.:: Tanda-tanda awal bersalin ::.
Dah 36 minggu, kerja nya menghitung hari jer la... Hari2 check diri sendiri, ada perubahan tak? Ada kuar air yang bukan air kencing ker, keluar darah ker, braxton hicks ke... Boleh kata asyik fikir je pasal hal bersalin... ihihi tak sabo da sebonarnya.
Nak ulangkaji pasal BH kat sini. >>link<<
Antara tanda awal yang lin copy dari page pa&ma.... >>link<<
1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir
ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu
tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini
mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses
bersalin.
- Macam da kerap je lendir tu keluar. Tapi darah tu belum la.. ke itu keputihan... uhuuh tak pasti la...
2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling
kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi
sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari
semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya
anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau
bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda
mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5
minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.
-Perut ada gak menegang. Tapi tak kerap la.. kadang2 dalam 2 jam sekali je...
3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar
dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar
seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna
hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih
berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini,
sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan
lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan
kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan
air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak,
untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa
ingin membuang air kecil.
- Ni belum lagi. Dulu masa hafidh air ketuban leaking. Tapi sikit je... Nasib pergi jumpa doctor...
Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun
anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang
bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi
perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda
mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak
mengalami tanda awal bersalin.
- Yang ni tak risau pun. My baby memang active.
Rutin pemeriksaan
1. Vaginal examination
Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah
benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya,
pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin
hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.
2. Cardiotopograph
Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.
3. Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.
4. Palpation
Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.
Proses kelahiran
1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm
Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:
- Senyap (latent)
Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.
- Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya
anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula
pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak
pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai
bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi
semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan
paling akhir setiap 40 saat.
2. 10 cm sehingga bayi keluar
Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam
untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan
anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum
atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini
perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika
terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku
komplikasi yang lain pula.
3. Uri dikeluarkan
Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan
uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna
boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali
sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.
Info
Ubat membuang najis
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik
bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang
digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus
kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri
najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan
memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat
ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak
melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar
ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.
Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya
berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami
tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah
masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan.
Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah
sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah
ke hospital.
6 leave a massage here...
gud info..
ReplyDeletetake care lin..
sama la kita menghitung hari..
hehe
tq mimi....
Deletemenghitung hari dalam ke tidak sabaran ni... =)
akak dulu keluar darah huhu..tak sakit tapi lepas doc pecahkan air ketuban tu baru rasa sakit nyut nyut ;p
ReplyDeletetu yg start berpusing tangan kat katil tu..
orang kata keluar darah sakit lebih.
Deleteuhuuh seram plak kak da dekat time da ni...
dah menghitung hari ye..moga segalanya dipermudahkan ye lin
ReplyDeletedah tak lama tue...pejam celik pejam celik hafidh nak jadi abang dah
ReplyDelete