kbba

Latest Posts

.:: detik kelahiran putera kedua ::.

By 10:16 AM , ,

20130529

After lunch, tetiba perut rasa macam tak berapa selesa. So, settle kan semua kerja cepat2, then pergi ppukm.
Seri offer tuk hantarkan. Tapi tak rasa pun contraction ni kuat, still leh drive lagi. So drive sampai di emergency bersalin.
Terus register dan buat ctg + VE. Hasilnya 3cm open

Register untuk masuk ward. Dapat di ward lama masa lahirkan hafidh. Ward 2a katil 11. Katil pun berhadapan dengan katil lama. Tetiba boleh teringat saat melahirkan hafidh. Memang indah...

Bag2 baju still dalam kereta. Nak amik jauh sangat la pulak parkingnya. So, tunggu D datang baru minta tolong D amik kan. Sementara tu, lin lepak je atas katil.

Pukul 6pm - D sampai hospital. So kitorang discuss macam mana nak amik hafidh dan D kena bawak balik kereta yang lin parking. Lepas discuss D turun amik semua barang yang lin dah standby dalam kereta. D teman lin sampai habis waktu melawat. D xleh lama sebab kena amik hafidh Kat umah bs.

Pukul 7.30pm - waktu melawat da abis, D kena balik. Lepas bersalaman lin sempat gak pesan kat D, jangan tidur lena sangat, sebab takut nak beranak pulak malam nanti. D dengan confiden cakap takkan beranak malam ni. :)
Lepas D balik, sempat gak la Lin layAn teduhan kasih. Tengok adi putra sebelum beranak. SUka sangat da tu.

Pukul 8pm - VE kali kedua. Yang tak sukanya dah la doctor lelaki. Doctor baru pula tu. Sakitttttt!
Bukaan still 3cm. Doctor suruh banyak kan berjalan.

Balik ke katil, rehat kejap. Lepas tu, mandi, basah kan kepala. Teringat pesan mak, kalau basah kepala nanti mudah bersalin. Harap2 menjadila...
Selesai mandi, Lin mengaji kat atas katil. Tetiba dengar jiran sebelah katil da mengerang kesakitan.

Pukul 9pm - doctor pakar datang buat lawatan kat semua pesakit. Bila sampai turn Lin, doctor ada pesan lagi 4 jam dia akan buat VE lagi. Sebab takut Lin bersalin awal pagi. Sebab bukan anak pertama.
Bila doctor pergi katil sebelah, dia da suruh pesakit tu di hantar ke labour room. Huhuuh jiranku sudah mahu bersalin.

Lin cuba Bawak diri berjalan2. Tapi, tak tahu nak pergi mana. Bosan sangat. So duduk je kat atas katil, sambil dengar surah yasin.
Lepas tu, Lin SMS mak, ayah, mintak ampun. Nak call takut tersedu sedu macam hari raya plak. Lepas je hantar SMS, ayah terus call dan cakap da maafkan. Mak pun sama. Mak ayah juga doakan Lin mudah Dan selamat bersalin. Terharu rasanya.

Lepas SMS parent, SMS D plak. D pun doakan yang sama. Lega rasanya. Mana la tahu, mati plak masa bersalin, sekurang kurangnya kurang dosa.

20130530

Pukul 12am - entah pukul berapa tertidur, pun xtahu. Lena je. Haahah tak macam nak bersalin. Sedar pun nurse kejutkan sebab doctor nak buat VE.
Masa masuk bilik untuk VE, tengok yang check tu doctor perempuan, fuhhhh lega rasanyanya. Dah la kecik je orangnya. Result still sama! 3 cm. Hampa betul. Adik tak nak keluar lagi ker?
Balik kat katil, borak dengan adik, pujuk adik... Itu je yang mummy mampu buat.

Pukul 5am - sekali lagi VE. Kali ni doctor yang sama, cuma sakit lebih dari sebelumnya. Sebab bukaan hanya bertambah 3.5cm. :(
Doctor tu nak sedapkan hati Lin, dia cakap " tak pe, nanti da 4cm diaorang akan pecahkan aketuban. Lepas air ketuban pecah, contraction akan lebih kuat dan bukaan akan cepat.
Lin hanya mampu berdoa.

Lepas VE tadi, Lin tak tidur lagi. Lin kemaskan diri. Solat.
Mak call, tanya macam mana, ada sakit x? Tapi, still sama. Sakit sikit2 je. So mak suruh banyak2 berdoa. Suara mak macam baru bangun tidur je. Anak nak bersalin, mak pula yang tak lena tidur.

Pukul 7am - sarapan da sampai. Tapi tak menyelerakan. SMS D mintak tolong beli kan roti. Takut nanti da masuk labour room kebulur pulak.

Pukul 8am - doctor datang check di katil. Lepas check, buat ctg.
D sampai lepas doctor buat pemeriksaan. Lin sempat makan 1 roti je. Lepas tu, nurse da panggil untuk buat VE.

Pukul 9am - VE yang ke-6. Tapi, Kali ni memang paling menyakitkan. Sebabnya dari semalam still 3cm, tak ada perubahan, so doctor nak stimulate bagi ada laluan.
Cara dia stimulate sama macam buat VE, tapi lebih dalam sambil menggodek godek!
Sumpah sakit gilerrrr!
Rasa macam nak meronta. Dah la doctor lelaki yang mengejerkannya. Besar plak tu. tangan pun besar. :(

Keluar dari bilik tadi, duduk atas katil sambil menangis nangis. Sakit still berbaki.

Pukul 10am - nurse datang bawa wheelchair, untuk bawa Lin pergi labour room. Lin pun amik barang2 penting. SMS D. Sebab dia pergi bfast masa Lin kena VE.

Otw ke labour room, badan terasa lemah je. D pula tunggu depan Dewan bersalin.
Setiba sampai di labour room, nurse buat VE sekali lagi. Lepas tu terus bagi ubat membuang air besar.
Lama Lin kat dalam toilet tu. sampai 3x nurse datang untuk pastikan Lin ok kat dalam tu. kot2 terberanak pulak kan. Hihi...

Lepas semua selesai, drip dan ctg di pasang, baru D masuk tuk teman kan Lin.

Semakin lama, contraction semakin kuat. Hanya Allah tahu sakitnya.

Pukul 12pm - doctor labour room datang untuk pecahkan air ketuban.
Memula dia check bukaan, da 5cm. Tapi kedudukan baby still tinggi. So kepala baby goyang2 lagi. Doctor perempuan tu panggil sorang doctor lelaki minta tolong pegangkan kepala baby.
Setiba doctor lelaki tu sampai, dia terus pegang perut cari kedudukan kepala baby dan pegang perut ni dengan kuat sangat. Terjerit jugala.
Lepas kedudukan kepala baby da betul di kedudukannya, doctor perempuan tu pun masukkan alat untuk pecahkan air ketuban.
Dan, tetiba terasa basah dan suam2 je air jeli tu.

Lega tuk 1 azab. Mulut ni tak lekang dari membaca doa nabi yunus. Kesakitan Kali ni memang tak sama dengan sakit lahir kan Hafidh. Memang betul kata orang, setiap anak memang tak sama.

D yang kat sebelah, jadi peneman pun macam da tak tahu nak buat apa setiap Kali contraction datang. Bila dia usap tangan Lin, Lin tolak rasa tak selesa. Bila dia pegang perut, rasa nyilu. Yang boleh genggam tangan Lin dengan kuat je.

Tapi kadang2 sempat gak dia buat lawak. Aduhhh... Laki aku sorang ni, macam bini dia tengah berlakon plak dia boleh melawak.

Saat sakit Lin betul2 rasa nak meneran, nurse buat VE untuk check berapa besar da laluan, tapi baru 7cm. Rasa betul2 tak boleh tahan da. Nurse suruh sedut gas. Hari Lin bersalin kebetulan doctor pakar bius tak ada. Doctor ganti pula hanya amik kes serius je. So no epidural. Natural birth 100%.

D pergi solat zohor. Lin pula memang rasa da tak tahan sangat. Rasa nak Cabut semua wayar yang ada. Bila d sampai je, Lin terus kata nak TERAN!...

Nurse tu pun kata, ok boleh teran... Sambil dia membesar2 kan bahagian Bawah tu, konon nak membantu la... Tapi, dia tak tahu agak ya, sakit oiiiii...

Di sebab kan kedudukan baby tinggi Dan baru 7cm Lin da nak meneran sangat, memang kena teran lama la ye.., hilang segala nafas.

Bila kepala baby da boleh nampak, doctor panggil d tengok kepala baby. D pun pujuk Lin suruh teran lagi. Teran... Teran... Dan teran.... Akhir ya terasa kepala baby dah Ada kat pintu keluarnya. Lin memang teran sampai kepala dia lepas dari pintu.

Nurse suruh Lin rehat kejap. Dia kata kepala da keluar. Tinggal nak keluar kan sikit je lagi. Tu kena Lin yang teran. Mungkin nak lepas kan bahu baby. Lin tak tunggu sakit, Lin terus je teran. Tak sabar nak hilang kan rasa contraction tu. Dan akhirnya...

Lin dengar tangisan baby.... YA ALLAH... LEGA RASANYA... ALHAMDULILLAH....

Terdengar D bisik kat telinga terima kasih sayang... Rasa sakit seakan hilang terus... Lepas cium dahi Lin, d keluar untuk beri laluan kat nurse2 buat kerja jahitan.

Baby di letak kan kat dada Lin. Kecik ya malaikat Kecil mummy ni. Halus... Sangat.

TERIMA KASIH ALLAH, ATAS PEMBERIANMU YANG CUKUP SEMPURNA INI....


Coretan mummy Lin 20130530/8pm/P.Intan

You Might Also Like

14 leave a massage here...

  1. alamak.. baca pengalaman lin.. ngeri la pulak.. huhu..tetiba takut..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. queen... perasaan takut tu tak ada. tapi, bila da sakit.. tak pikir apa da... dont wory.

      Delete
  2. rasa nak nangis baca pengalaman awak dik..tp tu la pengalaman melahirkan ni mmg tak sama setiap anak..masing2 ada bahagian mereka sendiri..

    alhamdulillah walaupun sakit..tapi selamat smuanyer..besar pahala yang awak dapat dari kesakitan tu..

    akak pulak yg berdebar ni huhu..tak sabar nak bersalinnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak... selamat da.
      good luck tuk akak ye... aja aja fighting!

      Delete
  3. mmmmm.... bukan mudah nk lhirkan ank2.. hrp2 dihargai suami dan ank2kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... harap2 juga la, semoga entry ni akak membuatkan suami dan anak2 ingat.

      Delete
  4. Bestnya pengalaman lin.. Akak dpt merasa skali .. Harap ad lah kali ke-2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah... mesti dapat lagi pasni.

      Delete
  5. lin..huwaa..knape kerap sgt smpi camtu sekali nk check VE..huuu haru betul..apepon dah selamat kedua2nye..lega..lain anak2 lain pengalamannyekan..hui tapi still etty berharap bersalin next ni same or lagi cepat dr abang nye..dulu etty stgh jam je bukaan dr 3cm ke 9/10..lega sgt2..dan cepat..harap2 yg ni pun cepatlah..dan dipermudahkan jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. semoga etty di permudahkan...
      enth la etty mungkin doctor tu nak cepat suruh lin bersalin kot. tu yang asyik ve je.

      lagi pun baby tak duduk tengah, dia duduk tepi. uhhuuh...

      Delete
  6. lin..sebak la baca sebab kita tak rasa bersalin normal...pastu amik epi..serius buat i nak nangis..pengorbanan ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu mimi... i pun 1st time rasa ori sakit beranak. memang terasa serik. uhhuuh

      Delete
  7. aduhai ngeri akak baca citer lin ni,byk kali kena buat VE tu,akak dulu xde la mcm tu,apapun tahniah utk lin...

    akak pulak tengah tunggu masa nih,harap segalanya dipermudahkan nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kak. lin pun pelik, dlu masa hafidh xde plak cmni. rajin terlebih dorang ni.

      Lin doakan akak selamat semuanya... >_<

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo