kbba

Latest Posts

.:: duniawi poligami!!! ::..

By 12:13 PM

As salam...

Fuuhhh.. tarik nafas dalam2!
Lately ni kan, banyak sangat cerita pasal poligami,
bermadu,
orang ketiga,
perampas,
kekasih gelap...

Hati ni rasa macam nak sepak2 je orang2 tu.
Tu la agaknya perasaan isteri si lelaki itu.

Baca novel pun, banyak cite pasal kekasih gelap, madu...

Tetiba rasa seram.
Kenapa banyak sangat cerita tak baik ni kat keliling lin???
confuse jup.

Dalam hati, selalu berdoa, minta di jauh dari perkara2 sebegini.

Apa agaknya perasaan kita, kalau tetiba laki mintak izin nak kahwin 1 lg???
kalau lin la kan...
1st - lin akan terkejut beruk! pastu mesti jantung ni berdegup laju.. selaju mungkin...
 pastu marah2.. mengamuk2... merajuk... lari rumah!  (rasanya ni la kot yang akan lin buat)

Agak2 marah macam da reda sikit...

lin akan tanya siapa pmpuan tu??
kenapa nak kahwin ngan pmpuan tu??
Cantik ker dia??
Kerja bagus ker??
Dara ker janda??
Kat mana jumpa??
Apa yang dia buat sampai jatuh hati n ajak kahwin???

cukup tu je kot.

Pastu, apa pun jawapan yang diberi...
keputusan lin tetap sama.
TINGGALKAN lin dengan anak2. PERGI kat perempuan tu.

Kalau nak suruh dia pilih antara 2, mungkin tak la kot. Sebab sah2 hati dia da pernah di takluk perempuan lain. Kalau dia pilih lin skali pun, belum tentu ikhlas...
Mungkin sebab anak2.

Itu yang selalu lin imagine dalam kepala ni.
Takut kalau benda ni jadi! mintak simpang oiiii....!

Ada orang takut jadi janda. Anak2 kecik lagi.
Memang betul, perkara yang Allah tak suka adalah penceraian.
Kalau isteri mintak cerai, tanpa sebab yang munasabah, haram baginya bau syurga... >>link<<

Tapi, kalau kita masih bersama, dan hati tetap tak maafkan laki, tetap berdosa kan.
Hari2 bergaduh, ungkit mengunkit.. baik berpisah dari menambah dosa.
Itu lin punya 2 sen ok. Jangan kata lin suruh korang bercerai plak pasni. no..no...
pendapat je.

Sebab tu, dari awal perkahwinan, mak lin da pesan..
kerja.. kerja.. kerja...
Walaupun laki da mampu, nak tanggung  kita.
Kerja sebab orang laki ni pandang kita lebih sikit bila kita pandai cari duit.
Bila duduk rumah je, jaga anak, dorang ni ingat kita ni duk abis kan gaji dia je. - yeker???
Pastu, mula la berani berkawan dengan perempuan2 kat luar.
Sebab apa??? bini kan kat umah je, jaga anak.

Duduk rumah, jaga anak dan jaga suami...
makan pakai semua terjaga...
memang itu kerja mulia... lin pun nak buat benda yang sama..
lagi2 bila ada anak ni...
terkejar kejar... dengan anak.. kerja... jalan jem..
umah tonggang langgang!.
Kalau ikutkan hati, memang nak sangat duduk rumah jadi surirumah dan surihati suami dan anak2.

Tapi, andai perkara kat atas terjadi...
mana lin nak pergi??
balik rumah mak bapak? boleh!
Memang situ la tempat pertama yang akan lin pergi.
Tapi sampai bila??
Lin kena mulakan kerjaya semula...
Kena tanggung anak2...
Kena tunjukkan kat orang yang merampas kebahagiaan kita tu, yang lin boleh hidup lebih sempurna dari dia...

Arrgghh... takut sangat benda2 ni terjadi.
D!.. please jangan la bukak hati mu itu untuk perempuan2 lain. Ingat, kat dalam hati D, ada 2 je perempuan yang sangat2 menyanyagi D.
NORASLIN & IBU!!!

Macam mana agaknya perasaan orang yang di madukkan tu kan...
hati bertambah2 marah bila lin baca ni... >>link<<
Korang rasa, kalau korang kat tempat bini orang tu, apa korang buat??
Tapi, pada lin xde la lin pukul laki... tu buat dia jadi dayus je...
Paling2 pun, lin baling barang kat lantai bagi pecah semuanya.
Tapi, kebanyakkan barang kaca kat rumah tu, lin beli... sayang plak kan. ihihhi

Tapi, kalau lin ada kawan macam gf laki dia tu...
memang kena maki free2 je. Dah la perampas.. pastu dok sibuk kecian kat bf dia..
eeeeiiii geli la wei...
belum jadi bini.. memang la nampak caring... manja...
bak kata orang.. yang haram tu kan best!!!...

Buat si GF tu... sedar2 la diri ye. Lin tak rasa pun laki tu ikhlas nak kat dia...
tp cara dia ckap tu, macam dia tu cantik mengalahkan bini orang tu...
Cantik ke kalau perangai camtu???
ingat pas kahwin, leh hidup senang2 je camtu??
hadap la ko ngn FIL.. sedara mara laki ko tu...
Susah.. baik berundur dan bertaubat.
Tahu tak kita, kalau kita meruntuhkan masjid tu berdosa...
Nak sangat hidup bermadu??? jangan menyesal, bila laki awak tu nanti lebihkan isteri pertama.

issshhh.. lin da terlebih emo ni... huuhu...
ok la adios!!!!





You Might Also Like

7 leave a massage here...

  1. ayooo mintak jauh la benda2 macam ni...doa byk2 semoga Allah pelihara rumahtangga kita kn

    ReplyDelete
  2. ayookk lin..
    panjangnye imaginasi..
    haha

    ReplyDelete
  3. Hana sama pendapat dengan Lin. Memang bab poligami tak boleh bertoleransi. Jiwa tak kuat dan cekal. Better ditinggalkan dari bekongsi hidup. Tak redha, sumpah seranah hari-hari buat dosa je. hehehe

    Mintak-mintak kita dijauhkan dengan semua ini.

    ReplyDelete
  4. bodoooo..tu je yg aku dpt describe utk link yg ko tulis tu..papepun lin..kita kene slalu bersangka baik kt suami kita..insyaAllah..rumahtangga kekal berpanjangan..

    ReplyDelete
  5. tak berani nak komen bab ni.. cuma boleh berdoa yang terbaik.. huhu..

    ReplyDelete
  6. Kawan saya rekemen blog nie ... katanya artikel walaupun agak simple..

    tapi penuh dengan info.. tahniah..

    My site: Rahsia Hebat Diranjang

    ReplyDelete
  7. harap2 dijauhkan la perkara2 macam nie...takuuttt

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo