kbba

Latest Posts

Penang - 3rd anniversary vacation

By 10:37 AM , , ,

Assalamualaikum 

Selamat hari Isnin....
Tak mo malas2 yek... walaupun aku rasa aku yang tengah malas ni... 
Aiissshhh....!

Esok cuti....

Nak continue cerita pasal Penang lagi ni. Sila jangan jelak. Kalau jelak, tak baca pun tak pe, jamu mata dengan gambar je ye.

1st May labour day, kan public holiday. So, kami adik beradik pakat nak bercuti cuti Malaysia.
Pilihan kami Penang. Atas dasar kehendak adik ipar yang teringin nak pergi sana.
Ikut kan je. Mana la tahu, mengandung teringin ker... Bahahah... Doakan dorang dapat zuriat ye. Kecian lin tengok dorang. Dah la PJJ marriage. Jumpa pun sekali sekala.

Rabu, 30th april our anniversary. Memang tak sempat nak celebrate apa pun. Tapi, dah plan nak celebrate kat Penang je nanti. Macam cerita tak surprise lin tu la.. >>link<<
Malam tu, kemas bag, terus zassss... kerumah mak. Kang kalau pagi, baru nak kerumah mak, takut bertolak lewat plak.

Pagi2 tu, lepas adik dan Sil datang baru kami bertolak ke Penang. Kami siap tapau bekal sekali. So, tak payah beli dan makan kat RNR. Bukan sedap pun. Dah la mahal. Lagi pun, memang musim cuti ramai balik kampung. RNR mesti penuh. Jalan pun macam jem je. Sabar je la.

Dalam kereta, si Harris tahu je la perangai dia. Tak nak duduk diam. Penat gak la nak melayan kerenah dia tu. Sabau je la. Hafidh, luckily ada makcik2 dia tolong tengok kan. Kalau nak double stress la lin.

Sampai Penang pukul 4. Hotel pun lin tak sempat call lagi. Takut je dia batalkan bilik. Naya je.
Dah la booking 3 bilik. Harga boleh tahan mahalnya.
Ni semua adik lin la. Mengada ngada. Nak duduk hotel katanya. Lin suh sewa apartment je. Baru meriah. Tak mo. Katanya tak rasa macam bercuti. Errmmm.. ikutkan je.

PENANG...
We come again.



Sampai je hotel, Check in dan terus lepak luruskan pinggang dalam bilik.
Specialnya kali ni, Bilik lin no 403. This my lucky no lepas kahwin.
Cincin kahwin lin dan D ada ukiran AA 304. Rumah kami no 4-03. Dan anak pertama kami lahir, beratnya 3.04kg. Walaupun terbalik2. Tapi tetap no yang sama.
Dan, bilik kami la yang paling besar. Sebab hujung. Bahahah... Kejam tak. Aku yang pilih dulu. Sebab nama aku... wakakak...

Lepas guling2 dalam bilik, anak2 dan tak reti nak tidur, mak pak pun tak boleh nak tidur, sebab kena layan hero2 ni, maka jom la kita berendam dalam kolam.
Lin tak leh join... huuhhuhu bulan mengambang. Jeles sangat ok.

Hafidh dengan iman menjadi je la. Memula ok. Pastu gaduh. pppfffftttt.
Mummy dan daddy bawak diri jalan2 tepi pantai. Harris opkos ikut la kan... Tengok muka dia tu, macam mintak kena celup dengan air laut je.
Suka dapat jejak pasir. Kalau boleh jalan, mmy da lepaskan da. Tapi, tak boleh lagi.
Malam tu, semua kepenatan. Tapi, penat2 pun kena bangun pergi makan jugak. Tu yang bawak dorang g sup hameed.

Malam tu, tidur lena semuanya. Tapi bangun awal sebab perut keroncong. Makan tak kenyang.
gambar budak2 dah pengsan dulu... harris tetap skill meniarap. abang da leh tidur sendiri sekarang.
view di pagi hari... sangat tenang. Suka sangat.
Muka budak comel mintak dukong pagi2. Tak leh la tengok mmy nak senang2 sikit.
Lepas breakfast. Aktivity bebas. Lin dengan anak2 bongkang tidur. Wakakak...
Sementara tunggu orang lelaki balik solat jumaat. Lin lepak2 je dengan anak. Lepas tu, kami ke Padang kota pulak. Lepas makan mee sotong.


melayan budak ni main lompat2.
padang kota lama
Kita ke Gurney Paragon.
Kat sini lepak coffee bean. Pastu tengok je orang jalan2. Bahaha... Aku takut nak jalan wei. Kang duit habis. Tengah sale ni... Pengsan.

antara view kat gurney paragon.

Tapi, terjebak gak. Masuk kedai Colour of Benetton terbeli 2 helai baju budak2 ni. Hohohoh... Maceh D... Baju raya katanya. :P Sebenarnya nak cari kasut tuk hafidh dan harris. Tapi xde plak. Chooiii...

Kami lepak sana sampai magrib. Lepas solat semua gerak ke Batu feringgi. Apa lagi.. Kamai serbu nite market la. Lalalal.. I love Shopping.
Nak jadikan cerita. Lin la kena kangroo kan si Harris ni. D kena pantau Hafidh. Kang hilang di celah orang ramai. Mintak jauh la ye. Ada gak la terlepas time tu. Nasib baik ada orang tegur. Mula la lin nak tarik muka dengan D. Tapi, bila fikir balik. RUGII... nanti nak bodek beli barang susah. Wakakak.. Nampak tak kejamnya aku.

Lin tak shopping banyak pun. Lin cuma beli lampu tidur, kasut harris. Spec mata hafidh. Fridge magnet dan macam2 ole2 la. Nak shopping lebih tak dapat. Sebab???
Dompet kat makcik budak2 ni. Choiii.. mana je dorang pergi. Nak beli barang duit tak ada... sob..sobb.... Memang kena la pastu. Kena bebel!

Lepas habis shopping. Serius lin da sakit sangat pinggang kuasa 10. Tak mampu nak luruskan badan lagi. Jauh berjalannya. Harris dan Hafidh pun da terlena masa otw balik hotel.
So, bila dorang yang lain ajak makan, memang lin tak nak la. So, D pesan nak burger je. Lin tak makan. Dah tak ada selera. Lebih baik rehatkan badan.

Esoknya, lepas breakfast, kami terus siap2 check out. Nak pergi bukit bendera pula before balik.
Memang semangat nak naik bukit bendera tu. Tak pernah sampai la katakan.
Tapi, bila ikut waze, dia memang akan bawak kita tempat salah. Tempat orang hiking. So, guard kat situ pun ajar la cara nak pergi sana. amik jalan ayer itam. Dan, betul la tempatnya.
Nothing special. Cuma view memang cantik. Tapi, masa naik keatas, hujan la plak... uhuh nak jalan2 tengok pun tak berapa best. Nanti kena anak plak hujan tu.

Masa sampai Harris tidur lagi
Awalnya D kangarookan harris.
Lepas tu, kami makan pasembur kat Ghani pasembur.
Dah kenyang kami pergi cari Jeruk Pak Ali. Time ni, lin memang tak keluar pun. Sebab harris tidur kat pangku. So, order je dengan makwan. 

Dan.. Adioss Penang. Bila rindu kita ketemu lagi... Okiess....
Nak tengok perangai Harris.









































OTW balik KL

You Might Also Like

1 leave a massage here...

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

.:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: desert ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: popia otak2 ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: top commentor ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::anakmu::. .::ayam pandan ::. .::ferwhite::. .::fereena beauty care ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 2015 3 3rd pregnancy. adik MHA acv ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family hadihaizil@gmail.com Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm watermark Web review wifeadie workshop yhadifamily . allene family zalora zoo