kbba

Latest Posts

.:: detik itu ::. - Harris 1st time warded

By 4:10 PM , , ,

As salam mommies. 

10 hari menjadi penghuni sementara di ppukm.
Badan da rasa letih sangat. 
Kulit muka da jadi kering. 
Tulang2 badan pun da naik sengal. 

Harris demam since awal muharram. 
Hari kami botakkan kepala harris. 
Comelkan harris bila botak. 
Entry botakkan harris pun lin tak sempat buat lagi. 
Later ye harris. 
After this more your story than abam tau.

Next day nya lin take EL untuk beri perhatikan dan jagaan sepenuhnya kat Harris. 
Pagi tu, D da bawa Harris jumpa doctor. 
Pergi klinik, dorang bukan serius pun. 
Tak check sungguh2.
Kadang2 tu rasa nak suruh tutup je klinik. 
Tak membantu. 
Jadi tempat beli mc je la. 
Charges nak mahal je.

Lepas seminggu bagi harris ubat, nampaknya tak ada perubahan. 
Setiap malam badan dia akan panas. 
Merengek sepanjang malam. 
Hampir setiap jam lin bangun lap badan Harris dengan air asam jawa bagi suhu turun.
Lepas lap baru Harris lena.
Kadang2 tu harris batuk teruk.. lama... sampai muntah...
Muntah bukan sikit2 ye..
Memancut muntah dia... 
Memang tak keruan la bila tengok anak macam ni.
 
Masa pergi kerja, mata pun da jadi mata panda. 
Tapi, kena kuat jugak. 
Nak bantu suami cari rezeki. 
Tender drawing banyak lagi kena siapkan. 
Hi la kerja... 
Time2 macam ni la nak banyakkan... 

Ahad 10 november pagi, lin decide dengan D nak bawa Harris pergi PPUKM
Malas da la nak pergi klinik ni.
Terus ke PPUKM. 
Masuk je emegency, dorang bagi ubat bontot kat Harris. 
Cian dia..  T__T

Lepas tu, dorang amik darah Harris.
Tunggu kejap untuk jumpa doctor. 
Lepas doctor check, dia suruh pergi X-Ray.
Sebab macam ada dengar bunyi kat paru2 dia. 
Bila keputusan X-Ray keluar, Doctor kata ada tompokan virus di paru paru 
So, doctor emergency tu mintak refer doctor pediatric.

Lepas kena interview few thing dengan doctor tu, 
Harris kena warded untuk pemantauan. 
So, masa ni lin memang da ready dari segi mental. 
Fizikal je tak ready, so D kena balik amik barang mummy dengan Harris. 
Mari la kita bercamping di PPUKM

Hari pertama warded tu, rasa bersyukur la...
At least harris dalam pemantauan.
Dia tak kena drip, sebab menyusu ok.
So doctor tak nak drip dia. kecian doctor kata. 
Tapi kena pakai oksigen
sebab virus tu menyebabkan saluran pernafasan Harris sempit.
Budak ni, mana kita tahu dia bukan boleh cakap kan. 
Yang lin perasan, dada dia memang berombak. 
Macam susah nak bernafas.
Bila bernafas, lekok kat bahagian sisi perut. 
Itu namanya dia susah bernafas. 

Harris in day 1
Hari pertama memang janggal berada di hospital. 
Tapi, alhamdulillah jiran2 katil semua ramah.
Muda mudi pulak tu. Memang ada geng sekepala. 
Tak la lin rasa bosan. 
Asal anak tidur je, meh menjemah kat katil2 orang. 
kikiki... 

Abis 1 lorong ward tu, kitorang tahu semua sakit anak2.
Nampak sangat tak ada kerja. 
Memang pun. Bosan ok. 
Tak payah nak menjadi bodoh sombong duduk kat katil sendiri je.
Pergi la jalan2 tambah ilmu dengan kenalan.
Selami hati ibu lain...
=) 

Alhamdulillah Demam harris kebah keesokkan harinya. 
2x masuk ubat kat bontot dia.
Memang la kebah kan. 
Tapi, oksigen tak boleh stop lagi. 
Bila dorang try stop, terus bacaan oksigen tu drop. 
So, dorang tak berani nak stop kan lagi. 

harris dalam pemantauan.
So, kena la berkampung lama lagi. 
Dari katil 7 kami berpindah ke katil 6.
Eh.. bukan katil sebelah tau. 
Tapi lorong lain. No je dekat. Tempat jauh. 
Masa D datang lawat pun tak jumpa katil baru. 
Nasib la lin ni rajin menjemah.. 
Ada la geng jemah bagitahu kat mana katil lin.. 
hahaha boleh pulak kan... 
Orang lama kat sanala katakan...

harris tak recover sepenuhnya
Bila kali ke dua doctor nak stopkan oksigen, 
Hari jumaat 15 november, berjaya 2 jam je. 

Huh!! 

Lepas tu kena pasang balik. 
Sebab bila check oksigen tu drop. 
Alahai punya la excited anak da ok.
Tetiba kena pasang balik, jadi down je rasanya.

Awal pagi sabtu  harris demam panas. 
Panas sangat. risau sangat lin. 
So esoknya doctor check harris macam biasa. 
Sebab bila pagi demam dia kebah.
Bila lin fikir balik, nasib tak balik rumah lagi. 
Kalau da balik, sakit mesti pening kepala ni. 
Esoknya terus doctor pasang line untuk IV
Dia nak bagi Harris ubat guna line sebab ubat oral tak jalan. 
Lin redho je la anak kena cucuk. 
Kalau itu yang terbaik

Yang sedihnya... 
3 doctor cari urat untuk masuk line tak jumpa. 
Allah..
Tangan kiri kanan...
Kaki kiri kanan...
Kali dengan 3 doctor, berapa kali da kena cucuk. 
Kecian tau harris. 
Alasannya tangan Harris chubby, susah cari urat.

nasib 3 doctor je. ni pun da niat yang terakhir, kalau doctor tak boleh buat gak, lin tolak untuk IV
Ahad malam pula, Harris batuk teruk. 
Teruk sangat. sampai 10-15 minit non stop.
Korang boleh imagine tak, budak kecik cam harris batuk kokol macam tu.
Ya Allah sedih lin.
Lin asyik cakap "da la harris.. stop la.. jangan batukkk " 
bajet si harris tu faham. 
Nak bagi susu takut tersedak. 
Lin bangun, dodoi kan dia, walaupun masih batuk.
Tetiba bila nak baringkan harris, lin lap mulut dia.
Bila lin pandang macam ada cecair warna merah. 
Terus cuak. 
Lin bukak lampu individu kat katil tu, tengok memang betul darah. 
Lepas tu tengok baju kat bahu lin pun ada kesan tompokan darah. 
Harris batuk sampai keluar DARAH

Allah.. takut sangat. 
Jerit2 panggil nurse. 
Masa tu 2-3pagi kot. 
Doctor on call tengah tidur kot. 
Lambat gak la dia sampai. 
Bila sampai, dia check dan suruh bagi neb kat Harris. 
Lepas tu baru harris berhenti batuk dan tidur keletihan. 

Termenung lin tengok Harris. 
Apa masalah anak aku sorang ni?? 
Virus apa yang dia kena?? 
Tetiba teringat kat arwah anak Erin..
Pastu terbayang kalau lin kehilangan Harris macamner 
Serius, menangis2 lin malam tu. 
Bayangkan kalau benda tu jadi kat Harris. 
Da jauh sangat aku fikir. 
Lin kan memang suka fikir bukan2. 
Huh! 

Terus lin bangun solat sunat sebelah katil Harris.
Ya Allah..
Ujian ni memang betul2 mendekatkan diri dengan Allah.
Kalau tak, memang susahkan kita nak mengadap Allah time2 gini. 
Lama lin kat sejadah.. menangis mengadu dengan Allah. 
Sampai rasa da tenang, baru bangun sambung tidur.
Tidur dengan Harris kat katil dia. 
kikiki sakit badan oii.. 

Esokknya bila pakar datang lin tanya kenapa sampai batuk berdarah.
So dorang cakap mungkin batuk lama sangat sampai kering,
Tu yang keluar darah. 
Tapi harris tak apa2. 
Fuhh lega.
Lin musykil, apsal la tak keluar2 lagi hospital.
Sebab lagi lama, lagi macam2 fikir. 
Padahal, harris cuma kena bergantung dengan oksigen je. 
Tak ada masalah lain.
Paru2 pun semakin ok. 

muka letih
Sabar dan sabar... 
Doa dan doa... 
Alhamdulillah, lepas pakar datang, dia pun pelik kenapa Harris lama sangat.
Bila dia soal doctor2 lain, semua bagi alasan yang harris tak boleh stop oksigen. 
Prof bilqis (pakar yang handle kes harris) pun marah la. 
Kenapa nak bergantung kat oksigen. 
Stop kan oksigen, dan monitor dengan pandangan sahaja. 
Tak payah guna mesin. Kalau muka dia nampak lemah baru on kan balik oksigen.


Bila lin dengar macam tu, punya la suka. 
Dan alhamdulillah, Harris ok without oksigen. 
Dan monitor harris selama sehari semalam...
Harris ok je. 
Kerja dia bangun nyusu, tidur.
Mungkin dia pun kurang tidur. 

malam2 harris
Dan 19 november, Harris discharge... 
uhuhuh 
hiphip... horeeyy...
Mummy yang lebey... kebetulan hari selasa, ada charity datang bg budak2 mainan...
Harris dapat bear super cute. 
Thank You... !

Doakan harris terus sihat ye...
Lepas keluar hospital, harris demam semula. 
Dan yang paling teruk, kat bird dia ada nanah... 
Cerita tu nanti lin share yek. 
 



tiada keceriaan... pity u harris.




You Might Also Like

9 leave a massage here...

  1. haaa lin ada nanah ke? camner skrg? aduhai akak baca ni mata dah genang2 tau tak..sedihnyer..harriz kuat..aunty sllu doakan harriz..seriusss..syg kamu harriz..

    ReplyDelete
  2. alahai kesiannye harris bam2..terus sehat ye syg!

    ReplyDelete
  3. Cian harris.kecik2 da kne batuk trok..risau kn anak sakit..

    ReplyDelete
  4. Semoga harris trs sihat ye lps ni..
    dugaan utk u sis..
    Bersabar ye

    ReplyDelete
  5. baca ni buat i rasa sedih tau :( i phm apa yg u rasa sbb i pon pernah tido wad masa ayish kena admit..kita mak2 ni mana senang hati tgk anak sakit kn? Apa2 pon cpt sihat mcm asal yer harris

    ReplyDelete
  6. salam lin...alahai kesiannya harris, moga harris diberi kesihatan yg baik ye

    ReplyDelete
  7. Sedihnyer... Kuatkan semangt ye kak.. InshaaAllah harris kuat :)

    ReplyDelete
  8. siannya baby u.kuatkan semangat ye.doa banyak2.doa ibu plg mustajab.inshaAllah semua selamat.

    ReplyDelete
  9. Lin kuatkan semangat...anak sakit mmg hati rapuh luluh sikit..i doakan harries cepat sembuh..amin

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo