kbba

Latest Posts

Adap penunggang dan pembonceng motosikal wanita.

By 12:08 PM , , , , ,

As salam....


Dah Rabu kan.. cepatnya la masa berlalu.
Kadang2 tu, terfikir gak.. apa benda bermanfaat yang kita dah buat untuk hari ni?
Masa banyak mana yang terbuang  hari ni?
Alang kah ruginya kita biar kan masa berlalu begitu je.
Huhuh

#Peringatan bersama.

Oh, sekarang ni, aku dah jadi pembonceng moto yang tegar.
Rasa2 nya dah setahun kot aku membonceng moto.
Nak bawa moto memang tak la..
Aku tak reti..
Hahahah...
Aku gelak tak pe, korang jangan gelak kan aku.
Huhuuh *macam mental kejap gelak kejap sedih*


Ayah aku strict sikit bab belajar bawa moto ni.
Aku pun katogori sengal unta belajar tak reti2..
Hahaha...
Amik lesen kete pun banyak kali repeat oit...
Hahaha....
Jangan ketawa lebih2 ye.

Ok tutup cerita diri sendiri.
*ketuk kepala*

Aku start membonceng lepas Harris lahir.
Save minyak kekdahnya.
Padahal malas nak bawak kereta.
Jem. Parking kat sini pun susah.
Tak sanggup aku nak stress dalam kereta hari2.
=D
Bijok dok??

Memula tu, D macam tak setuju je.
Yela dia kena pusing2 plak kan.
Tapi, demi isterinya... ececehhh... :P
Kena la setuju.

Banyak dugaan bila jadi pembonceng atau penunggang moto ni.
Salah satu nya HUJAN.
Allah.. kalau hujan, bahaya dah pasti.
Risiko kemalangan.
Risiko demam dan sakit.
Aduh...
Memula rasa memang tak sanggup gak.
Tapi, bila fikir oh.. macam ni la suami aku kena tempoh hari2..
Tetiba sebak tau.
Ok. kita susah sama2.
Duit minyak tu, kita leh jimat beli susu ke, pampers ke.
Kan...

Sebagai isteri dan perempuan, aku rasa menunggang moto ni kena ada adap.
Bukan sesuka hati je.
Kita ada aurat kena jaga.
Sepanjang tempoh aku jadi pembonceng moto ni, aku sedar beberapa perkara.

PAKAIAN

Kalau tak bertudung tu, ok la kan gini... wow... i jeles u... 



Sekarang skirt, dress jubah dah jadi trend muslimah pakai untuk pergi kerja.
Aku pun opkos la tak nak lepas peluang kan.
Boleh je nak pakai.
Tapi kena ingat.
Pakai seluar di bahagian dalam nya.
Bukan LEGGING ye.
Bagi aku, legging sama macam tak pakai seluar.
Aku memula dlu pun pakai legging gak.
Tapi, seriously aku rasa macam aku tayang betis je kat orang sekeliling.
Pakai tudung, tapi tayang betis... acaner tu??
Oh nonono....
Please pakai seluar biasa tu.
Kalau seluar jean pun tak pe.
Agak2 tak selesa nak pakai masa waktu pejabat, sampai office, bukak la kan.
Simpan.
Nak balik, pakai semula.

Korang kena ingat, sepanjang korang naik moto tu, berapa ramai lelaki kat jalan raya???
Kalau 10 orang terpandang betis tu??
Free2 10 dosa korang collect sehari.
Kalau berhenti kan traffic light plak camner??
Jadi tatapan je oitt..

Kalau betis halus mulus.. putih gebu... ok la kan..
Orang suka je tengok.
Kalau yang berparut??
Kalau yang berbulu lebih?
Haa???? tak ke kena kutuk je.
Baik kita hindarkan diri dari semua tu.
Pakai la seluar di bahagian dalam.

Aku sedih tau tengok perempuan tayang2 betis tapi pakai tudung.
Tak manis.
Bukan aku nak kutuk... tak..
Aku dulu camtu gak.
Tak ada sapa pun tegur.
Tapi, bila dah tua sikit ni... *sikitjeye*
Aku tersedar.
Dosa2 tak sedar kita collect hari2 ni, mengheret kita ke neraka.
Nauzubillah.

Ni contoh terbaik la kan..
cer tengok molek ke selak kain sampai atas lutut?
tak kan. Jadi?? 
Ni pun sama. Baju dah cantik tutup semua tapi, seluar ketat.
 Sama je dosa dia. 

Baju ketat pun, jangan amalkan ye adik2 ku.
Aku ni, atas moto nampak perempuan pakai kebaya...
Aduhh.. cantiknya pinggang dia dd...
Tengok.. aku perempuan pun suka tengok.
Kalau lelaki??
Sorok dik... simpan tuk laki tengok.
Baru laki hang teruja. :P

Tu kalau yang ramping.
Kalau berketak ketak?
Kan tak molek...
Kalau  aku nampak kan.. aku suruh laki aku potong moto tu, nak tengok muka..
Hahaah... sengalkan...
Tapi, mostly cantik2 ko...
Tapi tu la, tayang body tak cantik kat orang kenapa?
Simpan je ketak2 tu. hihihi...

Akak ni habat... iolls tak reti bawak moto.. sobb...
Ni contoh wanita moden muslimah terbaik. Aurat terjaga

Ini pun sama. Respek u akak...
STOKIN itu penting gak ye kaum Hawa.


Ok la, dah rupa sesi ngutuk plak.
Jom sama2 kita jaga adap menunggang dan membonceng moto.
No LEGGING... No BAJU KETAT

Selamat beramal.

tetiba nak selit ni.. hohooh dik jangan gitu.
Yang bermoto tak semestinya xde harta ye... 


yang ikhlas dari hati sanubari,
Allene
-typical mommy-






You Might Also Like

8 leave a massage here...

  1. lya dah x naik motor sejk eksiden bln 3 aritu..
    mujur papa asya x apa2 time tu.. lya je melambung..mmg dh serik n fobia..huhu
    tp minyk kete mmg parah la skarang

    ReplyDelete
  2. kalo aku naik keta g opis kiri kanan ramai beno bini bonceng si laki. org gomen mostly pakai baju kurung, pastu kain terselak sampai lutut. adehlaaa.... nasib aku ni haa tak tercium bontot keta depan melihat aksi sedemikian...tu aku tu, kalo org jantan yg nengok...pfttttt!

    ReplyDelete
  3. daku x reti naik moto pakai seluar ketat2...rasa x selesa...biar lah longgar...baru selesa...

    ReplyDelete
  4. akk mmg tak reti naik moto.
    ada keta ketot je. salu la tgk betis2 ni time gi keje...

    ReplyDelete
  5. mama dah lama tak bawak motor.. hihi

    ReplyDelete
  6. Good sharing dear...mmg ramai yg terlepas pandang benda2 camni...errr dah 10thn lebih x naik moto! Heheh

    ReplyDelete
  7. Yang last tu..
    Ingat bagi alasan sebab takmo dok semotor dengan bf.
    Rupanya sebab jatuh standard.
    Ada pulak gitu?

    ReplyDelete
  8. Saya pun dah lama ngidam nak bawak moto.
    Tapi, sama lah..
    Ayah saya lagi lah x benarkan pegang motor dari skolah lagi.

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo