kbba

Latest Posts

.:: demam untuk pertama kalinya ::.

By 10:57 AM , ,

nn

Salam, semalam lin EL jaga hafidh aryan demam... :( 9/7/2012, untuk pertama kalinya anak mummy demam. Masa Jumaat mak wan da cakap yang hafidh demam, tapi mummy rasa macam sejuk je badan tu. So mummy pun ignore la. Sabtu, mummy ada picnic dengan kawan2 office, So dengan semangatnya mummy kejut hafidh bangun seawal 7am and mandikan dia. Tanpa air panas. Huhh. Hafidh da biasa mandi air sejuk.

Masa otw pergi PD, hafidh Memula ok. Tapi, bila da lepas tol PD, hafidh mula mengamuk amuk dalam kereta. Punya la penat nak dukung. Lenguh da tangan mummy. Puas pujuk tak jalan gak. Last sekali, mummy biar je hafidh bergayut kat tangan mummy. Itu je cara anak mummy senyap. Lenguh tangan tak ingat la kan.

Sampai PD, hafidh macam artis popular la, ramai orang menggeram. Lepas da kena geram, hafidh tidur. Fuhh lega mummy. Daddy dengan semangat pergi mandi laut. Suruh bawa baju tak nak. Konon tak nak mandi, bila tengok air, mula la tak tentu arah. Huh!
1st time rasa air laut.. 



teruja dengan persekitaran... tak heran pun mummy tangkap gambr dia

macam banyak masalah jer 

Bila da siap2 nak balik, baru hafidh jaga. Bagus anak mummy. Sampai je rumah, hafidh tidur lagi. Mummy dengan daddy ingat nak join sekali, tapi di sebabkan rumah macam tongkang pecah, mummy decide nak kemas rumah, basuh baju. Hafidh pula lin masukkan dalam buaian.

Da siap kemas rumah, mummy pun pergi la jenguk hafidh. Hafidh tidur macam tak lena. Kejap2 berbunyi... Tetiba bab!!!! Hafidh jatuh buaian. Terus mummy jerit panggil daddy. Daddy yang tengah tidur dalam bilik sebelah, pisat2 terus tengok hafidh. Hasilnya dahi hafidh bertanda. Sorry son, mummy tak sengaja. Silap mummy pusingkan buaian hafidh. Tapi daddy tak tahu :( daddy ingat tali pengikat putus. Sory daddy tak bagitahu, takut kena marah :p

Malam tu badan hafidh da mula panas. Mummy cuak terus suruh daddy belikan cool fever. Mudah mudahan, kurang panas hafidh. Tapi, hafidh tak selesa dengan penampalan di dahi, dia cabut. Adoi anak mummy da mengganas. Keesokan harinya, kami bangun awal. Mummy da serik mandikan hafidh pagi2. Mummy lap je badan hafidh. Lepas tu pergi breakfast. Lepas breakfast ingat nak shopping barang rumah, tapi dapat call dari kawan daddy dia nak balik Muar da. So kami bergegas pergi taman medan tengok anak kawan daddy tu. Kalau tak, entah bila la dapat melawatkan. Balik dari taman medan, baru singgah giant beli barang. Tu pun kejap je, takut hafidh sejuk nanti meragam pula dia.

Lepas balik, kemas2 rumah sikit terus masak apam polkadot. Terlupa nak masak tengah hari, sibuk nak masak apam punya pasal. Laki sampai tak makan tengahari. Hafidh tidur dengan daddy. Dapat call dari tok ibu hafidh, dia suruh pergi rumah mak ngah hafidh, kak anim demam asyik sebut nama hafidh ayan... Amboi... Sampai macam tu sekali.

Siap masak, buat bekalan untuk pergi rumah mak ngah. Hafidh yang tak sihat asyik kena keluar je. Adoi, nak wat macam mana nak, kena keluar juga. Weekend memang tak ada masa tidur bersama pun. Lepas balik dari rumah mak ngah, pergi rumah mak wan pula. Agaknya asyik berjalan je, tu yang buatkan hafidh bertambah demam. Tapi, masa rumah mak wan, badan hafidh tak panas pun.

Balik ke rumah hafidh mula panas, mummy tidur peluk hafidh. Malam asyik meragam je, badan hafidh makin panas bila malam. Mula la risau. Mummy dengan daddy gilir2 jaga hafidh. Sampai pening kepala sebab asyik tidur jaga. Keesokan pagi, mummy EL, daddy EL halfday. Bawa hafidh jumpa doctor. Dapat ubat demam, selsema, cair kahak, batuk. Kecian hafidh kecik2 kena makan ubat banyak.

Seharian mummy jaga hafidh semalam. Tidur tak nak tidur dalam buai lagi, (fobia kot). Tidur kat bouncer, pun tak nak. Nak tidur kat ketiak mummy je. :(
kecian... :( 
Hafidh tidur, mummy pun tidur la sekali. Memang tak ada keje mummy boleh buat. Bila mummy rasa panas hafidh tinggi, mummy lapkan badan hafidh dengan air asam jawa. Tu je yang mummy tahu, sebab bila demam, daddy selalu lap mummy dengan air asam jawa...Bila rasa sejuk, baru hafidh boleh ditinggalkan kejap, masa tu la mummy nak masak, makan, mandi, solat...

Malam hafidh still panas, mummy tengah baring2 dengan hafidh daddy balik dari kerja. Bawa balik udang dengan ikan yang daddy beli kat pasar malam. Mummy tak boleh tinggalkan hafidh, nanti dia mengamuk, jerit2 lagi susah nak pujuk. Jadi, daddy la yang siang semua barang tu. Lepas siang, daddy terus masak. Siap hidang untuk makan.

Baru bangun mak makan, hafidh da jerit2. Kena la bawa hafidh dengan bouncer dia, letak sebelah meja makan. Baru dia diam. Selesai je makan, dia menjerit balik. Kelam kabut mummy habiskan makanan, basuh pinggan tinggalkan daddy makan sorang2 terus amik hafidh, dukong. Kali ni hafidh menangis tak henti. Mula la menggelabah. Rupanya nak susu. Lapa tengok mummy dengan daddy makan sedap :p

Malam tidur, merengek lagi. Adoi yunk, macam ni tak kerja lagi la mummy esok. Pening asyik bangun tidur, banyak kali. Bagi susu tak nak (xde selera kot) badan makin panas. Last sekali pukul 5am mummy bangun check hafidh, tukar Pampers, sapu minyak kat perut, paksa hafidh susu.

Bila hafidh da terlena, mummy kejut daddy siap2 nak pergi hantar hafidh. Masa turn mummy bersiap, hafidh sambung tidur dengan daddy dekat ruang tamu. Sempat pula 2 beranak mi. Sampai je rumah mak wan, mummy rasa badan hafidh da macam surut demamnya. Alhamdulillah... Harap2 malam ni jumpa hafidh, sihat da anak mummy.

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. sian hafidh, anak i pun demam semlm..sb kene inject..hehe..kene monitor panas dia ja..

    ReplyDelete
  2. musim kot... kecian la bdak kecik demam kan... tak tido mlm di buatnya...

    ReplyDelete
  3. Alaaaa....sian hafidh.anak kuat..fobia kejap je tu dalam buaian :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la erna... rasa bersalah jugak...

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo