kbba

Latest Posts

.:: Kerenah melangkah umur setahun ::.

By 12:23 PM ,

Salam sabtu =)

Minggu ni, Sabtu turn lin kerja. Redho je la. Kalau tak kerja pun, aktiviti duduk rumah je. Malam ni, insyaallah ada kenduri tahlil kat Shah Alam. Kalau tak ada aral kami akan pergi.

Sekarang ni, lin tengah kuat manahan mengantuk. Mahu tak nya, semalam Hafidh meragam. Tak tahu la pasal apa. Lin dengan D memang kurang pasti kenapa Hafidh jadi macam tu.

Semalam, balik kerja kami terus pergi Puchong. Sebab D selalu lambat pergi kerja hari Isnin. So, kami gerak asing2 dan D simpan motor dia di rumah mama. Malam tu da tengok perangai merajuk Hafidh. Orang tak layan dia, menonggeng nonggeng menangis sambil muka seret kat karpet. Langsung tak berhenti selagi tak ada orang pujuk. Nak tak nak amik dan pujuk dia.

Malam tu, OTW balik Cheras, dia ada gak buat hal, tapi bila lin besarkan suara, dia diam sampai tertidur. Sampai je depan rumah, mata dia celik. Terus segar. Biarkan je la dia main2 dulu before tidur. Lepas tu, lin terlelap, dia pun tidur.

Tepat pukul 12.30am dia menangis... puas pujuk, bila marah dia lagi kuat menangis. At last, kami bangun bukak semua lampu. Tukarkan pampers dia. Da tukar, boleh plk dia marah bila lin nak pkai pampers semula. D suruh pakai huggies dry pan. Lin tak suka pakai tu, sebab klu kencing bnyk boleh tembus. Tapi nak buat cmner, dia tak nak pakai pampers biasa. Seluar pun dia marah bila kita nak pakai kan. Biul jup malam td.

Kemudian, D dukung bawa pergi main dalam bilik dia. Lin sambung tidur. Terasa sakit kat perut bila kena tendang dengan Hafidh masa dia mengamuk. Nak buat camner, ni la dugaan bila beranak rapat. Tapi, tak pe susah2 dahulu, senang2 kemudian da besar nanti dorang akan jadi rapat.

Entah pukul berapa Lin tertidur. Tetiba D pass Hafidh susurh tidurkan dia. Lin pun amik dia sambil pangkukan dan susukan dia. Sambil tu, tengok TV. Nasib baik la TV3 ada melodi kot masa tu. Layan sampai Hafidh tertidur. Bila dia da betul2 tidur,baru la baringkan dia kat sebelah lin sambil peluk dia.

Tapi, pukul 4am dia mengamuk sekali lagi. Ya Allah... rasa tak lenapun tidur. Apa yang tak kena pun tak tahu. Lin cuba matikan diri, mana tahu, nanti dia sambung tidur. Tapi hampeh... mulut bising, kaki menendang lin, lepas tu naik atas badan lin. Lama2 da tak tahan, bangun juga. Memula lin marah dia. D marah lin balik. Sebab bila Hafidh kena marah, dia lagi kuat menangis. =(

Lin suruh D amik Ipad, lin pasang yasin. Memula dia diam. Pastu sambung mengamuk. D buat susu baru dia. Pastu main2 dengan dia. Da puas main, dia tertidur.

Pukul 5 pagi, bangun lagi sambil ngamuk2. Apa yang tak kena pun tak tahu la. Lin terus pasang Ipad lagu ABC. Yang sakit hati tu, dia boleh tepuk tangan sambil joget, siap angkat2 bontot!Lepas tu, bila da bosan kena layan sorang2, dia mengamuk. Sampai pmpers dia basah. Lin ganti pampers dia sapu minyak semua... bagi susu suruh dia tidur. Kepala da tingtong ni... asyik tidur bangun... tidur bangun...

Pagi2 pula nak bangun untuk siapkan nasi Hafidh. Alahai anak. Pening da mummy ko ni. Yang peliknya lagi, muka dia segar je, macam puas tidur. Mummy dengan Daddy dia, macam ayam berak kapur... huh!!!...

Harap2 malam ni, Hafidh tak buat perangai lagi. Please sayang, awak da besar... time tidur, tidur la... time main, kita main ye... =)

makin besar makin ingat nak main je.





p/s: sangat risaukan baby dalam perut ni, abang dia asyik tendang je. tkut gak klu ada benda2 tak baik jd. Tapi, so far alhamdulillah... perut tak sakit pun. Pagi tadi, mmy da minta maaf kat adik... cian dia. tidur dia pun kena ganggu... 



You Might Also Like

7 leave a massage here...

  1. Abg hafidh meragam npe? Sian mummy daddy n baby. Tak mau mcm tu lg eh abf hafidh.. syg dia.

    Kdang2kn lin kita jd blur bla ank meragam xtentu psal. Nk xnk sbr jelah. Besar phala lyn karenah ank.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq hana.. kadang2 mmg terasa biul kejap tgk anak meragam tnpa sebab... =(

      Delete
  2. Banyakan bersabar ye Lin. ida dulu pun macamtu jugak. sblm pregnant, haziq xberperangai sgt tp bila dh pregnant, mmg menjadi2 haziq.

    kdg2 sampai menangis sendiri bila haziq terlalu buat perangai. nak marah dia rasa tak sanggup, kita yang tahan sendiri.

    sabar ye.insyaAllah nanti Hafidh akan ok.

    Baby kat dalam tu kalau ada rasa pelik2 tu jumpala dctr

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq eida... lin pun harap dia akan ok.

      Delete
  3. alahai abg hafidh.. be a gud boy ye.. maybe abg nk perhatian dr mamapapa dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lya, hafidh terlebih perhatian tu yang jadi cmni... =D

      Delete
  4. alahai ghafidh..cian kat mummy...cian kat adik..takmo naughty2 tau

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo