kbba

Latest Posts

Harris reject DF & Cara nak bagi anak DF semula.

By 3:29 PM , , , ,

As salam...

Awal minggu haritu Harris demam. Alhamdulillah lepas pergi klinik, demam dia kebah.
Tapi keciannya si kecil ni, tekak dia merah. Bila nak telan air liur akan terasa sakit.

Harris yang bijak ni, tak nak sakit.. So, dia biarkan je la air liur dia meleleh...
Nak susu pun sakit agaknya. Tapi, masa memula demam kerja dia memang DF je. Pastu tak nak lepas. Bila lin adukan dekat doktor, dia kata jangan ajar.. Nanti susah nak kerja. Lin pun lepas 20 minit tak stop DF, lin akan tarik.

Malang sangat2. Lepas je lin stop dia DF haritu, sepanjang hari dia tak nak DF. Langsung tak minum!!!
Can u imagine mummy sume?? kecian tau. Makan lagi la tak nak.. Asal masukkan dalam mulut je, dia luahkan semula. Korang rasa.. apa yang lin rasa masa tu.

Menangis wooo... Call D cakap anak dia tak makan dan minum... Tapi, apa yang dia boleh buat?
Nak bagi ubat pun macam kecian. Sebab perut harris kosong.

Malam tu, agaknya dia da haus sangat, dalam mamai2 Harris DF gak. Masa tu lin bersyukur sangat. Sambil susukan dia, lin zikir2 kat telinga dia. Allah.. berat dugaan ni. Mengalir air mata masa tu.
Hanya ibu yang bf anak je yang faham perasaan ni. Semoga Allah izinkan lin susukan harris sehingga 2 tahun usia si kecil.

Esoknya pula, lin da start kerja. Dalam kereta Harris merengek macam haus. Lin pun nak bg susu. Dia refuse! Allah. kenapa dia tak nak ni?? nak menangis rasanya.
Balik kerja lin try bg lagi. Tak nak juga.

Lin GIVE UP!! serius. lin tengok je dia menangis. BS kata, dia elok je menyusu dan makan. Cuma air liur je meleleh. Dan lin tahu, dia nak botol susu. Bukan DF lagi.
Kalau DF, flow susu akan slow. Bila slow dia rasa tekak dia sakit. Sebab tu dia nak botol susu, flow laju. Lagi2 bila memula nak hisap. Susu sikit je akan keluar.

Lin takut sangat nak bagi botol dia Harris bila kat rumah. Takut terbiasa. Nanti dia da stop DF plak.
Blur..blur.. dan blur...
Bila D tengok anak dia menangis macam tu, dia terus keluar beli puting botol. Sebab puting botol kat umah tu lin da tebuk jadi besar. Dan lin memang tak nak ada botol spare kat rumah. Takut nanti lin malas nak DF harris. Dan bagi susu botol je kat dia.
Menangis lagi dalam hati. T_____________________T

Masa D keluar tu, lin bawa harris duduk depan TV. Dia still merengek. Nasib ada abam yang nak melayan dia. Dan lin tetap cuba nak DF dia. Dan...  



Berjaya!!!



How???

Susah sikit la caranya. Lin pump susu masukkan dalam mulut Harris. Bila kita da tahu kenapa dia reject, then kita fikir cara untuk dapat hasil yang sama dengan botol.
Bila lin pump susu terus kemulut harris,dia rasa susu tu dapat basahkan tekak dia yang perit. Bila nak minum mesti kena tutup mulut. Bila da tutup, dia terus hisap... Dan susu semakin banyak dan akhirnya dia teruskan DF. Allah... Leganya macam baru pas beranak.

Now harris still DF. Dan kadang2 dia tak nak. Tapi lin tak memaksa sangat. Dia da besar. Akan rasa haus. Bila dia haus, dia akan minum walaupun sikit.

So mommies out there, yang ada problem macam ni, dont give up. Keep try and try. Doa tu penting. Jangan mengeluh. Reminder untuk diri sendiri gak.

Gambar malam td. Semakin sihat. Semoga terus sihat ye anakda Harris Adeel.




You Might Also Like

12 leave a massage here...

  1. adohai, sedih baca..leh imagine.sbb dulu masa ilyaas 7-8 bulan dia jadi cmni gak.sbb ada ulcer dlm mulut. xnak bfeed. botol pon xnak. kesian sgt..

    tp ada hikmahnya sbb pastu dia buang puting terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la athi... hikmah tuk lin, tak merungut lagi bila harris bergayut lama... pendam je sakit tu... lagi sakit bila dia tak mo langsung.

      Delete
  2. ni macam nak nangis ni.. aritu rania tak nak DF kejap pn dah rasa down.. tQ yer bg cara ni..ne tau kot2 jadi in case rania nak tumbuh gigi nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 cik na... mencuba selagi mampu...

      Delete
  3. Aisya masa wean off tu memang takde prob apa langsung..... so sudden. tu yang ralat sangat tu, tapi tu lah silap sendiri tak gigih.. menyesal pun ada ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe dear.. rezeki tu takat tu je... be positive...

      Delete
  4. Anak akk aish xmo botol plak..hadoii..

    ReplyDelete
  5. yg penting jgn give up ok..smoge dpt bf harris smpai 2 thn..

    ReplyDelete
  6. kayla pon tak df sgt siang hari.
    tapi malam hari dialah ratu DF.
    kohkohkoh.
    :)

    ReplyDelete
  7. anak kita yg pertama, kat rumah tok mak susu botol, kat rumah wajib DF, yg no 2 rumah tokmak susu botol, kat rumah susu botol, nak tido wajib DF...

    ReplyDelete
  8. faham perasaan sis..
    anak sy pernah kes demam & tonsil & kena penyakit kuku mulut ape tuh kn so ulser penuh dlm mulut. mmg die refuse DF.for 1 week xDF lgsg... bile ulser dah xde alhamdulillah die nk DF dgn sndiri nya..
    Betul kate sis jgn give up.teruskan ikhtiar.

    ReplyDelete
  9. Pernah alami ms hasif 9bln kena tonsil..smpai bengkak breast ibu...nagis sedih ank tk blh mkn minum...nangis sbb breast skt

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo