kbba

Latest Posts

.:: sakit belum berakhir selepas melahirkan ::.

By 12:49 PM , , , ,

Salam...

20130612 hari ke -14 berpantang. Jaundice adik makin turun. Alhamdulillah...

Lin nak share lagi sikit cerita masa kat labour room. Selepas adik selamat dilahirkan, Lin ada mengalami beberapa kesukaran yang sebelum ni, Lin tak rasa masa melahirkan Hafidh. Allah tu memang adil, dia memang nak Lin rasa sakit sebenarnya macam ibu2 lain rasa macam mana sakit bersalin. Ye... Lin redho...

Lepas adik keluar, nurse nak keluar kan uri pula. Masa uri di keluarkan Lin mmg rasa uri betul2 berada di pintu keluar. Tapi nurse da pesan, jangan buat apa2. Mean, jangan teran la.
Lepas tu terasa uri tu di gunting untuk keluar kannya. Lin pun pelik, tak hancur ke? Tapi, masa tu Lin masih penat, so lantak la kan apa dia nak buat.

Lepas uri di keluarkan, Lin nampak nurse tu angkat uri, Dan bahagian bawah uri macam terkoyak
Or bocor. Lepas tu, dia seluk untuk keluarkan darah beku. Lama dia menggodek dalam perut ni, sambil menekan2 perut. Di suruh batuk, da batuk... Tapi, tangan nurse tu still tak keluar lagi. Dia kata, terasa ada lagi darah beku. Lin pun redho sambil menahan sakit. Hanya Allah tahu bertapa tak tertanggungnya sakit kena seluk tu.

Lepas nurse tu keluarkan tangan dia, dia minta maaf memang sakit, akui dia. Lin senyum tawar. Nak wat camne, tu memang kerja dia, Dan memang Lin kena lalui pun. Dulu masa pakai epidural pun Lin leh rasa sakit. Ni kan pula natural 100%. Macam ni rupanya sakit dia.

Tapi, nurse tadi still kata masih Ada darah beku kena di keluarkan. Dia tak dapat. Takut nanti lepas da jahit Lin kena bleeding, so dia panggil rakan dia yang lebih berpengalaman, untuk menolong.
Sekali lagi, tangan di masukkan untuk mengeluarkan darah beku. Tapi nurse ni sedikit berisi. Tangan dia pun berisi. Dan hasil kerjanya lebih ganas dari Nurse sebelumnya.
Masa ni, memang lin menjerit kesakitan, sambil menolak sebelah lagi tangan dia. Dengan harapan dia buat dengan perlahan or berhenti. Tapi hampa, dia tetap buat kerja dia. Rasa nak pengsan je masa tu. Meleleh air mata menahan sakit.
Hasilnya NOTHING! Tak jumpa apa2 pun darah beku. Tapi Nurse yang Memula tu tak puas hati, dia panggil doctor lelaki yang tak ada perasaan untuk kepastian.

Bila doctor tu sampai, dia pakai glove, dan terus seluk tuk kuarkan darah beku. Dengan tenaga lelaki dia, memang tak terdaya da lin nak tahan sakit. Tangan dia menekan perut pun da buat lin sakit sangat. 3 orang mencari darah beku. Tapi memang xde pun darah beku kat dalam tu. Seksa nya. Di tambah pulak sakit hati sebab bukan ada darah beku pun. Dugaan betul.

Lepas da pasti tiada darah beku lagi dalam, tiba la masa menjahit. Walaupun tak kena gunting, kekoyakan tu besar la juga. Almaklum la, entah berapa kali kena VE dan seluk tuk keluarkn darah beku. Doctor panggil 1st degree tear.

Nak menjahit pun ada masalah gak. Kalau sebelum ni lin amik epidural, dan lin leh rasa skit kena jahit, ni kan pula tak amik. Fuhhh.. Memang terasa sangat la.

Nurse yang sambut adik tu jugak la yang jahit. Memula xla sakit sangat. Kalau terasa sakit pun, lin diamkan je, sebab penat meneran xabis lagi. Tapi, lama2 rasa sakit yang melampau. Then, baru la Nurse tu cakap, isi macam hancur. Dia cuba nak tutpkan bagi cantik. Tapi, da cuba berkali-kAli, still tak boleh.

So, macam biasa dia panggil kawan dia yang debab tadi, tolong tengok kan a.k.a tolong jahitkan bahagian yang susah tu. Apa lagi, kena kerjakan lagi sekali la. Memang terjerit jerit la menahan sakit. Pastu dia leh kata pulak, xboleh buat. Lin pun bengang la... Nak je cakap xpyah jahit la... Biar je dia tutup sendiri. Uhuhuuh. Bukan kena gunting pun.

Tapi, Nurse tu tak puas hati lagi, dia panggil doctor lelaki tadi. Ya ampun... Nak menangis je rasanya. Doctor tu ganas ok. Dia jahit lin macam jahit kain guni. Laju je. Amboi... Tak ada perikemanusiaan langsung. Lin punya la menjerit menahan sakit. Tak pernah rasanya terjerit jerit macam ni. Menangis bagai. Pastu doctor tu sakit telinga agaknya dengar lin jerit2 cakap sakit, dia suruh Nurse bagi lin gas.

Memula lin xnk. Ye la, da lah tak kurangkan sakit. Berat pula tu nak pegang. Badan ni da tak bermaya da. Tapi, disebabkan terlalu sakit, lin sedut gas tu lama2 tanpa henti. Tak lepas pun untuk amik nafas luar, memang terasa pening. Lin sedut lagi, pastu rasa khayal. Terus lupa sakit yang kat bawah tu. Tiap kali doctor tu cucuk jarum, lin sedut gas dalam2. Sampai la selesai. Da selesai jahit, dia pastikan jahitan tu kuat, dia seluk pulak... Sedut lagi gas.


Ya Allah... Seksa sakit bersalin belum hilang. Di tambahkan pula sakit nak keluarkan uri yang pecah tu... Sambung lagi sakit kena jahit. Ya Allah. Terasa serik je nak beranak lagi. Bila da selesai, Nurse bersihkan lin, kemas darah2 yang banyak tu. Kemudian dia hantarkan makanan. Dari pagi makan roti je. Huhu... Lapar sangat.

Dalam masa 10 minit, walaupun penat dan sakit, laju je lin leh habiskan sandwich dan air koko yang dorang bagi, siap tapau bawa balik biskut ke ward lagi. Huhuhu

Lepas makan, D masuk semula. Dia teman kan lin sementara nak di hantar ke ward. Adik duduk diam je kat tempat dia. Lepas da ada tenaga sikit, baru la lin nursing adik buat pertama kalinya... :)

Coretan mummy Lin 20130612/8pm/P.Intan

You Might Also Like

10 leave a massage here...

  1. aiyoooooooooooooooooooooooooooo...lin dugaannye lin.. Ya Allah ngilu2 etty rase..Ya Allah tabahnyelah.. kalu etty dh sepak sume kat situ kot..Ya Allah dh terbayang2 kengerian dia..ish2..etty dulu 100% natural gak..masa jahit plak betul2 hujung waktu nak sahur..etty suh doc yg jahit tu gi sahur..dia gi minum mkn roti jap pastu sambung jahit balik..ubat bius utk jahit tu ngam2 habis ngam2 je doc benti tu pun rase ngilu gak k!!!!! adoi2...terkepit2 dh aku ni! etty try sedut gas xjln langsung..kirenye xpandai nak inhale exhale..haha..so dr geram2 etty cmpak je gas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, lin memang nak cmpak gak gas tu, tapi tangan ni da lemah da.. da la gas tu berat.

      cabaran kali ni etty. mungkin bnyk buat dosa kot. tu allah nak bg sakit, terhapus la sikit dosa yang bnyk tu...

      Delete
  2. aduhh..kesian nya awak....ngeri sy dgr klu seluk2 ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la perempuan, klu beranak memang tak leh elak sakit2 ni... uhhuhu

      Delete
  3. Lin..smbl bace rase berdebar..actually xmampu nk habeskn penulisan lin 2..trauma..rase takut nk bersalin..trase sakit bl bace pengalaman lin ni..smogw adik mnjd anak yg soleh..besar pengorbanan seorang ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn.. lin pun harap dia menjadi anak yang soleh. =)

      masa lin tulis entry ni, memang masih sakit, sebab tu detail cite. =D

      Delete
  4. aduh lin citer ni pun i dah seriau sbb tak rasa sakit normal..i kan czer...ngeri pulak tp itu la sakit penghapus dosa kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimy.. tu la, bila teringat sakit tu penghapus dosa, lin bersyukur sebab ada peluang untuk beranak tu.

      Delete
  5. ya Allah..doktor tu xder perasaan ke? takut akak dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak... sampai menyumpah dalam hati lin masa tu. biar bini dia rasa plak. =D terlebih emo...

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

.:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: desert ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: popia otak2 ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: top commentor ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::anakmu::. .::ayam pandan ::. .::ferwhite::. .::fereena beauty care ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 2015 3 3rd pregnancy. adik MHA acv ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family hadihaizil@gmail.com Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm watermark Web review wifeadie workshop yhadifamily . allene family zalora zoo