kbba

Latest Posts

Pecah sudah balang kesayanganku

By 12:51 PM , , , , ,


As salam...

Hari ni, aku tak tahu apsal bila comment je kat blog orang, terus hang.
T_T" sentap.
Panjang2 aku type. Pastu tak leh post.
Ni, gara2 tenet bengong la kot.

Sorry yek.. bukan tak nak tinggalkan jejak..
Tapi, tenet tak izinkan..
Tapi, aku singgah.. aku baca.
Dont worry.
Insya Allah tak ketinggalan keretapi
=D

Semalam si Harris Adeel muka ala-ala korea malaysia, buat kerja BAIKKKK punya.
Tengah D solat Magrib, dia pecahkan 1 balang kaca super besar dan cantik plus MAHAL.
Huhuhuh..
Nangis hujung bucu katil aku tengok nasib balang Hadiah kahwin makwan bagi nak oiitt..

Aku tak tahu nak marah atau pukul.
Jadi blur tetiba.

Aku masa tu tengah masak.
Sambil amik turn nak solat.
Hafidh main basikal.
D solat kat bilik belakang.
Harris pun duk main dalam bilik tu gak.
Aku tak tahu dia kat dalam tu.

Tengah menggoreng ikan bilis
Tetiba dengar bunyi kaca berderai.
Berderau darah aku.
Macam charles Chaplin aku lari.
Memula aku tengok rak baru aku tu, sebab kat situ aku br gak letak set cawan.
TAKDE...
Aku lari masuk bilik, tengok D solat.
Eh.. mana bunyi pecah tu.
Aku tak perasan Harris ada kat dalam bilik D solat.
Lari la aku kedepan dan kebelakang.




Tetiba tergerak masuk bilik solat tu.
Sekali aku tengok, balang kaca kesayangan aku berderai di lantai dan sejadah D.
SPEECHLESS aku time tu.
Harris pula elok je berdiri tak bergerak.
Dia takut ke, tergamam ker, aku tak pasti.
Tapi, syukur sangat dia tak bergerak.
Sebab kaca memang banyak sangat.

Nampak tak balang kaca ku itu... uhuhuh dalam kenangan ko. Baru 2x pakai kalau tak silap. T_T'

Aku angkat dia perlahan lahan.
Check kaki dia, takut terpijak kaca.
Dah clear baru aku letak dia kat luar bilik.

D still solat lagi. Tapi sejadah dah penuh kaca.
Aku pun jadi blur jup.
Tak kan nak biarkan kaca tu cium muka laki aku plak.
Aku amik sejadah paling tebal, aku alas dulu sementara D solat.

Lepas tu, aku keluar bawak anak2 tutup pintu.
*nanti aku cerita kenapa kitorang solat tak tutup pintu*

Letak Harris kat luar, marah2 dia.
Lepuk sikit tangan dia.
Aku tak tahu kenapa aku tak marah sampai naik hantu.
Serius aku nak marah pun macam tak ada mood.
Nak sedih pun tak juga.
Nak geram pun tak ada juga.
Macam tak ada perasaan je aku rasa.

Aku sambung masak.
Tinggalkan anak2 main depan TV.
D settle solat, dia kemas bilik.
Aku bersihkan diri, amik turn solat pula.
Settle kemas, aku pun makan lepak2 dengan anak.

D pesan, set cawan aku tu sila alihkan.
Aku gelak2..
Dah alihkan pun.
Lepas je masak terus alih.
Seram.. tak berani kalau jatuh pecah lagi.

Kalau pecah je, aku tak kesah sangat.
Takut kena anak2.
Itu yang risau.
Tak nak la berjahit bagai.
Kecian dorang.

Harris pula buat muka tak bersalah.
Aku marah dia sambil buat muka garang.
Ko tahu apa dia buat????
Pegang pipi aku, pastu cium...
Ko rasa nak marah ker nak cium dia balik???
Grrrr... susah dapat anak pandai goda mmy ni.




Dulu masa hafidh pecahkan pasu >>link<< memang menangis teruk.
Tapi, sebab dia jatuh. Memanjat macam hero.
Harris ni, dia cool je..
Kaca kat kaki dia, dia wat tak tahu je.
Mummy tengok yang seram.
Nasib tak luka tau.






You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. sayangnya....
    takpe laaa xde rezeki.

    ReplyDelete
  2. aiyayaii..xpe nanti mintak daddy belikan yg baru..mihihi

    ReplyDelete
  3. Teringat pulak kisah masa anak sulung saya umur 2 tahun.dia pecahkan meja kaca yang tinggi tu..cemana boleh terbalik entah..nak marah pun rasa tak sanggup sebab dia pun takut masa tu..heheheh...sejak tu tak de dah meja kaca ke,pasu ke,kat dalam rumah ni..heheh..

    ReplyDelete
  4. Huhu.. mde nak ld nak wak mcmana lin. Biasalah bdk usia ni.. mmg xleh nk bhias rmh sbb dia org akn tertarik smuanya.. tp xpela.. mujur balang tu x hempap dia or kaca msuk dlm mata je. Xpe lin..lps ni blh bli lg.. tp tgu dia org bsr sikit .. atau simpan tmpat y lg tinggi

    ReplyDelete
  5. erk.. hahahaha... adoi, dia tahu kelemahan mommy dia :P saya pun cair juga kalau anak buat macam tu. hehehe. sabar je la. nk wat macam mana an. besar gak balang kaca tu. lahai...

    ReplyDelete
  6. Sabar ke la uer mummy. Dak kecik mmg cmtu.. Heheh

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo