kbba

Latest Posts

.:: Jaundis ::.

By 9:09 PM , ,


Cerita pasal Jaundis ni, mmg orang cakap normal la... baby baru lahir mesti kena jaundis or demam kuning ni. 

Lin dulu pun anggap normal... nanti, jemur hilang la... Tapi apa yang berlaku sebaliknya. Jaundis Hafidh semakin hari semakin teruk. 

Pergi Klinik Kesihatan 3kali amik darah untuk check darah, Kecian kaki anak mummy kena  cucuk banyak kali. And at last, kena gak admit ke Hospital Serdang. 

Khamis - 1 Feb 2012

Saat yang memilukan, masa doctor kata, Jaundis Hafidh da naik 20.0 (380). Memang tinggi tahap 3 lampu. Or mungkin 3 lampu pun tak boleh, Hafidh kena tukar darah dalam badan sebab semua darah dia da kena toxic. 

Bila doctor tu kata macam tu jer, Lin pun terus berlinang air mata. Masa tu, Hafidh baru  6 hari. Terlalu kecil untuk di cucuk2 atau di kerjakan oleh doctor. Sepanjang perjalanan Lin ngn hubby ke hospital, air mata ni, tak henti  mengalir. 

Lagi2 setiap kali tengok muka hafidh. Muka dia da kuning truk. Muka da tak bermaya. Tak pernah terfikir, Kuning ni boleh buat Lin betul2 takut. Takut kehilangan anak tersayang. 

Sampai jer hospital, nurse bergegas bawak Hafidh ke NICU ( Neonatal Intensive Care Unit). Kat situ, semua keadaan bayi memang menakutkan. Banyak wayar sana sini. 
Dalam hati, Ya Allah, adakah anak aku akan jadi macam ni??? Tangisan bayi di merata tempat. Sayunya hati bila berada kat situ. 

Dengan tergesa2 doctor siapkan Hafidh, masuk dalam katil baby, cucuk tangan untuk masuk air, pasang 3 lampu therapy. Datang seorang doctor india, Bagi surat untuk kebenaran tukar darah bayi if dia masih tak ok. Lin mmg tak sanggup nak baca or sign. Hubby settlekan. 

Air mata ni, tak henti2 mengalir, lagi2 dengar tangisan Hafidh yang terjerit2. Dia sejuk sebab kena bogel. Tangan sakit kena cucuk, dan lapar, sebab tak boleh makan sehingga Jaundis dia turun. Bayangkan, ibu mana sanggup tengok dan dengar tangisan ank mcm tu skali. 

Tak ada seorang bayi pun kat situ yang kena 3 lampu, Hafidh seorang jer. Ibu lain, kalau anak menangis, dorang boleh susukan, dan tidur kan balik. Tapi Lin, hanya tengok jer Hafidh menangis. 

Malam tu, Hubby kena balik, Lin pula diberi pilihan, tinggal di sana atau balik. Memula rasa nak balik, yela dari duduk situ dengar tangisan anak, tapi tak boleh buat pape. Tapi, bila da fikir2 balik, biar la Lin tinggal kat situ, pape jadi kat Hafidh, sekurang-kurangnya Lin kat sisi dia. 

Hubby sampaikan pesanan MIL, baca surah al ikhlas, dan berdoa dalam hati. Lin pun amalkan malam tu. Sampai la terlelap. Cara dia, baca ayat pertama dan kedua, niat dalam hati, sambung ayat ketiga dan akhir. 

Dari pukul 5ptg, sampai la 3 pagi, baru hafidh abis puasa. Nurse pun suruh lin susukan dia. Pagi tu, Hafidh da surut Jaundisnya kepada 2 lampu. 

Dengan semangat, Lin amik Hafidh dari katilnya, balut hafidh yang menggigil dan peluk sekuat hati, rindu sangat dekat Hafidh baru 10 jam terpisah dari mendakap si kecil. 

Selesai susukan Hafidh, Hafidh lena tertidur, Lin kena letakkan Hafidh kat katil semula dan pasang lampu. Hafidh dibogelkan semula, hanya pakai kantung air kencing. Nak tak nak, Hafidh kena jalani terapi. Lin tak sanggup, darah dalam badan Hafidh di tukar dengan darah orang lain. Lin ada offer, untuk doctor tukar dengan darah Lin. Tapi doctor tak bagi, takut lambat untuk penyulingan darah. Kalau lambat, bayi boleh mengalami kecacatan otak. Nauzubillah.... Mintak jauh semua tu.

Selang 2 jam, Lin mesti stopkan lampu terapi, bersihkan air kencing Hafidh, balut Hafidh dan susukn Hafidh. Sampai la hari siang. Alhamdulillah, Hafidh da tak menangis. 


Jumaat - 2 Feb 2012

Panat jaga Hafidh di ward, Daddy Hafidh kat rumah pun tak senang tidur. Jumaat tu,   awal pagi lagi, hubby da bawak lunch untuk Lin. Yela masih dalam pantang, mak Lin takut Lin salah makan. Yela, anak pertama still tak ada pengalaman pun. 

Hari kedua, keadaan Hafidh semakin baik, Hafidh memang anak yang kuat dan tabah. Tengahari, hafidh ditukar ke bilik yang separa critical. Kat situ, lebih selesa untuk jaga Hafidh. 
Tapi, Hafidh seakan fobia. Dia tak selesa bila di telentangkan. Setiap kali Lin letak Hafidh kt katil selepas susu, dia mesti menangis sekuat hati. 

Panic juga Lin masa tu, Lin tanya nurse, kenapa dia menangis, sakit ker kena lampu tu. Nurse kata mungkin dia tak selesa, lampu terapi tu, gatal. Nurse suruh Lin terlangkupkan Hafidh. Lepas tu, dia terus diam, dan tidur. 

Petang tu pula, doctor amik darah hafidh, untuk check jaundis berkurangan or bertambah teruk. Alhamdulillah, Hafidh semakin ok. Jumlah nya pun turun banyak. Kalau di ikutkan, petang tu, Hafidh da boleh discharge ward.  Tapi, sebabkan dia admit critical case, Hafidh kena tunggu semalaman dulu, tepat 12am, lampu da tutup. 

Sabtu - 3 Feb 2012


Pagi2 lagi, ada nurse dan doctor datang check up Hafidh. Yang paling kelakar sekali, Hafidh da selesa dibalut, bila doctor pakar, datang nak check hafidh, doctor tu bogelkan Hafidh... apa lagi, kena pancut la... semua orang gelak... Hafidh2... kot ye, tak suka jangan la pancut doctor tu... :D

Tengah hari, baru dapat keputusan, samada, Hafidh betul2 boleh discharge or tak. Alhamdulillah, Darah Hafidh semakin baik. 

Sementara nak tunggu, surat discharge siap, Lin dengan hubby duduk dekat dengan 1 ward bayi ni. Tak sure apa masalah baby ni, tapi tengah kami duk berbual, tetiba jantung bayi tu terhenti. Ramai sangat doctor masuk bilik tu untuk selamatkan bayi tu. Sehinggala doctor pakar datang. Alhamdulillah... bayi critical itu selamat. Berdebar2 kami yang melihat situasi tu... sangat la cemas... teringat2... dah la badan penuh wayar... nauzubillah... mintak jauh...

Pukul 3, Hafidh keluar meninggalkan NICU. Harap2 Hafidh tak akan jejakkan kaki kat NICU lagi, Ammmiiinn... 








with love ♥ 
.:: allene ::.

You Might Also Like

8 leave a massage here...

  1. wuuuuu x sampai hati tgk baby dlm tu :(

    ReplyDelete
  2. @nana:

    tu la... nampak biase jer... tp bila kena ank sendiri.. sakit hati... :(

    ReplyDelete
  3. sedihnya. mujurla zaumar kena kuning kejap je. kena amik darah 3x kat kk. tapi memang tak senang duduk-la. berposak tanya petua kat orang sane sini. semua nak cube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama zz, kadang2 tu petua tu langsung tak jalan... mcm2 cuba... lg stress adalah. pasni, klu kena kuning sikit2 bwk jer g hospital. dr kena teruk cmni. kesan kuning ni pun sangat bahaya. bby boleh cacat. sblum ni, tak pernah kesah pun.

      Delete
  4. Nanti auntie jumpa hafidh yer...

    ReplyDelete
  5. Sedih...macam babay iman erna jugak..semoga anak kita sihat dan dapat membesar normal macam kanak2 lain.amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la erna... sebulan dia kena... nasib tak kena tukar darah... klu tak. menangis jer la hari2...

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo