.:: Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun ::.
Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun
Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.
Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga b

oleh membawa kepada
masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah
makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu
makanan yang perlu dielakkan.
Makanan Yang Perlu Dielakkan:
Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan
Makanan Yang Perlu Dielakkan:
4 Hingga 12 bulan
Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.
Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
Makanan Yang Perlu Dielakkan:
12 bulan hingga 24 bulan best kinect games
Makanan Yang Perlu Dielakkan:
Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan
Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.Makanan Yang Perlu Dielakkan:
4 Hingga 12 bulan
Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.
Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.
Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi
berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana
risiko alahan putih telur adalah tinggi.
Buah-buahan Citrus:
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh
menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat
sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid
yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.
Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi
berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh
membawa kepada maut!
Kacang, Mentega Kacang :
Selain
daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga
boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.
Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur :
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi
masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan
mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak
mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti
yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap
susu lembu dalam keluarga.
Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.
Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
Makanan Yang Perlu Dielakkan:
12 bulan hingga 24 bulan best kinect games
Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk
pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula
memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang
dengan doktor anda seelok-eloknya.
Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan
terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika
sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.
sumber : link
with love ♥
.:: allene ::.
2 leave a massage here...
info yang sangat berguna maklum la anak saya belum setahun lagi perlu sgt tahu
ReplyDeletekayrul... btul tu kadang2 kita terlalai... ;)
Delete