kbba

Latest Posts

Cara merawat anak demam tanpa ubat.

By 10:35 AM , , , , , , , ,

As salam...

Minggu lepas hari Jumaat aku amik EL.
Si Harris demam...



Malam tu, badan dia panas... merengek je la.
Husband tanya, ubat demam tak ada ker???
Aku rasa macam....
Whatt???? 


Bukan dia tak tahu kes budak termakan ubat expired tu.
Dan bukan tak tahu aku tengah latih diri dan anak2 supaya tak manja dengan ubat doctor.
Saja je la dia ni...
Mengantuk sangat la tu.

Malam tu, gigih aku jaga Harris tanpa bantuan D.
Tak pe... aku yang nak sangat merawat tanpa ubat.
So, aku kena mulakan dulu.

Pergi dapur amik besen kecik isi air.
Lepas tu, amik kain basah celup2 dengan air, lap2 badan Harris.
Memang merengek la dia.
Badan panas... pastu kita basahkan dengan air lagi.

Selesai lap2 kat badan dia, aku rendam stoking dengan cuka apple.
Pakai kan stoking basah kat kaki dia.
Mengamuk2 suruh bukak...
Memang tak dapat la nak oii...
Demam pun mummy still garang...

Bila dah bagi susu... Harris dan senyap sikit dah tak mengamuk2.
Aku pun amik thermometer check suhu dia.
36. OK. Dah tak demam. Fuhhh... selamat.

Malam tu, mula la asyik2 merengek je.
Tapi, aku tetap amik kain basah tu, kerap basahkan badan dia.

Korang kena ingat. Anak demam jangan nak tidur lena sangat la.
Kang tetiba suhu dia naik.. kena sawan lagi susah...
Macam2 kesan sampingan.
So, beringat la kita.

Sebab tu ramai parent amik cara mudah.
Bila anak demam, bagi ubat bontot.
Bila dah selalu bagi ubat bontot, lama2 badan tu dah lali...
Demam pun susah nak kebah dah.

Contohnya si Iman tu.
Memang fav my mom bagi ubat bontot kat dia.
Sebab tu dia kalau demam kerap sangat. 

So, kalau boleh.. elak kan dulu.
Kalau jenis bagi ubat doctor tu, bagi yang ubat minum dulu.
Ubat bontot ni, bila dah suhu 39, patut la kita bagi.
Kalau setakat 37, buat sponging je.
For me la...
Jangan nak marah aku plak. 
Aku tak paksa korang ikut...

Tak susah mana pun nak merawat anak demam tanpa ubat2 doctor ni.
Cuma yang penting, niat dan kesungguhan kita.
Make sure kat rumah ada cuka apple, thermometer, madu dan minyak habatussauda.
Bila emergency tengah malam macam ni, senang kita nak urus anak.

Esoknya Harris dah semakin ok.
Tapi, di sebabkan aku risau dia demam balik, dengan ubat pun tak ada.
Aku pasrah amik EL.
Biar aku tengok dan jaga dia betul2.
Siang tu, memang aku pakaikan pampers je.

Lepas tu, aku perasan badan dia keluar bintik2.
Nak demam campak kot.
Aku pun sapu minyak habatussauda kat seluruh badan dia.

Ada 1 lagi cara nak ubat anak demam ni.
Banyakkan bagi air masak. Biar panas keluar.
Lepas tu, amik minyak Habatussauda, letak kat tapak tangan kita.
Gesek sehingga panas dan baca surah al-fatihah.
Sapu kat dada anak depan dan belakang. 
Buat setiap 2 jam. Sehingga badan dia kurang panas. 
In Shaa Allah menjadi. 

Tip ni, aku dapat dari buku Rasulullah is my doctor.
Buku ni memang korang kena beli da buat rujukan selalu kat rumah.


So, korang yang sedang cuba untuk belajar cara mengelakkan pengunaan ubat ni, boleh la ikut cara aku. Mudah je. Yang penting, niat. Biar kita buat sesuatu tu, kerana Allah s.w.t
In shaa allah.. di permudahkan.

p/s: aku dah lama tak bawak budak2 g check up. Rasanya kena bawak la. Walaupun tak sakit.. kena gak check dengan yang pakar. Saya masih memerlukan doctor. Cuma tak perlukan ubat buat masa ni.. 

Sekian.

Mummy MHA
allene



You Might Also Like

13 leave a massage here...

  1. info yg sangat berguna :)

    sy pun anti dgn ubat doc nie...nasib baiklah anak saya jarang demam...pernah sekali demam cirit birit..memang lapkan je untuk kurangkan panas n bg minum air banyak2 supaya tak kering air dlm badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup siti sarah... mmg kena rajin bg minum air kosong. tp budak2 kan memilih. tu yang pening pale nak pakse tu

      Delete
  2. Aqilah pun kena demam. Tpi demam campak..

    ReplyDelete
  3. bagus ni..suka cara ko...aku pn x suka bergantung sgt dgn ubat doc..wpn zafirah tu sakit sikit nk jmpe doktor..hahaha mmg amalkan supplement utk dia..alhamdulillah dia jarang sakit...klu sakit bg gak ubat...tp sekali je pastu x ikut dos...ubt tu just utk control xmo bg melarat je...selebihnya mmg natural remedy...alhamdulillah berkesan...mmg kena rajin sbnrnya jg anak demam...klu mls xleh wat apa lahhhh...huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yana.. aku pun camtu.. day 1 je bg ubat doctor. pastu aku tak bg dah. kikikik

      Delete
  4. bagus gune natural remedy je..nayli da hampir 2 thn mmg xde makan ubat doktor pn..just gune ACV, madu,VCO n habbatussauda je,.tp kne rajen lapkn bdn ngan ACV..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fyza... ko jgn tak tahu, aku mmg stalk blog ko klu bab remedi ni. ihih

      Delete
  5. Setuju... kitorang pun jarang bagi ubat. Sebab aisya akan mengamuk n muntah balik so try alternatif lain iaitu natural remedies.. alhamdulillah anak memang akan jarang demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul syima... ubat bukan membantu 100%

      Delete
  6. bgusnya..
    tq for sharing,..
    kalo blh kurangkan pmberian ubatan..sebab walau sikit ttp ada dadah kat dalam tu

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo