kbba

Latest Posts

.:: hafidh ke ENT ::.

By 10:46 AM , ,


Hafidh Aryan ni, dari lahir sampai la sekarang, keluar masuk hospital dengan clinic ni macam da jadi rutin wajib tiap bulan. Dulu, masa lin mengandung tak ada la selalu ada masalah. OK je. Mabuk pun tak teruk, yang teruk nafsu makan je. Oh.. patut anak aku gemuk sekarang... :( 

Mungkin ada yang pernah baca entry lin pasal hafidh kena jaundis. Hafidh punya jaundis ni, still tak tahu jaundis sebab apa. susu ker? darah ker? masalah hati ker? tak dapat detect lagi. Sekarang ni, hati, darah, throat, tu semua tak ada masalah. Sebab keputusan dari pihak hospital  sudah mengesahkan, yang hafidh tak ada sebarang masalah berkaitan benda tu semua. 

Tapi sekarang ni, hafidh kena check up ENT pula. Untuk pastikan dia tak ada masalah pendengaran atau pertuturan. 

Pagi 12 july 2012, Hafidh ada appointment dengan hospital serdang untuk periksa pendengaran dia. Untuk hospital Serdang, ENT ni di jabatan OTORINOLARINGOLOGI
Berbelit lidah nak sebut tu. 

Masa sampai, Hafidh tengah tidur dengan lenanya dekat stroller dia. Kebetulan dia demam masa ni. Menyusu pun kurang. Nak buat macam mana, nak beralih bulan mak wan dia cakap. Kecian anak mummy ni. OK. Nak di jadikan cerita, untuk ujian audio (for the first time), baby kena tidur. Sebab semasa ujian ni di jalankan, kena senyap. Tak boleh bising langsung. Even kita berenjut (enjut2 kaki nak tidurkan anak) itu pun tak boleh. Boleh mengganggu. 

Tapi, masa hafidh tidur, doctor dengan nurse kat situ tak nak pula panggil. Bila da terbangun budak tu, baru la terhegeh2 nak panggil. Sabar jer la kan. Kalau tahu nak kena tidur, awal2 da jumpa doctor or nurse kat situ suruh check kan hafidh dulu. Bila masuk bilik audio (hafidh da terjaga masa ni ) Lin pun pangkukan hafidh bagi mudahkan doctor kat situ buat ujian. Dorang akan masukkan alat dekat telinga, dan alat itu akan cuba detect sampai mana bunyi tu akan masuk ke dalam telinga. (ye kot, as doctor explain to me) 

Tapi, bila budak 5 month ni da bangun, nak senyap tak ada la kan. Even dia sakit ker, dia tetap buat bising. Buat bunyi, macam nyanyi2... for me it funny and i like it. But tak kena time la sayang... so, doctor tak boleh detact sound sampai dalam. So, lin kena bawa hafidh keluar semula dan tidukan dia. Then, Lin pun complain la... tadi dia tidur, kenapa tak panggil? Doctor dengan nurse wat muka macam endah tak endah jer... senyum2 kerang busuk gitu... Dengan hati hampa, Lin pun bawa hafidh keluar.

Budak baru bangun tidur, pastu nak kena tidur kan semula, ingat dia nak ker? adoiai.... pening2... Baru duduk dekat kerusi luar, lin da buat muka tak puas hati dekat D. Cerita la kat D apa tak puas hati. D sengeh je. Tu la laki kan... Tetiba masa pangku kan hafidh, dia ngendeng2 kat nen mummy dia. Hahh nak susu la tu. Lin pun bawa hafidh pergi bilik nursing.  Bila masuk je situ, ramai mommies kat situ tengah tidur kan anak. Ooo.. baru tahu, rupanya masa nurse panggil dorang semua tadi tu, nurse suruh bagi ubat tidur. Yelakan, budak da setahun ke atas kan liat nak tidur. Mind dorang da fikir nak main je. Sebab tu kena bagi ubat tidur baru boleh doctor check. 

Masa kat dalam bilik tu, ada 2 buaian yang di sediakan untuk tidur kan anak. 1 buai ada 4 spring. 1 lagi, ada 2 spring. Yang 4 spring da ada orang guna. Tinggal 2 spring je. Kalau masukkan hafidh agak2 putus tak spring tu? lin pun dok fikir je. Budak baru bangun ni, macam susah sikit nak tidur kan. Last2 tak payah la.  Letak hafidh dekat pangku, pastu enjut manual je. (goyang kaki) 

Cium2 hafidh dulu, mata, hidung, dahi... pujuk2 dia pastu suruh dia tidur. Dia pun macam khayal je. Tetiba ada seorang indian masuk bilik nursing tu. Anak dia buat bising. Adat la kan. Memula tu rasa rimas juga sebab hafidh baru nak lena, da ada orang buat bising. Stress je. Tapi, bila fikir balik it ok.. adat la tu. Tapi, yang sedihnya mak dia marah2 anak tu. Siap JENTIK mulut budak tu lagi sebab buat bising... WTH...!! kecian budak tu. Jangan la marah sampai macam tu sekali.    

Dalam sakit2 hati, lagi la Lin cium2 Hafidh... dalam 10 minit camtu, hafidh pun lena di pangkuan... Tunggu lama sikit, sambil borak2 dengan mummy yang ada kat sana, agak2 da lena betul2 baru lin dukong bawa hafidh terus pergi bilik audio. 

Masa check telinga kanan, memang lama... tapi telinga kiri sekejap je. Pelik. Rupanya telinga kanan Hafidh sound hanya masuk sampai gegendang telinga. Gegendang bergetar, tapi tak lepas belakang gegendang. Telinga kiri tak ada masalah. Tapi, doctor cakap maybe sebab hafidh flu, susah alat nak detact. (mummy pun harap2 cmtu )

Bila selesai, kami pun pulang dengan hati kurang gembira. Next appointment hafidh 15 jan 2013. Hope tu adalah apointment terakhir hafidh untuk ENT. seram mummy masuk situ... :( 





with love
 .:: allene ::.

You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. insyaallah..semuanya akan ok.lin jangan risau sangat. erna pun tengah cari masa nak hantar surat check up iman ke serdang. sebab iman ada masalah masa lahir. tu kena adarawatan susulan..mungkin akan kena buat rawatan macam hafidh ni. hafidh anak baik..insyaallah semuanya akan baik-baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erna, harap2 ok la kan anak2 Kita. Rasa down sangat bila dia sakit.

      Delete
  2. insyaAllah mudahan semuanya baik-baik belaka..
    hai allene , sy br ja follow blog awak, saya org baru disini, plz support me k..
    tq http://rayyanrizqie.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq yuyun... will follow u back k...

      Delete
  3. alaa siannyer..doakan semuanyer berjalan lancar dan Hafidh ok jer..insyaallah...hafidh akan membesar ngan sihat..aminnn...:)

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo