kbba

Latest Posts

Typical wife

By 2:51 PM , , , ,


As salam...

Dah lunchkan? mesti mengantuk..
Huhuh.. sama la.. 
Aku ni, serba tak kena je. 
Perut kenyang.. makan nasik ayam pula tu.
Hilang sungguh dietnya... 

Aku nak share pendapat pasal kes suami curang tu. 
Ini dari pendapat peribadi aku la kan.. 
Pendapat setiap orang lain2.
So, jangan condem aku bila aku nyatakan pendapat ni. 


untuk suami 


Rata si isteri ramai yang marah dan sakit hati dengan artikal itu.
Artikal mengenai si suami curang dengan janda anak ramai. 
Hammmbooiii kemain yek. 
Aku baca pun sakit hati. 
Walaupun secara jujurnya aku rasa penulis macam menulis ikut imaginasi.
Bukan real situasi. 
Kalau keadaan sebenar terjadi, aku tak rasa benda tu setenang dalam cerita tu. 
Aku rasa la.
Kalau betul pun, mesti basic cerita sahaja. 
Tapi, jalan cerita diolah menjadi lebih sedap. 
Aku rasa la. 

Memula meh kita cerita pasal suami. 
Memang seorang suami tak patut buat zina. 
Itu sah2 dah haram dalam agama. 
Walaupun tak suka bini, tak bernafsu tengok bini, itu bukan caranya. 
Lagi molek dia kahwin dengan janda tu, dari hidup berzina bertahun2.
Macam biasa, yang haram tu yang sedap selalunya
Kan..kan..?? 


Si isteri pula. 
Sibuk jaga anak2. 
Sibuk kemas rumah, sampai tak sempat cuci rambut.
Tak sempat nak kasi make up 1 badan.
Ye aku akui, jadi suri rumah tak senang. 
Aku wekend duduk rumah, prepare breakfast, kemas rumah, prepare lunch... handle anak2.
Ish.. confirm busuk. 
Tapi, kalau kita shedule betul2, dalam pukul 2 macam tu, kerja rumah settle dah siap lunch sekali. 
Before solat Zohor tu, kita mandi lama2 sikit. shampu rambut, sambun wangi2 aku rasa sempat. 
Kalau anak nangis2 kat depan pintu tandas, tak pe biarkan dulu. 
Mandi 15 minit shampu rambut sempat kot. 

Lepas settle, petang sambung kerja semula kan.
Handle anak2, kemas rumah kejap lagi laki plak nak balik
Masak dinner. 
Confirm busuk semula. 
Nak sambut laki pun tak sempat wangi. 
Apa kata, tinggalkan masak dinner tu dlu, lari g mandi dlu. 
Wangi2 pakai cantik sikit. 
Tak salah kot. 
Bila laki balik, dia siap mandi duduk tengok TV, mintak tolong tengokkan anak, 
Kita nak sediakan dinner. 

Benda ni sebenarnya kena ada perbincangan 2 pihak.
Aku sendiri sangat mengharapkan suami tolong dalam kerja rumah dan jaga anak.
Aku tak tipu. 
Kalau aku tak mampu nak kemas rumah sorang2, mintak tolong husband vacum rumah.
Aku sidai baju, tak pun siapkan breakfast. 
Kalau aku rasa nak buat kerja rumah sendiri, *lebih kemas buat sendiri* aku mintak tolong husband jagakan anak. 
Bawak anak main dalam bilik.
Senangkan. 
Tolak ansur dan sefahaman itu penting

Kalau suami kerja, isteri tak kerja. 
Lepas tu, dia lepas semua kerja rumah kat kita, itu memang kejam
Sebab sebagai suami, memang tugas dalam islam buat semua kerja. 
Kita isteri hanya membantu. 
Kita hanya layan suami, makan pakai semua tu.
Kemas rumah ke, basuh baju ker, itu kerja dia. 
Nak lebih bagus itu kerja bibik. 

Tapi, sebagai isteri kita nak kumpul pahala lebih. 
Semua kita buat. 
Bila penat merungut, tak best la.. hilang pahala beb.
Aku selalu gitu. 
Kadang2, mengeluh sebab penat. Tapi, bila fikir balik, penat je aku buat pastu mengeluh xdapat da pahala tu. 
Rugi2...


" Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, 

dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada 

suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara 

anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, 

maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan 

setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada 

hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas 

kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi." 

: source >>link<< 

Macam kes kak mah tu, ada gak aku bincang ngan husband.
Tapi, respon dia macam biasa je. 
JERR??? 
Haah.. sakit hati aku. 
Malas aku nak gaduh pasal orang lain. 
Aku pun buat tak tahu. 
Tergerak hati aku nak tanya dia, aku ni macam mana? 
Dia bagi jawapan jujur.
Ok sentap kejap. 
Tapi, fikir balik.. betul apa yang dia kata, so mari la kita berubah.
Sebelum kita didua..ditiga.. diempatkan. 
Choi... mintak jauh!!! 

Sebelum kita jadi mangsa seperti kak mah, mari kita audi diri sendiri.
Dah capai ISO ke belum? 
Daripada kita dok salahkan lelaki yang curang dan sah2 dia DAH pun curang.
Kita ni, baik mengelak.
Amik yang positive. 
Kata laki kak mah, rambut kak mah busuk, kuku mereput. 
Meh la kita shampoo rambut hari2 dan pergi medi pedi setiap bulan.
Benda ni, kita boleh masukkan dalam list bajet isi rumah. 
Note kat situ, untuk suami tercinta. 
Bonus dia, kita gak dapat.. cantik... hahahah tetiba!

Ok, serios talk... 
Apa patut kita para isteri buat??? 

  • Bincang dengan suami tugas kerja rumah. - Bahagi tugas, cari masa untuk mandi hihihi
  • Minta duit belanja untuk merapi diri. - Beli baju cantik, pergi saloon/spa 
  • Hari cuti dari masak dan buat kerja rumah - Amik masa untuk pergi spa dan rehatkan diri
  • Baju baru at least 1 pasang setiap bulan - Nak melaram masa pergi kenduri. Nanti suami tak malu
  • Kena pandai cari income sendiri - Ini untuk future orang perempuan. kalau laki bagi duit, amik sikit untuk saving 
  • Makan supliment untuk cantik, sihat dan ehem2 selalu - Korang faham sendiri ye. 


Apa lagi yek? korang tambah la sendiri. 
Apa yang terjadi, jadikan pengajaran. 
Tak perlu la kita nak tunding jari sangat.
1 pada orang, 4 tunjuk diri sendiri. 
Meh la sama2 kita grooming untuk suami. 

Walau busuk macam mana pun isteri, suami tak patut curang... 
Bagi aku, tegur la bini tu, pastu bagi duit.. 
"Mah.. nah duit, pergi la saloon dan spa... anak2 abang jaga.. " 
Gitu.... mampu??? 
*gelak jahat* 






You Might Also Like

10 leave a massage here...

  1. yesss.... stuju dg alene. yg penting kerjasama. give n take.
    jgn nasi dh jd bubur baru nak terus terang. tu busuk, kuku x cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.. benda ni isteri kena tegas sikit. jgn amik mudah...

      Delete
  2. setuju dengan allene...kena tolak ansur dan bincang...tp dalam kes lynn, kalau mr hubby tak mau tolong...ku buat sendiri jer...hahahaha...kang kalau dipaksa paksa kang lagi tak ikhlas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuhh... btul, nnt gaduh jadinya lynn.

      Delete
  3. paling penting kena kerjasama. Kalau isteri je hadap sume memang tak terurus lah kot. nice point lin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq hana... just my 2cent. asyik dengar makian je.. moh ler amik aura +ve plak... =D

      Delete
  4. Betul sangat². Kena ada give and take. Tapi tu lah...dah lelaki ni ada 9 akal 1 nafsu. Kalau cantik berhias dan pandai jaga rumahtangga sekali pon seorang isteri tu, suami tetap pandang yg lain jugak. Sebab apa? Sebab kurangnya iman dan kurangkan pengetahuan agama. Syaiton pon senang nak cucuk jarum.

    ReplyDelete
  5. terkejut baca kisah tu T_T mungkin lelaki tu kahwin sebab terlalu pandang kecantikan.

    ReplyDelete
  6. Good sharing.
    Sama2 salah.
    Tapi suami jelas berdosa.
    Then, kalau suami bantu isteri tentu isteri tak jadi macam tu.

    ReplyDelete
  7. nukilan yang bagus untuk panduan dan pengajaran... :)

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo