kbba

Latest Posts

.:: menantu jenis apa macam ni??? ::.

By 9:56 AM , ,

Last weekend, my mother in law dengan sister in law datang KL. Biasanya mereka ni akan tidur di Bangi, rumah sister in law. Tapi kali ni, mereka decide nak bermalam dekat rumah lin. Tapi masa tu lin ambil hafidh dekat Puchong. Kebetulan pula, masa tu ayah lin tak sihat. Jadi D tolong bawa ayah pergi clinic. Makanya, tak jadi la my MIL dengan SIL tidur rumah kami.

Keesokan harinya pula, kami sekeluarga bangun awal, kononnya nak berjoging + bawa hafidh jalan2 pagi. Tapi, disebabkan cuaca berjerebu yang teruk sangat tak jadila. Takut batuk hafidh makin teruk pula. Sedih, baru semangat nak kuruskan badan :(

D bawa kami breakfast di Raju PJ. Roti canai disana yang kosong harganya rm1.50 sekeping. Kalau roti telur pula sekeping rm2.70. Ambik ko... Masa pregnant dulu memang suka sangat breakfast kat sini. Ayah la yang selalu berlanja anak anak makan kat sini. Sejak tu, D macam addicted sangat kat Raju. Yang specialnya, makan guna daun pisang :) menarik...

Lepas habis breakfast, D ajak pergi pasar. Masa tu hafidh da tidur, jadi D sorang je la yang pergi mencari ikan di pasar. Nasib la laki lin tahu serba sedikit pasal beli ikan. Ni la berkat selalu teman ibu dia pergi pasar. Senang bini dia sekarang. :)

Balik jer rumah, lin pula mulakan tugas mengemas rumah. Sebab takut, tetiba je nanti MIL datang, abis la dia cakap lin pemalas pula nanti. D pula tolong menyiang ikan. Selesai kemas, D cakap nak makan bubur jagung. Lin pun masak. Tengah2 masak tu, MIL call suruh pergi Bangi, lunch kat sana. Selesai je masak bubur, kami pun pergi Bangi.

Sampai je di sana, akak tengah masak lagi. Lin pun tinggalkan hafidh dengan tok ibunya, dengan pantas membantu apa yang patut. Akak D yang kat Bangi ni, tengah mabuk mengandungkan anak yang ke 3. Kecian la diakan, kena prepare lunch walaupun tengah mabuk. Masa sampai tu, tengok keadaan dia, berkoyok kat kepala dengan tengkuk. Macam tu sekali, nasib masa lin mengandung dulu tak macam tu.

Selesai lunch, kami pergi IKea. Saja nak berjalan. Termasuk la akak D yang tengah mabuk tu. Da ada anak ni, nak berjalan susah sikit. Lagi2 bila bfkan... Bila hafidh nak menyusu, lin kena pergi cari tempat yang sesuai. Takkan nak NIP kat showroom pula kan. Hafidh ni, bila dia da bosan mula errkkk...errkk...

Dari Ikea, kami semua terus ke Cheras, umah lin. Dorang siap bawa toto. Yelakan, umah kami ni masih belum cukup kelengkapan nya. Otw balik, lin sibuk fikir nak masak dinner apa.badan da penat, tetamu mesti nak makan. D suruh lin masak ikan bakar jer. Tapi, mesti la nak ada lauk lain. Macam lauk yang berkuah. Errrmmmm... Sepanjang perjalanan asyik fikir jer. ( nampak sangat tak selalu masak)

Sampai di rumah, semua orang keletihan. Lin sibuk kemaskan dapur. Sementara tu hafidh dok dengan tok ibu dia. Ohh rupanya, akak ada bawa bekal balance lauk dari rumah dia... Jadinya tak payah la lin susah2 kan. Lin cuma perlu masak nasi, dengan bakar ikan je. Selesai jer masak, Si bam bam hafidh start mengamuk. Nak susu la tu. Selesai bagi susu, dia mengamuk juga. Tak nak letak. Nak kena pegang je. Adoii badan da lekit ni nak mandi, buat perangai pula. Lin take turn dengan D. Lepas D selesai mandi, lin pula kemaskan diri. Lama2 pun tak apa, sebabnya dinner semua da siap, tinggal nak tunggu MIL solat je dulu.

Masa dinner, lin memang tak boleh nak makan, hafidh mengamuk nak kena dodoi. Lin pun suruh la D makan dulu dengan yang lain. Sementara tu, lin try la tidurkan hafidh. Buaian tak bawa balik, ada kat umah mak wan dia. Memang sengsara la nak dodoi kan dia. Budak2 bising pula tu. Puas tepuk2 hafidh tapi tak nak lelap juga.

At last, daddy dia pula continue, sama je. Tak mau, dia nak dengan mummy dia ni juga, sebab ada bau kot. Selesai kemas, lin pun ambil hafidh bawa masuk bilik, susukan dia, sampai la dia tertidur dekat lengan lin. Dengan lin sekali tertidur. Syok habis la... Tetiba, akak ipar masuk bilik, tanya ok tak? Sebab dia tengok hafidh susah sangat nak tidur. Lin jawap ok jer, mungkin orang ramai, dia excited kot. Bila da terjaga, nak tidur balik macam tak molek je kan. Perlahan lahan lin bangun, pergi living tengok orang lain semua dok tengok cerikarama, tp D boleh pula tidur kat lantai dengan keadaan mata terbuka sebelah.... Apakah??? Letih macam tu sekali ker?

Lin kejutkan D bangun sediakan tempat tidur tetamu. Takkan tetamu nak tidur macam tu je kan, kena la serve baik sikit. Tapi tidur kat living jer la... Bilik tamu a.k.a bilik hafidh tak ada kipas lagi... :) tapi cuma MIL je tidur bilik, sebab tak boleh sejuk. Kena tidur atas tilam.

Lin pun suruh MIL tidur di Master bedroom, kami tidur di living. Masa angkat hafidh, dia tak sedar pun, nampak sangat dia letih. Sepanjang malam tidur, hafidh meragam juga la. Sikit nak nyusu... Lepas tu nak kena peluk. Memang sepanjang malam tidur kat lengan dengan atas badan lin. Manja sangat dia ni. Akak siap tanya lin tak sakit ke tangan?? Lin senyum je, memang sakit, tapi suka sebab dapat peluk hafidh. Bayangkan la, 8.3kg atas badan, tak campur pampernya berat lagi :)

Pagi2 da bangun, konon nak buat nasi goreng la. Tapi akak da ke dapur lebih awal. D pula pergi beli roti canai. Sebab nasi tak cukup untuk semua orang. Lin da siap2 kemas tempat tidur, lin pun susukan hafidh dan tidurkan dia. Macam biasalah, hafidh tidur, lin pun tidur, wakaka buruk perangai. Bila terjaga je, baru ingat air untuk minum pagi tak buat lagi. Ohh rupanyA D dengan akak da siapkan semuanya, tinggal nak panggil lin minum jer... Isshhh buruk perangai lagi. Selesai minum, lin pun angkat semua pinggan kemas. Dengar hafidh menangis, aduhh... Sekejap je budak ni tidur, tak sampai setengah jam pun.

Lin biarkan je dia main sorang sorang. Lin nak basuh baju, sidai baju dengan kemas dapur. Tapi, sempat sidai baju separuh jer, hafidh da mengamuk nak kena pegang. Alahai... Layan hafidh sekejap... Sambil tu habiskan sidai baju. Nak kemas rumah memang tak la. Sebabnya, anak2 akak ni memang kaki sepahkan barang. Biar je dulu,nanti dorang balik baru kemas rumah.

Tinggalkan hafidh main dengan tok ibu, lin pun ke dapur la nak prepare lunch. Tapi bahan tak cukup, suruh la D beli ayam, dia ckp nak makan sup. Sekali lagi hafidh mengamuk nak susu dengan tidur. Lin masuk dalam bilik, susukan dia dan tidur sekali dengan dia. Bila tersedar jer, anak buah kejutkan... " mok de, bangun makan"... Hahahah... Teruk kan. Orang datang rumah kita, patut kita yang masak, ni lin tidur, akak dengan adik ipar pula yang masak. Yang paling malu sekali, adik ipar ada bawak kawan sorang, bila lin nak lunch, baru perasan ada tetamu baru. Huhuhu, nasib la labu...

ni masa hafidh teman mummy dengan daddy breakfast.

muka marah kena duduk dlm stroller

kat pp tu, cakaran harimau... dari diri sendiri

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. inilah penangan sayang anak....walaupun citer pasal mummy dia yg asyik tertido je...gambar letak gambar muka anak kene cakar...xde kaitan..ahahaha..tapi truk btul luka dia..dia xnak pakai sarung tgn lg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tina... sekarang ni anak jer la... dulo2 boyfren... hahaha
      pakai... tapi dia suke isap tangan sampai lencut sarung tangan dia tu...

      Delete
  2. Alolooo Hafidh tu kepanasan kot.. rimah agaknya.. sekarang ni kan musim berbahang aje.. kkta yang dah besor ni pun rimas aje hehe.. ehh memandai aje ni hhee.. apa pun beruntung dapat ipar duai yang sporting.. kirim salam ehh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak shahriah agaknya la... :) ipar duai lin buat masa ni ok la... tak pernah nak dengar umpat belakang lagi... insyaallah... nnt lin sampaikan...

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo