kbba

Latest Posts

.:: oh anak... dugaan.... cabaran.... ::.

By 11:22 AM , , , ,

Salam...

Harini, 20130228 hari sangat mencabar sebagai mummy, isteri dan pekerja.

Semalam otw pergi amik Hafidh, D sms bagitahu balik lewat SIKIT. Ingat kan 7.30pm da sampai rumah, tapi tak, hampir pukul 10pm baru sampai. Itu sikit dia la.

Ambil hafidh rumah bs, ok he look happy clean, healty. Mummy pun tenang dan happy je. Tapi, susu yang bs bekalkan tinggal sikit masuk kereta, dia da mengantuk. Bagi susu, 10 minit je minum da abis. Da tu memekak la dia buat konset dalam kereta. Menguji tahap kesabaran betul. Puas pujuk, menyanyi la... last2 teringat ada Ipad dalam bag, keluarkan dan pasang lagu ABC. DIAM terus.

Sampai je rumah, 1 lagi masalah nak kendong hafidh + nak bawak 2 bag sekali gus. Dah tu, lin decide tinggalkan je bag hafidh dalam kereta. Nak kendong hafidh memang tak la. Layan kan je la dia berjalan. Ambil masa nak naik tingkat 4. Tapi ok la... Sejuk gak hati layan kegembiraan Hafidh berjalan2.

Sampai rumah, sempat tukar baju je. Yang lain memang tak sempat. Hilang kejap je kat mata Hafidh dia menangis. Kalau tak amik dia, dia akan meniarap telentang sambil tendang2 dinding. Amboi merajuk tahap macam tu sekali. Perut pulak da terasa lapar, konon nak masak la.

On TV, bagi Hafidh tengok TV. Tabur mainan kat depan TV. Main kejap je, asal mummy dia hilang dari pandangan, mesti dia melalak... Perrgghh.. stress biar dia main kat dapur, bawang2 semua dia terabur kan.

Masak nasi, pergi depan jup main2 dengan Hafidh. Da khayal main, baru tinggalkan dia, tapi 10 minite je la. Pastu sambung melalak... sampai la lin siap masak sayur hafidh, sambal ikan bilis, telur dadar, goreng ikan masin.

Asyik je menangis. Da siap masak, lin dukong dia nak tukar baju dan pampers. Sebab da selekeh sangat da budak tu. Rupa nya dia baking cake. Patut la bising je mulut dia. Lepas settlekan hafidh, da wangi, lin tidurkan dia. Nak kencing pun tahan lagi ni. Solat pun da terlewat.

Bila hafidh da lena tidur depan TV. Lin pun pergi bersih2 kan diri dan hati. Settle semua makan dulu. Da makan, gosok baju kerja esok, kemas dapur, kemas tempat tidur baru la rehat depan TV. Tengah2 rehat baru D balik. Siap bawak roti canai lagi. Tu la D. Kalau ada duit, memang susah nak mkn kat rumah. Kat rumah ni, masak bila tak ada duit je. huhuhu. Pastu tengah malam mengadu sakit perut. Sapa suruh makan roti canaikan. Da masak penat2. Sentap mummy. Penat tau. Esok taknak masak!

Awal pagi, dalam  2 lebih macam tu, hafidh mula la buat perangai dia. Main2. Main2 sorang tak pe, ni lonjak sana sini. Paling tak boleh blah terjah atas perut lin. Memang menjerit la. Sakit adik la hafidh. Aduh... camner nak buat yek. Mesti dia bangun tengah malam. Tidur lewat dia bangun pukul 4pg. Tidur awal dia bangun pukul 2 pagi. Arrgghhh streessss...

Bila mummy da naik angin, kena marah lepuk kat bontot baru dia sambung tidu. OK fine. Pkul 5 dia bising lg. Tapi kali ni, mata pejam, mulut tangan kaki je menghempas. Apsal la anak bujang mummy ni. Pkul 6.30 mummy da nak bangun sayang oii....

Bangun pagi, siap2 nak pergi kerja, lapa plak perut. Panaskan roti canai balance semalam, makan kejap. 7.30 pg baru gerak g ofis. Malangnya..... dari taman cuepac nak ke taman connaught tu, 10 minit je kalau tak jem. Boleh jadi sejam 15 minit. Mana tak gile lin dalam kereta tu. Kura2 pun da sampai taman connot tu agaknya. Hafidh plak melalak je dalam kereta.

Tak tahan tengok dia menangis, lin keluarkan dari car seat. (sangat risiko ok!) pastu, punya la dia suka sampai nak pandu kereta. Siap pegang stereng lagi. Arrggghh... Then, terbau harum.. baking kek lagi budak ni. Tak larat nak bau, singgah petron kat taman connot. Masa tu da 8.40pg tau. Cuci montot dia. tukar baju... dah siap baru terus kan perjalanan ker sg. besi.

Sampai rumah BS. 10minit lagi pukul 9. Muka hafidh suka je. Sebab da wangi, selesa.. tak ada la dia melalak. Lega kejap. Rasa terlalu penat. Nak MC pun ada. Basah keti mummy ko hafidh. Sampai ofis dalam pukul 9.15am. Nasib la mak buyong ada reserved parking, tak la terkejar2 parking. Dah leway bukan nak masuk ofis terus, singgah kedai sandwich, beli mocha blanded. I NEED CAFFEINE!!! for reduce streess... sangat tidak elok untuk mak buyong. Tapi, lin betul2 stress dan penat.

ok itu je. Semoga esok semakin ok.

p/s: ingat harini ada increament... tapi hampeh!!! gaji sama je. frust. Next month katanya. Kena tunggu lagi sebulan... uhuhuh
p/s: kurang stress dapat luahkan kat blog. Memang tulis blog boleh reducekan stress gak kan... 




You Might Also Like

8 leave a massage here...

  1. aiyooo pengsan baca..rin pulak hari2 hubby balik lewat, semalam pukul 10 br smpai, anak dia tidur pukul 9.55, maknya ni makan tidak, mandi tidak, buang air tidak, rehat tidak, sembahyang smbil terkocoh2 je, lps tu ngadap anak, suami smpai rumah, dia basuh pinggan n kemas dapur, terus dia tidur without makan, rin pun tak makan, klu dh penat mmg mls nk mkn, lps anak tidur, mandi, basuh kain, masak utk bekal anak esoknya, kemas dapur kemas rumah, dekat pukul 1 pagi baru tido..nangiss

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhhuhu besar pengorbanan kita kan.. harap2 anak sedar la bila da besar...

      Delete
  2. xdpt nk bygkan if nnt etty dh pindah dok sendiri..nk urus anak2..adoilah..skg ni leh lg sbb still dok ngn fmly..dorg leh tgk2 si ameer bila etty nk masak, buat house chores..hui..jenuhlah pikir..hehehe..xtaulah mampu ke x cm lin..kira ok lah bulih lg wt sume..hehehe..hubby etty selalu on time balik sama2..if lewat kalau dia ade operasi je..dia dh pnah pesan if nnt dh pindah dia kne OS ke kursus ke dia suh balik umah parent je..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun etty. klu duduk umah parent mmg senang. kadang2 lauk kita mak da masak. tinggal nak masak lauk anak je....

      Delete
  3. sungguh mencabar. bukan mudah sebenarnya nak jadi ibu gagah. lagi lagi lin hafidh masih kecil dan mengandung. semoga tabah ye lin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la erna... harap2 lin boleh lalui semua nya...

      Delete
  4. sabarlah lin..mcm2 dugaan dlm hidup kita nikan,jgn stress sgt tau..
    maaf sgt2 ye lin sbb dah lama akak tak jenguk lin ni.moga lin terus sihat ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak.. harap2 lin kuat... =D

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo