatimah. Mak kate, ni betul2 da ko nak beranak. Sekejap jer da kembang akar ni. Lepas minum, bawak 1 botol pergi hospital sekali.  


2pm - Bertolak ke PPUKM.

  • Masa nak pergi hospital, Lin call hubby. Bagi tahu dia. Then, dia tanya nak teman tak??? {boleh plak tanya macam tu... :( }
  • Tapi di sebabkan, Lin masih tak percaya akan beranak, Lin bagitahu hubby, tak sakit pun ni. Belum tahu lagi, beranak ker tak. Tak payah la. Lin pergi dengan Mama jer. 
  • Dari puchong, Lin drive sampai ker PPUKM. Sampai jer hospital, parking tempat jauh, dari ward emergency O&G.  Berjalan dari parking perrgghhh... sangat la jauh. Tapi tak pula rasa penat. Sebb sambil jalan, borak2 dengan mama. 


3pm - Check Doctor.

  • Tiba jer di ED for O&G, doctor amik tekanan darah. Still tinggi. Dia tanya, ada darah tinggi ker??? Lin cuma geleng jer. 
  • Lepas check air kecing, Lin di pasang alat CTG. Lama gile, sampai nak tertidur pun ada. Kemudian, doctor datang, Check samada air yang leaking tu, air ketuban or bukan. 
  • Dengan selambanya doctor memasukkan sesuatu ke SITU... uarrrggg... sakit.. :( resultnya, yes! air ketuban da leaking... 
  • Sekali lg dia memasukkan jarinya pula untuk check bukaan. Sakit wo... resultnya, 2cm open. masuk ward terus. 


4.30pm - Admit ward.


  • Keluar jer bilik doctor, Lin tersengih2 pandang mama yang bosan menunggu di luar. Bila bagi th mama, da 2 cm buka. Dia cepat2 call ayah bagi th. Lin pula call hubby.

  • Untuk pertama kali, naik wilcha. (wheelchair) . Nurse tolak smpi ker ward 2a (ward intan) Katil no 8. 

  • Kat area tu, ada 5 katil, tapi semua kosong. Lin sorang jer ada. Suasana tak nampk seram pun. 

6pm - Menanti kedatangan Hubby dan Ayah.


  • Gila lame tunggu laki aku datang. rupa2nya dia tunggu abis office hour baru bertolak dari ofis. Adoi.... patut la lambat. Tak per la. Janji, bila Lin meneran, dia kt sebelah. 

  • Ayah sampai dalam pkul 6.30pm. Mama da order mee sup dengan ayah. Petang tu, santap mee sup la. kurang dari 5 minit. Habis Lin makan. 

  • Masuk ward macam bidan terjun. Yang lin bawak, bag baju baby jer. Yang lain langsung tak da. 

7pm - Hubby sampai.


  • Setengah jam lagi, masa melawat tamat, baru la hubby sampai. Hubby bawak bag baju yang Lin da siapkn dari rumah. 


  • Duduk lepak2 dengan hubby sampai semua orang balik. Tetiba mulut tergatal, nak KFC... :D Sebab da tahu, kat luar ada restaurant KFC dekat stadium. 

  • Hubby pun beli Zinger burger... Makn lagi malam tu. Tapi, hubby dengan selamber keluar dari ward pukul 10. Padahal masa melawat sampai pkul 7.30 pm jer. 

  • Malam tu, Lin pun tidur dengan lena kekenyang. 


27 January 2012


7am - Check Bukaan


  • Pagi2 lagi, doctor da panggil masuk bilik... Apa lagi, kene seluk la. Bukaan baru 4cm. Tapi tak ada rasa sakit lagi. Lin pun tak tahu macam mana agaknya sakit bersalin ni. Yang Lin tahu waktu ni, sakit kena seluk jer... :( 
  • Yang sakit hatinya, Doctor pertama yang seluk pagi tu, dia suh breakfast dlu before tolak ker 1st stage. Tapi, baru nak makan, ada pula doctor lelaki datang suh check lagi sekali. 
  • Seluk lagi.. Ganas la doctor ni. Da la seluk lama. Tapi tak tahu bukaan berapa. Last2 mintak maaf. Datang pula doctor india perempuan. Seluk, cakap bukaan da 5 cm. Memang sengal la... da 3 kali kene seluk tuk pagi ni sahaja. 
  • Lepas balik kat katil semula, hubby sampai, bawak breakfast. Disebabkan Lin da sakit asyik kene seluk je, terus hilang selera nak makan. 
  • Nurse tolak Lin masuk ward 1st stage. Dekat ward ni, hubby tak boleh tunggu kat dalam. 
  • Sampai jer kat dalam, nurse terus masukkan ubat untuk berak. Tak sampai 1 minit, perut terus memulas. :( 
  • Lepas membuang, nurse pasang CTG. Masuk air, dan pasang alat yang check tekanan darah.
  • Masa tengah tunggu bukaan lagi besar, nurse offer Epidural kt Lin. Dulu masa belum nak bersalin, Lin mmg da nekad tak nak amik Epidural. Tapi, setelah diracuni dengan nurse kat sana, Lin pun text hubby, bagi tahu nak epidural. Memula hubby tak setuju. Tapi, pas Lin cakap, Lin takut kene jahit, sebab nurse bagitahu, masa jahit, makan masa yang lama. Hubby pun setuju, Lin pun inform doctor. 

  • Perasaan masa nak masukkan epidural tu, takut sangat. Yela, dia akan cucuk di bahagia tulang belakang. Rasa nyilu jer. Tapi alhamdulillah. Tak ada perkara buruk jd. Cuma, doctor kata, Lin isi tebal. Doctor kena masukkan jarum sepanjang 6cm dari kulit ker tulang belakang. Itu jarum yang terpanjang dia masukkan.

12pm - Mula sakit


  • Sakit2 da mula rasa. Lin bagithu nurse, bila dia check bukaan, da 6cm. Ada lagi 4cm nak tunggu bukak. Doctor estimate pukul 4 lin bersalin. 

1.45pm - Dah rasa nak meneran


  • Tetiba terasa nak meneran. Ada rasa sesuatu nak keluar. Lin pun jerit panggil doc. Nak keluar kan suara pun da lemah masa tu. Nasib baik nurse dengar. 
  • Nurse check bukaan Lin, da 9 cm. Bila dengar da 9 cm. Senang hati rasanya. Da tak lama lagi. 
  • Nurse tanya, nak dekat pkul 2 ni, nak tunggu hubby balik solat jumaat dulu or pergi labour room dulu? Lin cakap, nak tunggu hubby. 

2pm - Labour Room


  • Masa nurse tolak Lin ke labour room, hubby tak sampai lagi. Masa tu, Lin hanya boleh menangis jer. Nak jerit ker, meraung ker, mmg da tak larat sangat.
  • Bila hubby sampai labour room, nurse tengah siap2 kat katil untuk lin meneran. Nak bangun tukar katil pun da tak boleh rasanya. Mengensut dari katil yang di tolak ke katil satu lagi. 
  • Nurse tanya, ada air selusuh tak? Pergi amik. Argghh sudah.. Lin da rasa tak boleh tahan, tapi hubby pergi juga kat ward amik air selusuh tu. 
Nasib tak makan masa yang lama. Hubby sampai, process meneran pun berlangsung. Ntah brape kali teran pun tak tahu la. Nafas pendek, curi nafas pun tak pandai. 

Akhirnya, setelah nurse2 kat sane sibuk duk kata teran macam nak berak. Teran macam kena sembelit... 

2.59pm - baby boy 

  • Teran... dan teran... akhirnya keluar la bby boy. Leganya rasa tak payah kene teran lagi. 
  • Keluar jer baby boy, nurse siap tunjuk bird dia. Pastu siap tanya bby ape... Lin plak jawap slow, kene marah.. dia suh jerit... tak kuase aku nak layan... rasa nak tidur jer... 
  • Baru nak lelap, nurse letak baby yang tengah nangis, kat dada Lin. Terus baby berenti menangis. 
  • Wow.. terus bby berenti. Terkebil-kebil mata dia, pandang mummy. Lin pun leka tengok dia.
  • Putih plak ank aku. Mata sepet... ishhh... bangga, saya da jadi Mummy... :D




with love ♥
 .:: allene ::.

You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. best baca pengalaman org bersalin ni.nnti camne la sy nnti.huhu

    ReplyDelete
  2. semoga Hafidh Aryan menjadi anak yg soleh :D
    tq Lin share experience awak...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...nervous nk beranak...ngeee~

    ReplyDelete
  4. @reyna

    lagi best bila kita alaminya sendiri... :D

    @frida touch

    Tq untie... tak nak datang lawat hafidh ker? :D

    @nana

    dont worry.. beranak ni, mcm rezeki... ikut nasib...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. hihi... klu amik epidural... xrasa da...

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo