kbba

Latest Posts

.:: hafidh da start solid food ::.

By 9:00 AM ,

Salam mommies, percaya tak hafidh sekarang da start solid food??? Dia baru je 4m 3w (146 hari) Kenapa cepat sangat nak bagi hafidh makan??? Mesti ada orang yang akan cakap macam tu kan...

Sebenarnya, ingat tak entry lin yang pasal menantu hantu tu???
Hari tu kan hafidh sibuk jer nak ngempeng. Nen ni rasanya da pedih asyik nak ngempeng je. Tak bagi mengamuk garu2 kepala pula. Kepala dia da la senang luka. Nak tak nak, kena la bagi juga.

Hari yang sama, lin perasan da, kenapa la anak lin ni??? Asyik lapar jer, tak kenyang ker? Da nak makan ker? Macam mana ni dia baru 4m ++. Boleh ke dia makan??? Pergi tanya Mr.Google, mesti ada jawapan. Dan hasilnya, yes! Da dapat. Walaupun berbahasa asing, tapi berkat ilmu didada, tak teror pun boleh faham lagi la :)

Lin baca dekat baby centre. Kat sini dia ada bagitahu kita, syntom2 baby da boleh start solid food. Contohnya:

1. Kepala da boleh tegak bila kita duduk kan dia.

- yang ni, hafidh dari 2m da boleh. Tak boleh caya sangat sebab ni.

2. Bila kita makan, mata dia akan memandang ke arah makanan kita.

- tu dia, bab ni anak lin memang mengelinjang habis bila nampak makanan sekarang. Macam tahu ke rasa dia.

3. Tak cukup susu.

- ni yang kurang faham sikit. Susu hampir sejam sekali. Mati la mummy dia nak buat stok susu. Kalau tak cukup, tak pasal2 la mummy kena mintak kat lembu susu dia. Tak mahu la kan. Hafidh kecil lagi.

asyik dok mengunyah air liur... 

pastu... keluarkan lidah... 

lompat2 nampak makanan

muka tngh amik feel bau mkanan

nak makannn!!!! katanya dalam hati. 

Rasanya, 3 sebab ni da cukup kot untuk hafidh start semi solid food. Tapi.... Nak start bagi makan apa yek????

Lin ada join group solid food kt Fb. Tapi, info kat situ macam tak cukup. Mummy kat sana banyak bercerita pasal anak2 dan dugaan mereka untuk bagi homemade food kat anak. Jadi lin cuba cari group lain. Dan akhirnya jumpa 1 group ni, yang lin rasa sesuai dengan jiwa lin ceeewwaahhhh... Jiwa konon. ;)

Group ni shortfont dia, HSFFYB. Kalau tak silap la. Kat sini dia ada ajar macam mana nak buat puree, bubur... Apa yang boleh makan dan apa yang tidak. Lin ni tak ada la sampai nak ikut 100% kan. Tapi, apa yang terdaya lin akan buat.

Puree ni, nampak menarik. Sebabnya dia berasaskan buah buahan. Semua orang tahu, buahan ni kan bagus untuk kesihatan. Cara buat dia pun tak campur dengan apa apa bahan lain. NO sugar, NO salt, NO no no... Sihat kan. Macam makan buat asli. Tapi, bila kita stim or rebus mungkin hasiat dia akan kurang sedikit. Alahai, sikit je kot. Maknanya banyak lagi hasiat lain.

Memang da niat nak bagi hafidh homemade food. :) dah banyak kali mak wan hafidh bagi tahu nak bagi hafidh tepung beras. Tapi, lin rasa macam tak sesuai je. Terlalu heavy. Yekerr??? Yang ni pakai teka je, tak ada fakta yang menyatakan nya. Lagi 1, lin selalu mention kt mak wan nak bagi hafidh makan masa umur 6 bulan. Mula la mak wan cakap, 
" ko dulu dalam pantang aku da bagi makan tepung beras"!

Adoi, macam mana ni... Lin hanya mampu senyum. Sambil berkata dalam hati, "patut tembolok aku besar, rupanya usus da mengembang awal" wakakaka....

Ok, stop merapu. Untuk first trial ni, lin buatkan Apple puree untuk hafidh. Step dia senang je...

source: mr.google

1. Ambil sebiji apple merah, kupas licin kulit nya.

2. Potong dadu, kecil2 dan stim/ kukus apple tersebut sehingga empuk.

3. Lepas empuk, masukkan dalam blender, da blend sehingga lumat. Atau lenyek sehingga hancur.

4. Tapis Apple sebelum di masuk kan dalam bekas untuk di simpan.

Senang je kan?? Tapi lin tak beli blender lagi:((( buat manual memang sakit gak la tangan tangan ni. Tapi tetap enjoy masa buat homemade food hafidh. Rasa berbaloi jer. Lin akan prepare food untuk 2 hari. Sebabnya jumpa anak 2 hari sekali :)

Di sebabkan bekerja, dan hafidh da terdesak nak makan sangat, makanya mak wan dia la yang suap kan dia untuk pertama kalinya. Hari first hafidh start solid food ni, tengahari jer, banyak kali Lin call mak wan tanya hafidh ok ker tak makan. Mummy dia terlebih excited sudahh... 
Feed back dari mak wan, dia macam geli geleman. Sebab applekan masam :)
Tapi mak wan keep trying. Memula suap pakai sudu. Lepas tu tengok dia buat muka lain macam, mak wan dia masuk kan dalam botol susu pula, lebihkan susu. Sikit la dia makan. Tak apa, ni baru 1st trial.

Hari kedua pun mak wan dia cakap benda yang sama. Tapi dia makan la, cuma macam susah sikit nak terima. Kecian hafidh. Apple kena di teruskan sehingga 4 hari. Maknanya bermula 20/6/2012 - 24/6/2012. Tapi, lin Kecian dekat hafidh, dia macam tak suka apple, lin prepare puree lain untuk dia. Apple hanya 3 hari sahaja, derhaka sikit. Syarat untuk 4 hari tu, supaya kita boleh kesan alergik baby dengan food.

source: mr.google
Homemade food kedua hafidh avocado. Yang ni senang sikit buat dia. Buahnya da memang lembut. Lin cuma panaskan dalam microwave untuk memudahkan process melenyek. Puree ni, lin try hari ke 3 hafidh. Yang ni, lin yang bagi hafidh makan. Kira 1st time la nak bagi anak makan. Memula tu, lin nak guna botol je. Siap beli puting botol yang baru. Yang slow flow. Sebab mak wan kata, middle flow tu, melimpah dekat leher masa dia sedut.

Tapi, bila lin bagi hafidh sedut macam sedap sangat. Lin pun teruja gila... Macam suka sangat. Bila dia da stop sedut, lin pun angkat tengok botol susu tu, macam tak luak je. Dapat ke tak ni? Tengok oz dia sama je. Try tonggeng, patut la. Keluar setitik je. Tak macam susu. Lin pun try besarkan lubang tu. Bagi semula. Tapi sama juga. Nak kata puree pekat tak ada la sangat. Cair jugalah ni. Kecian hafidh, macam kena tipu je. Lin pun suap pakai sudu. Memula masuk dalam mulut dia, dia keluarkan balik. Tapi, bagi lagi sambil cakap "sedapkan.... Hafidh mesti suka... Mummy buat ni..." :) konon bagi rangsangan la. Akhir nya habis 2 oz. Lin pun tak tahu cukup ke untuk perut dia tu. Rasanya cukup, sebab pas makan, main kejap je nak tidur. Kenyang sangat la tu.

Ok, lepas ni nak buat sweet potato untuk hafidh pula... :)


Ni rupa puree apple
&
aksi Hafidh makan avocado.
Opppsss sudu tu tak sesuai sebenarnya. Tapi ni kira darurat la...
p/s : sok hafidh genap 5m. yeah... nak kena cucuk... tak sabar nak tahu berat & tinggi hafidh... 


with Love, 
.:: mummy ::.

You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. As-salam...

    comelnyer anak....tembam betol yea! reminds me so much of mine..anak u advance yea dh makan solid food...takpe, asalkan sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... dorawantan... baru je seminggu start makan... memula tkut gak nak bagi... tapi kebulur sesangat jer dia. tu yang bagi gak. tengok jer la size bdan dia kan... hihihi

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo