kbba

Latest Posts

Sebab kenapa perlu ada family planning

By 3:11 PM , ,

As salam...

Aku rasa, rata2 sekarang semua duk cerita pasal family planning.
Ye la... umur2 macam kami ni, baru2 lagi ada anak kecik.
Baru nak bina keluarga.
Kembangkan keluarga.

Macam aku, anak dah dua.
Alhamdulillah...
Allah bagi kesempatan untuk aku merasa nikmat menjadi ibu
Mengandung, melahir dan membesarkan 2 hero.
Syukur sangat.


Ada orang kahwin lama tak dapat anak lagi.
Tapi aku, sebulan je kahwin dah mengandung.
Aku tak mengeluh.. aku gembira sangat.
Aku tak kesah tak dapat honeymoon lama2 dengan D pun.
Yang aku tahu, aku tak sabar nak tengok mujahid kecil aku keluar.



Lepas selamat dapat seorang hero, 8 bulan lepas tu aku dapat lagi berita aku mengandung.
Masa ni, aku redha je.
Tak kesah.
Tapi, cakap2 orang sekeliling yang mempertikaikan anak sulong aku kecik lagi, nanti dia kurang kasih sayang.
Kadang aku terkesan juga dengan kata2 tu.
Sampai aku down.. down sangat.
Salah ke aku mengandung?? aku ada laki lagi kot.
Kalau aku mengandung tak ada laki memang salah la kan.

Semakin perut aku membesar, aku makin positive.
Aku dah tak kisah apa orang nak kata.
Aku makin seronok dan tak sabar nak timang mujahid kedua.

Tapi tak mudah ye.
Aku kena facing banyak masalah.
Paling utama duit.
Kami keluarga kecil je.
Aku pula sejak beranak kedua takut nak ke klinik kerajaan.
Takut kena marah kekdah nya...
Aku rela pergi check up kat klinik swasta.
Bersalin pula dekat PPUKM.
Aku bukan pekerjaan kerajaan.
Makanya aku kena keluarkan duit sendiri.
Setiap kali check up pun aku kena standby at least RM50.
Beranak pula dalam around RM1k kebawah kalau normal.

Itu dari segi kewangan untuk checkup dan beranak.
Peralatan dan baju semua kena standby gak.
Oh tak lupa untuk diri sendiri.
Barang untuk berpantang.
Tapi, duit boleh cari.
Ada je rezeki Allah akan bagi.

Masalah lain, adalah masalah aku sendiri.
Aku bila dah semakin sarat, jadi penat cepat marah.
Yang jadi mangsa sapa??
Anak dengan laki.
Dah 2 orang ni, je depan mata aku.
Selalu jadi marah2 bila penat.
Rumah bersepah aku bising.
Hafidh buat perangai aku marah2 dia.
Kadang2 aku rasa bersalah sangat.
Nak buat macam mana, emosi orang mengandung.
Aku mula rasa laki aku tak sayang bila dia lebihkan Hafidh.
Adoiii.. susah bila jiwa sensitive ni.
Aku kuat merajuk bila laki aku dah tak beri perhatian.
Kalau mengandung hafidh, 100% laki aku tumpu kat aku je.
Tapi, bila aku mengandung kedua ofkos la dia kena bahagi 2 kan.
Itu pun boleh jadi isue.

Pendek kata, semua ni mengganggu emosi bila kita tak betul2 bersedia.
Makanya, untuk anak ketiga ni, aku dengan husband dah buat kata sepakat untuk merancang.
Untuk kebaikkan semua orang.
Kebaikkan aku, supaya dalaman aku sembuh sepenuhnya.
Kebaikkan suami, supaya dia ada masa untuk aku dan anak2. Dia pun tak stress nak cari duit lebih.
Kabaikkan anak2 supaya aku dan D boleh beri perhatian sepenuhnya dekat mereka berdua.

Aku bukan nak tolak rezeki Allah.
Tak mampu untuk menolak.
Kalau ditakdirkan aku mengandung pun aku redha.
Aku dah usaha untuk menjarakkan anak.
Tapi, kalau dah tertulis aku bakal ada anak lagi tahun depan Syukur la.
Macam sekarang ni pun aku dah rindu nak ada baby sebenarnya.
Tapi, kami tak sedia lagi.
Belum masa.

Lain orang lain caranya.
Merancang ni pun ada macam2 cara.
Antara caranya:

Makan pil - Pil ada macam2 kat pasaran sekarang. Ko pergi je la kat farmasi or klinik cakap nak pil perancang keluarga. Nanti doctor akan bagi try and error pil tu. Sebabnya tak semua pil serasi dengan hormon dan badan kita. Ada yang lepas makan, kita terus tak datang period. Ada yang makan naik elergic kat kulit.

Implan - Implan antara perancang yang mahal. Aku memang dah lama teringin nak guna implan. Tapi, masa aku berbincang dengan doctor, dia tak sarankan aku amik implan. Implan boleh membuatkan kita gemuk. Ada patient yang pakai few month dah datang semula untuk keluar kan .
Harga dah mahal, tapi pakai kejap je. So, rugi disitu.
Tapi, ikut orang juga. Ada yang serasi. Tak gemuk pun pkai implan ni. Tapi, aku tak berani amik. Sebab seriau bila nak keluarkan kena toreh kulit kita.. uhhuhu.. *ni orang cerita aku tak sure* sebab implan ni tanam kat lengan kalau tak silap aku.


Rancang sendiri/kondom - Cara ni, memang ramai guna. Aku pun guna lepas beranak pertama dulu. Tapi, nampaknya tak berjaya bila beranak kedua dalam masa 8bulan. Hahaha...
Ini memerlukan kerja sama 2 pihak. Bincang dengan suami elok2 bila kita nak merancang sendiri.
Seeloknya kira bila waktu subur. Dan elakkan bersama waktu2 itu.

IUCD - Ini perancang yang list lastttt...sekali. Ramai takut untuk guna iucd. Kenapa? Sebab ianya adalah alat yang dimasukkan kedalam rahim kita. Perempuan bab2 ni, memang seram. Lagi2 lepas beranak. Rasa semua nya fobia. Itu tak dinafikan .Aku sendiri meletakkan list iucd ni jalan yang terakhir. Tapi, IUCD antara perancang yang berkesan. Hanya 1 dalam seribu je yang akan mengandung bila guna IUCD. Aku nasihatkan, kalau nak tahu lebih lanjut mengenai IUCD, korang bincang dengan doctor.Dia akan tunjukkan alat dan beri penerangan lebih detail.
Aku bukan doctor nak cerita lebih2. Kang salah info plak. ngeee~~

Ni antara yang aku tahu dan boleh share.
Banyak lagi cara sebenarnya. Korang boleh tanya doctor.

Aku kalau boleh, no 3 nanti aku nak suprise laki aku.
Aku nak time tu, bia dia betul2 teringin nak anak dan aku mengandung.
Aku nak hafidh dan harris pun rasa seronok dan enjoy bila perut aku membesar dan ada pergerakkan. Aku nak dorang rasa happy sama2.
Itu yang aku angan2 kan sekarang ni.
Semoga aku masih berpeluang mengandung dimasa hadapan.


You Might Also Like

18 leave a massage here...

  1. ayat last tu touching sangat....huhuh...
    ain skang makan pil..mula2 tu mmg la asek terlupe je nak makan..lama2 dah biasa hari2 makan..period pun ok dah skang ..tiap2 bulan dtg..kalau lambat pun sehari dua je...lepas beranak 1st..mmg rancang sendiri/kondom..tapi x menjadi..mengandung jugak akhirnya....xtau la pakai kondom tu bocor agaknya..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kondom nipis kot aeen... kikikki

      Delete
  2. Lin.. Mimie tak ambil perancang..
    huhuhuh..
    thn depan aqilah nak dapat adik dah.. oppsss...
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah besan. wah harap boy kali ni.

      Delete
  3. betul. nak mengandung beranak tu senang. tp nk membesarkan khalifah Allah tu berat.
    komitmen kena tinggi. belanja pun mahal tambah2 dok KL. mmg la rezeki dari Allah tp kena la berusaha jugak bukan nya melangut kat umah je...

    ReplyDelete
  4. I plan sendiri je tanpa tools. Takde risau pun sebab masing2 belum ready...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bgusnya u... i selalu terbbas... kahahahah

      Delete
  5. Setuju sangat. Family planning tu penting. Rezeki dari Allah. Manusia memang suka berkata-kata

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.rezeki lin. Setiap ank ade rezekinya. Walau kt kta x sedia
    Tp bila Dia beri rezeki tu mknanya kt layak.utk pikul amanah tu. Lya pkai iucd je sblm ni.pastu buang msa eksiden aritu sbb nk mri.smpai skarang x.psg2 lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnya lya.. lin doakan sanggat lya boleh mngndung lg. tp kecian lya nnt sakit plak... mesti teringin kan lya... T_T sedih...

      Delete
  7. etty dulu awal2 kawen memang mengharap sangat2 nak de baby tau..sbbnye etty de thyroid..so mostly thyroid sufferer susah preggy..hormon xbalance dan mcm2..tapi etty jenis peot regular..alhamdulillah after 6months baru conceived..so mmg menggunung rasa suka tu sbb memang tunggu2..pastu x planning langsung..sbb rase breastfeed kenkonon membantu menjarakkan bb..heee... boleh guna pakai utk 1y3m je.. alahai...ameer tgh sedap menyusu bdn lg..tup2 lepas dia boleh berjalan sahih bb no.2 is coming...nasiblah bekalan susu pam byk bertahan smpi 1y6m.. mase tau preggy si adly mcm2 rase ade...sedih..sbb putus susu dgn ameer..memang rase heartbroken.. berbelah bagi..mmg ambil masa betul nak terima 2nd pregnancy tu..huhu..but then..Allah dah memang tetapkan gitukan..maka lahirlah budak bulat gete tuh..mmg sebijik diriku..ehem2..terus jatuh cinta..maka pas tu betul2 amek plan planning...for a few months..merasalah kene cocok 4kali kot...heh..now dh stop..period sikit sgt mse sepanjang cocok depo..berat maintain je..tp xleh nak turun2..stress mak!!..now bile dh stop cocok bru period mcm zmn anak dara..huhu..for me if pandai bajet timing subur boleh je nak planning sendri...bile amek perancang ni mmg ade menganggulah segala hormon dlm bdn..so depends pada kesesuaian masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul etty. ikut badan. kadang2 bila dah cucuk pun boleh mengandung kan. Eh, tertinggal 1 lagi kaedah. :P

      Delete
  8. Allene..sama mcm yun..bila da dua..yun salu mrh afif.mungkin die nk attention..sedih bila pk asik mrh n pukul die..yun pk2..mcm nk dua je buat ms ni...sebab bila da pnt..ktorng suami isteri mcm xdpt spent time sama2..borak2..semua bz dgn anak je..hehehe.
    Btw yun amik pil noriday..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul yun.. semua tu kena fikirkan... klu asyik beranak je, kita adap yg kecil je... bukan tolak rezeki...

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo