kbba

Latest Posts

Cara atasi anak sembelit tanpa ubat

By 12:50 PM , , , , , ,

As salam...

Bila anak sembelit apa parent buat ye?
Apa yang kita standby kat rumah untuk masalah sembelit anak ni?

Ada yang jenis makan supplement kan.
Contohnya macam bagi anak makan shaklee.
Tak pun sedia kan ubat dari farmasi or doctor bagi bila anak kena sembelit.

Aku??
Tak ready apa-apa pun kat rumah.
Kekerapan hafidh kena sembelit dulu memang kerap.
Sekarang dah kurang. Mungkin sebab aku dah amalkan bagi dia makan madu setiap pagi.
Cuma, this week stock madu habis. So, terberhenti la rutin dia.



Masa tu, aku memang tak tahu, ada ubat untuk sembelit ni.
Yang aku tahu, bila anak sembelit, bagi makan betik dan buah-buahan.
Tapi, biasa kalau natural food ni, memang lambat sikit la kesannya kan.

Aku bawak Hafidh pergi pakar.
Doctor bagi ubat ni.
Ubat ni, kena sentiasa sejuk dan berbentuk kapsul.
Cuma bila nak bagi anak makan, keluarkan dari kapsul dan masukkan dalam susu.
Ada la 2-3 kali gak kami jumpa doctor untuk sembelit hafidh ni.
Tapi, macam tu juga.

Aku rasa ni semua sebab pemakanan.
Biasa la. Bila dah pandai memilih, sayur pun tak nak makan.
Nak ayam je.
Nak nasi kosong tanpa kuah je.
Akibatnya sembelit la kan.
Tapi, ubat doctor tak boleh beli dan simpan buat stock.
Kalau nak, kena direct pergi dan beli di klinik.
Kalau hari cuti, memang tak dapatla ubat.

Itu yang terjadi pada kami semalam.
Serius dah lama hafidh tak sembelit.
Kadang-kadang tu, dia boleh je berak.
Tapi, dia tak nak teran.
Cuma kes semalam, dia betul2 sembelit.

Dari pagi, dia dah sakit perut nak berak.
Tapi, tak lepas2. Kena cuit sikit pun tak boleh.
Hafidh hanya nak daddy je yang uruskan dia.
Mak wan or mummy semua tak layan.
Kalau usik, confirm dia jerit kuat.
Dari pagi bawak ke tengah hari, bawak ke petang, bawa ke malam.
Still tak dapat juga.

Malam tu, aku dah tak tahan sangat tengok dia terseksa.
So, giliran mummy uruskan dia dalam bilik air tu.

Masa Hafidh dah sakit-sakit dia kemut gak, tak nak teran.
Aku memang hangin la.

Aku angkat dia letak kat WC.
Tanggalkan semua pakaian dia.
Dah rupa orang nak beranak je hafidh menahan sakit.
Aku psyco dia. YES ini sangat penting.
Aku tanya dia.
"Hafidh sakit b*****t ye?"
Dia menganguk.
"Kalau sakit, jangan tahan yak ye. Teran tau..." 
Sambil ajar dia buat bunyi nak teran tu.

Memula memang dia macam penat sangat.
Aku siram badan dia dengan air.
Gosok2 belakang.
Dia siap peluk aku, sebab nak tahan sakit.
"Hafidh kena yak tau, nanti tak tidur malam ni, sebab sakit perut.. "
Dia angguk2 lagi.
Badan dah peluh2 da.

Lama gak la aku psyco dia.
Penat nya Allah je tahu.
Tapi, aku tak nak give up.
Kena gak suruh dia berak.

Sampai dia dah gigil2 akhirnya keluar gak.
Masa tu, aku cuma boleh tolong dia selakkan pipi b***t dia je.
Jangan sesekali guna jari ye korang.
LUKA nanti. kecian anak.
Time tu, dia terjerit kuat, sampai daddy dia datang jengah.
Aku pun, suruh keluar.
Sebab Hafidh kalau jumpa daddy memang drama.
Mulala sebut nak daddy.. nak daddy...

Lepas keluar seketul tu, dia siap kata.
"Dah mii.. habis da... "
Jangan tipu mummy nak.. itu baru intro je.. hahaha...
Aku pun kata, ada lagi.. cepat dah senang ni.
Akhirnya keluar la hasil dari pagi ke malam dia tu.
Fuh.. punya lega macam orang baru pas beranak. uhuhhu

"Mi.. habis da... dah mi... "
Keciannya anak aku.
Ok, mummy cuci ye.
Baru nak cuci aku rasa macam tak habis je lagi.
Amik masa 5 minit lagi. Then, selesai.

Aku mandikan dia.
Urut perut, gosok belakang. Guna minyak habbatus sauda
Pakaikan pampers, suruh dia baring.
Bagi setitik minyak habbatus sauda.
Memula dia taknak.
"Taknak mi.. pedas... "
Aku takutkan dia.. nanti sakit yak nak??
Geleng2 kepala. terus makan.

Fuhh.. drama sungguh tau semalam.
Drama nak berak tak lepas dari siang ke malam.
Ini semua gara-gara ubat habis da.
Lagi pun, kalau ada ubat, bukan serta merta boleh ok.
Paling2 esoknya baru ok.
Tapi, malam memang korang tak tidur la. huhuhu

Pasni, korang leh la bantu anak bila kena sembelit.
Aku gigih sikit tunggunya.
Kalau laki aku, kejap je dalam bilik air tu. huhuhu.

Akibatnya, kaki aku pun sakit, lama sangat mencangkung masa dalam bilik air tu.
Jalan pun kengkang.
Sampai laki aku tegur, jangan kengkang sangat. Nanti orang ingat lain yang... uhhuhu
Dah tu, tak leh jalan betul da. Sakit sungguh.
Ikutkan hati nak MC.
Tapi, ada dateline kena kejar.. uhuhhu .
Pasrah. Janji hafidh dah ok.
Malam tu, elok je tidur sampai pagi.
Letih sangat la tu.
Adik pun tak buat perangai.
Bahagia mummy tidur lena.
=D





You Might Also Like

8 leave a massage here...

  1. alamak, baca2 ni macam ada censored je. hehehehehe...

    siannya dia sembelit... saya selalunya makan betik je... dulu hampir kena buasir pun makan betik juga. memang bagus sangat.

    habbatus sauda tu akak beli kat ne eh? mahal tak? nak juga beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik Amy.. akak ada jual.. hihiih mau ka? meh WhatApp kita 019-2523932

      Delete
  2. Ya Allah...kesiannya Hafidh...tak sangka teruk juga sembelit tu ye...sampai kena teran lama dlm bilik air siap korek lg haa...ish anak sendiri mmg tak geli la...utk selamatkan anak kan...minyak habbatus sawda bagus ye...ish nak kena standby la beli...

    ReplyDelete
  3. Anak-anak.. Tgh bersedia utk hadapinya..

    ReplyDelete
  4. lin, akak pun buat entry sembelit kat yaya.. sian dia dok menonggeng2 nak berak tp tak kuar2 jugak. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg normal ke kak amy budak selalu sembelit ni?

      Delete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

.:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: desert ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: popia otak2 ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: top commentor ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::anakmu::. .::ayam pandan ::. .::ferwhite::. .::fereena beauty care ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 2015 3 3rd pregnancy. adik MHA acv ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family hadihaizil@gmail.com Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm watermark Web review wifeadie workshop yhadifamily . allene family zalora zoo