kbba

Latest Posts

Hanya 1 di dunia

By 4:29 PM

Assalamualaikum 

Sempena Hari Bapa semalam...
Hari ni, lin nak buat entry khas untuk ayah tercinta. 


 Zaman kanak2

Ayah,
Ayah garang!
Tapi, ayah la penyelamat along bila kena marah dengan mama.
Ayah sibuk!
Tapi, ayah tetap bawa kami main2 di taman bila hari cuti.
Ayah kedekut!
Tapi, ayah tak pernah biarkan kami pakai baju lama bila setiap kali masuk sesi sekolah baru.

Ayah..ayah.. ayah...


Sukar nak pamerkan kasih sayang.
Tapi, hatinya sangat lembut mudah tersentuh.
Ayah insan paling gembira bila Along wujud dalam rahim mama.
Ayah insan paling risau saat along ingin menjengah dunia.
Ayah insan paling gembira bila along berjaya.


Zaman awal remaja

Ayah,
Along dulu memang nakal.
Pernah dulu along keluar pergi rumah kawan.
Along janji dengan ayah 5 minit je
Tapi, masa sampai rumah kawan tu, dia solat.
So along tunggu sekejap dan terlewat 15 minit
Bila sampai je rumah, ayah terus lempang tanpa sempat along kata apa2.
Along tahu, ayah marah. Tapi, along pun merajuk juga masa tu.

2-3 hari mogok dengan ayah.
Tak nak bercakap. Tapi, bila esoknya harijadi along, ayah tetap belikan kek.
Masa tu, airmata ni dah meleleh sebab mogok tak bercakap dengan ayah.
Maaf ayah!
Walaupun masih boleh ingat bertapa berdengungnya kepala ni.
Tapi, along tahu ayah sayang along.


Zaman belajar

Ayah,
Walaupun sibuk bekerja tetap ingat anak2.
Along ingat lagi masa  belajar kat Uitm.
Ayah outstation pergi Ipoh.
Balik beli limau bali.

Sampai rumah, ayah kata jangan makan.
Itu untuk Along. Along suka buah tu.
Tersentap kejap adik2.
Bukan pilih kasih.
Tapi, ayah mungkin rindu dengan anak yang duduk di Shah Alam tu.

Bila hari Jumaat, along akan call ayah bagitahu nak balik Puchong.
Ayah lepas kerja je, dengan lori 3 tan ayah tu, ayah masuk kolej Anggerik
Tunggu Along siap2 nak bawa balik.
Along dengan bangga bawak bag terus naik lori.
Tak ada secebis pun malu dengan pekerjaan ayah.
Malah berbangga. Anak driver lorry pun boleh belajar kat sini.
Guard pun dah kenal, lori ayah yang selalu keluar masuk Uitm, Shah Alam.


Dewasa

Bila along dah kahwin, masa kita semakin kurang.
Tapi, kasih sayang ayah tak pernah kurang.
Along ingat lagi, masa along sakit nak bersalin.
Sebelum suami along sampai, ayah yang risau.
Risau, adie tak sempat sampai sebelum along bersalin.
Risau along sakit masa bersalin.
Terharu.
Ayah masih sayang along walaupun along dah sibuk menguruskan keluarga sendiri.

Bila cucu pertama lahir, ayah excited sangat.
Macam2 ayah beli lauk untuk makan masa along berpantang.
Paling along ingat masa along baru keluar ward.
Berebut nak dukong baby.
Indah sangat masa tu.

Oh ayah...
memang tiada galang gantinya.
Syukur masih sempat berbakti.
Sayang ayah.!!

anakmu yang nakal,
Noraslin m.sari


You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. oh.. terharu nik baca.. yeah.. ayah.. they love us in their own way.. =)

    ReplyDelete
  2. sedih...
    lya dh xde ayah.. dh mninggal msa umur lya 5thn lg
    btl tu leen.. selagi dia org ada..hargaila.. mrk tiada galang gantinya

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo