kbba

Latest Posts

.:: apa yang terjadi malam tadi??? ::.

By 11:06 AM ,

Salam jumaat... Jumaat terakhir untuk kita makan sebelum berpuasa esok hari... :D
So, lin dengan ofismate da decide tak mo bawak bekalan ke ofis. Kami nak makan di luar. Makan kat mana tak sure. Janji tak mahal. Tengah sengket ni. (berjimat nak shopping kat bazar)

Semalam, hati terguris bila tengok FB. Pasal apa??  tak mo cerita nanti di tuduh aibkan orang lagi. Cukup la apa yang berlaku. Balik rumah lambat semalam. Pukul 7++ baru sampai rumah. Sakit hati bercampur dengan sakit belakang. Masa drive balik, sakit belakang macam teruk je. (kesan epidural kot) Sampai bawa kereta pun ada senget2 sebab tahan sakit.

Sampai je di rumah, D da sampai dulu. Tanpa kata, Lin lemparkan senyuman penat je kat D. D tengah kusyuk cari siaran TV yang lari. Suara TV keluar hanya la desah je. (nak mintak astro la tu) Letak bag, and barang semua, Lin mulakan sesi mengepam susu. (lewat 1jam)

Sambil mengepam, lin berbual dengan D. Termasuk la cerita yang di TV tu. D layan Dejavu Kinabalu tu... sanggup cari siaran. :) Bila selesai mengepam, lin rehat kat sofa. Memang santai jer malam kami. Anak rumah mak la katakan.

Lepas solat magrib, D baca yasin. Lin baring sebelah D yang tengah baca yasin. (bukan nak baca sama ) Sambil dengar D baca yasin, lin rasa tenang je. Pulihkan hati yang sakit di siang hari. Selesai D baca yasin, kami pergi pasar malam. Dah janji dengan hafidh nak beli potato dia.

Kat pasar malam, lin beli potato, bawang, ais blended dan cakoi. Tu je. Sikitkan. Tak tahu nak beli apa. Lepas tu kitaorang makan kat D'jamil. Perut da kenyang makan cakoi, tapi still lagi order nasi gorang cili padi. Lepas makan mual terus tekak. D pula order dimsum. Adoi... makan lagi. Memang buncit la malam makan banyak. Hilang diet oit...

Bila sampai rumah, lin terus baring kat sofa. Bukan tahu nak kemas rumah atau basuh baju, lipat baju ker... semua tak buat. Satu kerja pun lin tak sentuh. Bukak Ipad, tengok FB. Nak cari info pasal tarikh puasa. Da jumpa, tutup tak boleh tengok lebih2 nanti hati sakit lagi.(petua lin nak hilangkan sakit hati) Lepas tu, layan cerita cik da kat TV3. (waris) peberet D ni. Dia boleh tahu semua jalan cerita. Tengah2 layan, rupanya lin tertidur.

Bila sedar, pukul 4.30 am. Lin bangun pump susu. Pastu lin terfikir. Bila masa pula lin tidur dalam bilik?? Bukan tertidur kat ruang tamu ker? Kalau D kejut, mesti lin sedar. Tak kan la D nak dukong lin kot. Kalau dukong pun mesti lin sedar. Sambil mengepam tu, asyik la fikir.
Pandang D, tengok dia tidur elok je. Pelik la lin, macam mana boleh sampai kat bilik ni.

Lepas pump susu, Lin tanya D. macam mana boleh tidur sini. Dia kata dia kejutkan Lin. Lin jalan sendiri la. Masalahnya, lin memang tak ingat langsung perkara tu. Malas nak fikir, sambung tidur balik. Sedar, hari da terang. Tanya D lagi soalan yang sama. Jawapan sama juga la D bagi. Pelik. Memang tak bleh ingat langsung.


Adakah lin sleeping walking??? penyakit baru ke ni? Aikkk baru ada masalah, sampai dapat penyakit :(

source:google



with love ♥
 .:: allene ::.

You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. heheheh..aty pon selalu macam tu...tapi rasenyer kite separuh sedar kot mase tu..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh... mungkin la... kelakar je tak boleh ingt apa jd.

      Delete
  2. adik Mimie masa kecik dulu selalu berjalan masa tido..
    Sekarang tak tau la ada habit tu lagi ke tak..
    Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelikkn, klu jd cmni... klu bdk kecik mesti bhya...

      Delete
  3. sama la macam kayrul..suka sangat terbongkang depan tv pastu esoknya dah kat dalam bilik....kompem penyakit sama dengan lin...hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yeker? hihihi... samela kite...

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo