kbba

Latest Posts

.:: Al fatihah ahli syurga ::.

By 9:26 AM ,

Al Fatihah....

Seperti sedia maklum, sepupu lin baru kehilangan puteri dia pada Khamis 5/12/2013.
Kehilangan yang tak disangkan kan.

Pada mula nya lin ingat memang arwah sakit, sebab doctor sahkan ada sedikit air kat paru2 dia.
Tapi, setelah semua urusan pengebumian selesai, cerita lain pula yang datang.

Nak update kat group macam tak manis la pula kan.
Sebab ini berkaitan kematian.
Biar lin update kat sini sebagai pengajaran kita as mommies.

Masa hari kematian, lin memang tak sempat balik jenguk jenazah.
Ma kata, kecian... baby 2 month kena pos motem kan...
Kepala pun berjahit.
Adat la kan.. nama pun pos motem.
Nak or tak nak kita kena redha.

 Ok.

Cerita yang terbaru lin tahu mengenai kematian arwah, bermula macam ni.

Ibu arwah hantar arwah g umah baby sitter.
Ibu arwah kerja kilang.
So memang ada time kena kerja malam.
4 hari siang baby sitter tu jaga ok macam biasa.
Hari ke 2 jaga malam, bermula la tragedi tu.

Masa hari kedua, Arwah last menyusu pukul 10.30pm
Lepas tu, menangis je...
Baby sitter kata da pujuk. Sampai pukul 4.
Last2 baby sitter tertidur dia bawah. Dan arwah ada di atas katil.
(camner tu yek.. logic tak, biarkan baby 2 month tidur kat katil besar sorang2.) 

Sedar2 pukul 5 ++ .
Keadaan baby da biru, hidung berdarah.
Baby sitter tak terus call keluarga arwah.
Tapi bawa arwah g klinik 24jam
Klinik tolak, sebab keadaan baby da biru dan nyawa2 ikan.
(sebenarnya masa ni arwah da tak ada. nurse kat klinik bgth ibu arwah.)

Baby sitter terus hantar hospital.
(masa baby sitter masuk kereta, bapa arwah cuba tahan kereta bby sitter, tapi dorang tak berhenti)
Sampai di hospital, doctor sahkan arwah da meninggal.

Bila ibu arwah sampai.. bila dapat tahu anak dia da tak ada... terus pengsan!
Siapa yang tak pengsan kan.
Lagi2 masa hantar semalam, anak dia memang gelak2 sihat je.
Bila balik kerja, terus da tak ada untuk selamanya.
Allah.. berat dugaan ni untuk ibu itu.

Polis nasihatkan keluarga untuk buat pos motem.
Pada mulanya dorang tak nak.
Tapi, untuk tahu punca kematian, mereka setuju.

Yang musykil tu, baby sitter ada di setiap perbincangan keluarga.
Korang faham tak situasi tu?
Asal dorang berkumpul untuk bincang, mesti baby sitter mencelah.
Ibarat tak nak lepas peluang cerita yang bakal keluar.
Naik rimas keluarga mangsa.
Sampai masa bawa balik jenazah pun dia sibuk masuk dalam kereta
Sehinggakan bapa mangsa tak ada tempat nak masuk.
Motif dia terlalu caring tu? Takut?
Bila family decide buat pos motem, dia tak setuju!
Eh.. sapa tanya dia??

Macam muskil la dengan tindak tanduk baby sitter tu.
Apa2 pun, biar bersangka baik.
Lin cuma doakan, jika baby sitter tu bersalah, bia Allah balas pada dia.
Tapi, jika dia jaga arwah dengan elok, Alhamdulillah...
Doakan Arwah Rabiatul Aisyah tenang...

Pada sepupuku...
Sabarla.. ini bahagian mu...
Syafaat tunggu masa di kemudian hari...
Redha la atas apa yang berlaku...
Semua nya ada hikmah...

Kecian abang arwah yang berusia 3 tahun...
Mengamuk amuk cari adik...
Tapi adik tak ada...
Abis buaian di terbalikkan...
Sampai demam budak tu cari adik...
Rindu katanya...
Da biasa hari2 cium adik...
Kecian Adam... sabar ye...
Adik tidur.. Nanti tiba masa adik bangun cari Adam.
Adam kena banyak2 doakan untuk adik.
Ingat adik dalam doa Adam.

You Might Also Like

17 leave a massage here...

  1. Ya Allah menangis umi QI part abg adam cari adiknya...Allahhhh....moga arwah Rabiatul Aisyah tenang disana...anak syurga janjinya akan cari ibu dan ayahnya sama2 utk duduk didalam syurga...Allah....Al-fatihahhh....amin

    ReplyDelete
  2. ya Allah sedih nya!
    abang yg umur 3 tahun pun dah tahu ape erti kehilangan :'(
    serius ciknaa sebak..

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar.... sedihnye.... nak buat mcm mane si ibu cari rezeki...
    xpe kita jadikan as pengajaran. siapalah yang akan jaga anak kita darah daging kita sebaik kita..

    Innalillah... ='(

    ReplyDelete
  4. Innalillah...takziah tuk keluarga arwah...sedih bace.. semoge anak2 kite dilindungi Allah..amin~

    ReplyDelete
  5. Allah sedihnya lin....part abang tu sedinya...Al Fatihah anak syurga

    ReplyDelete
  6. Geram plak pasak babysitter tu...mencelah n menyibuk teruk sgt...kita yg baca pulak rasa bengang...buat ibu arwah, anda insan terpilih...

    ReplyDelete
  7. Geram plak part bbysitter tu..mencelah x bertempat...buat ibu arwah, anda insan terpilih...Al-fatihah

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.. sedihnya...
    Syurga tempatmu sayang..
    Tak boleh tahan air mata baca ni..
    Sabar la wahai abang.. Adikmu menanti di syurga..

    ReplyDelete
  9. Allah.sedihnyaaa.sedih kat ma k n abg arwah.sedih sgt.moga diberikan balasan y setimpal pd y bsalah.dan dpermudahkn sgala urusan

    ReplyDelete
  10. Al fatihah utk si kecil..
    Semoga berbahgia di syurga..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah...tersentak sgt baca...especially part terakhir, bila abg cari adik...terus rasa mcm menusuk di dada..pedih!...

    boleh tahu?..apa result post mortem?

    ReplyDelete
  12. Al fatihah untuk arwah.. sedihnya.

    Kalau bs tu bersalah, memang patut dapat balasan yang setimpal...

    ReplyDelete
  13. ya Allah menintik airmata baca..semoga sepupu lin tabah, takut akak baca

    ReplyDelete
  14. ala....cedihnye lin....hurm....bile kite da ader anak nie....semue kerana anak...sanggup...sbb amanah--kasih syg dan tanggungjawap

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo