kbba

Latest Posts

.:: Tragedi lagi... ::.

By 1:15 PM ,

Fuhh... dari pagi aku Bw. Ni baru abis berBW. Penat gak. Mana yang sempat tu, Lin da drop comment. Mana yang tak sempat tu sorry ye. BerBW sambil buat 3D + tengok drama. Memang tak senonoh sikit la. Huhuh ni baru sehari tak datang kerja. Tak baca blog member macam tak sempurna plak hariku. :P

Ok la berbalik hal semalam. 20130404. Orang cina kata, angka 4 memang tak ada "ong" maksud dia mati. Memang mati lin semalam. uhuhuh...

Semalam, lin bangun pagi macam biasa. Pastu, terasa awal lagi nak pergi kerja, sempat gak la menggoreng cekodok pisang untuk anak dan suami tersayang. Pastu, cik abang tegur plak. Kenapa goreng. Isshh... geram je, bini tengah rajin kacau mood. =(
(memang mood asyik nak marah D je semalam)

Pastu, siap2 bagi debab tu makan, lin pun cau pergi kerja. Masa dalam kereta tengah panas kan enjin, D tegur lin, pergi la basuh kereta. Huhuh... Lin naik angin lagi sekali. Entah apasal asyik nak marah D je. Masa salam dia muka dia pun lin tak nak pandang. Huhuhu derhaka sungguh lin semalam.

Bila da masuk highway, Hp berbunyi. No security guard keluar. Apahal plak kan. So, bila jawap rupanya suara D. Dia tertinggal kan kunci dalam kereta. ????? bertambah meroyan la lin dalam kereta tu. Sebab kena patah balik rumah. Da la jalan menuju ke MRR2 tu jem tahap infinity... huhhu Pastu, tempat U turn memang jauh.

Sambil drive, mulut ni asyik la bebel. Huhuhu Tetiba... BBBAAANNNGGGGG!!!...



Lin langgar kereta orang. =(((((((((((((((((((((((((((((((((



Ya ampun, seriusly lin takut sangat. SANGAT...SANGAT.....!!!! Dan lin boleh plak tak berhenti. Selambar melarikan diri. Orang tu kejar OK!!. Dan akhirnya lin berjaya melarikan diri. Tak tahu apasal jadi menggelabah macam tu sekali. Seram!!!

Lin tak tahu, lin salah or orang tu. Sebab lin memang ada dalam lane, orang tu, nak tukar lane, cuma kereta dia da terjulur, dan tak bergerak. Lin mmg tak perasan pun kereta tu, tu yang selamba jalan macam xde benda blok. Akibat dia... kereta calar la weiiii... tak sampai setahun , calar balar da kesayangan aku tu. huhuhuh...

OTW balik rumah, tangan ngn kaki memang  menggigil. Tapi, sempat gak la berfikir, nak pergi kerja or amik EL? Fikir2... sampai la rumah. Nampak la D dengan kain pelekat dia tu, duduk kat guard house. Terus pergi kat visitor parking. Park dan keluar tengok kereta. Fuuhh... nasib calar je. Tak kemek. Then, D pun pelik. "sayang langgar apa??? " lin tak jawap pun. Tapi menangis. Menangis... dan terus menangis.....

Pastu, gerak kereta park kat tempat sendiri. D pun follow. Lin plak sambung menangis. Macam orang giler... tersedu2. Alasan sebenarnya lin menangis, bukan sebab kereta sangat. Tapi sebab perangai derhaka ngn laki ku aritu... uhhuuhuh Sorry B... =(  Mesti sbb tu lin dapat bencana. Dan sebab lin gak, lin bahaya kan 2-2 anak lin. =( Sorry my kids... Nasib tak serius kemalangan tu. Rasa berdosa sangat.

Pastu, D tanya lin nak pergi kerja or nak cuti? Hafidh plak da tertidur dalam kereta. Lama sangat rasanya perjalanan tu. Nasib tak jadi pape kat Hafidh. Lin tak peduli dengan soalan D. D pun amik Hafidh dukong bawa naik atas. Lin ??? apa lgi, sambung nangis. Dalam 10-15 minit. =D Tak pernah rasanya lin menangis cmtu ok. Burok beno!

Pastu bila lin naik rumah, tengok D tengah duduk kat meja makan. Hafidh plak tidur kat ruang tamu. Lin terus masuk master bedroom, bukak tudung, sambung menangis.... =D menangis lagik!!!!

D pujuk lin, tapi lin tetap tak nak tengok muka dia. Malu.. mata da bengkak. Tetiba dengar Hafidh menangis plak. Terus lin pergi kat Hafidh. D siap2 pergi kerja.

Lama lin lepak kat living hall. Sampai perut ni, da keroncong. Dari pagi tak makan pape. Tak sempat plak nak order nasi lemak dari D. Asyik nak nangis je kan.. padan muka.

Lama2, lin semakin ok. Hati da tenang. So, buat kerja rumah untuk lupakan masalah pagi tadi.

Sampai petang, D balik, dia bisik kat lin, " kenapa menagis pagi tadi???"  malu sey.. D ungkit pasal pagi tu. Lin tak jawap pun.. senyap je. Bagi senyum hambar je... hehehe... tahu pun malu :P

Pagi ni, bila nak pergi kerja, D siap perli lin lagi. Meh salam.. peluk sekali, jangan marah2 kat D lagi. uhuhuh... Daddy perli mummy Hafidh! malu. >_<

Alhamdulillah... harini semuanya ok. Cuma... kereta ku.. uhhuhuuh lalaalal....




You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. Ok. Nak gelak dulu. HAHAHAHA

    Lawak la lin. Nangis puas2 pastu malu. But, seriuously, hana pernah mcm tu. Nangis sbb geram dgn suami, apstu bila suami pujuk nangis terharu. Dia pun pelik entah kenapa nangis beriya. BAHAH.

    Pasal excident tu, nasib baik lin and abg hafidh tak ada apa2. scary la jugak bla org kejar tu, pandai lin larikan diri. Agaknya teruk ke x kete org tu. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. pompuan ni ngengada kekadang... =P

      tu la hana nasib xde pape...

      Delete
  2. bahayanya lin..
    mujur x jadi apa2..
    sbb tu time drive xleh marah2.. kena tenang2...
    tp yela.. mybe time ni mood lin x ok.. tu rasa nak marah dar awal.. lya pnh alami situasi ni.. lg bertambah nak marah, tba2 ada lak pyebab lain y menambahkan kemarahan ni..

    tak pe la lin, selagi kt idup ni..hari2 la kt mtk maaf dgn husband kt.. hdup laki bini mmg xlps drp pkara cam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la lya... lin ni mudah hangin... benda kecik pun kadang2 nk melenting... tp cepat cool... lin pun harap tak jadi pagi benda2 cmni.

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo