kbba

Latest Posts

GBSB - Gojes mommy bersuka ria

By 12:35 PM , , , ,

As salam....



Ok, semangat nak siap kan entry Family day Gojes 2015 ni. Bak kata member yang lain, jangan tangguh nanti basi. huhuh. Ok korang ku gigih ni. Maceh bagi aura.... 

Entry sebelum ni, aku dah pernah share. Korang boleh baca kat sini ye. ---> link 

Aku sampai Singgah Santai Resort around pukul 2.30 pm. Aku baru feling nak tidur dalam kereta. Harris dah menido kat pangku. Sekali tengok signboard la.. Dah sampai. Dekatnya. Hahaha. Tak rasa pergi bercuti pulak. Penat je laki aku isi minyak penuh. Hahaha. Ye la kan, Aku pernah pergi mandi kat area situ, minyak dah blinking.. Risau wei.. dalam lagi tu, tak ada station minyak. Mahu tak berdebor. Tapi, Singgah Santai Resort ni, dekat je. So bab minyak insyaallah tak ada masalah. 

Sampai parking, terus cikna lambai2 aku dari balkony bilik dia. Lepas tu, dia pas kunci semua untuk 5 5 bilik yang ada atas bukit tu kat aku. Senang la kawan2 yang lain sampai, terus cari aku. Tak ada la semua cari cikna. Jenuh gak Cikna kang naik turun tangga. Hihihi. 

Kereta park atas bukit juga. Nasib baik. Kalau tak, jenuh gak la nak mengangkut segala mak nenek 1 kereta tu kan. Hahah.. Tengok barang pun tahu, penuh kereta. Laki aku pulak, bijak park betul2 sebelah bilik. Hihihi. Senang amik barang dalam kereta. Tak payah keluarkan semua sekali. 
Bilik yang aku dapat tu, Ada katil dan bilik air je. huhuh. So, tak payah la nak keluar kan semua barang. 

Lepas aku sampai, lepak2 jup. Hafidh lapar, aku bagi dia makan nasi lemak yang aku bawak dari rumah. Lepas makan, Achik anis sampai. So, dia amik bilik sebelah aku. Sempat gak la kitorang borak2 lepak2. Luar bilik kami ada kerusi meja untuk menjemah. Hahah. Sempat lagi kan. 

Lepas tu, Dyatie pula sampai, seterusnya Ros Anis dan last sekali Leenda. Leenda tak pe lambat, dia memang dah pernah pergi Singgah Santai Resort ni. 

Petang tu, lepas Asar bermula la acara Potluck sambil bersantai tepi kolam. Memula aku tak bawak pun baju anak2, Sebab hujan renyai2. D pun tak bagi mandi. Tapi, budak dah nampak kolam, ko rasa dia boleh di kawal ker? hahah non hado nya. Harris konon main tepi kolam, pegang2 air, sekali tertonggeng dalam kolam tu. Nasib baik aku dekat, terus angkat dia. Baju dia, habis basah dah semua. Huhuh. Kecian. 

budak over tak reti diam

abang pula dah merengek mintak dukong
Masa tu, D pergi amik macaroni kak amy bawak. Pastu bila datang kat aku, terkejut kenapa anak dia basah kuyup. Aku cakap la jatuh kolam. Alang2 dah basah kan. Meh la kita berendam sama2 nak oiiitt. Aku gigih daki tangga pergi bilik amik baju budak dan tukar baju aku. Siap baju Hafidh pun aku amik sekali. Lupa pula amik baju D. Dah dia kata tak nak mandi kan. huhu.. 

baru nak dukong Hafidh, harris dah lari ketengah

tak mahu kena pegang, nak bebas je.

Apak dia tukang tangkap gambar je memula
Jenuh gak la aku melayan si Harris mandi kolam. Haram dia nak naik tau. Kaki aku sampai lenguh. Aku ni dah la lapar. Aku suruh D amikkan makanan. Sekali dia kata, dah habis la yang... uhuhuh nangis... Asyik layan anak makan, makan pun habis. uhuhuh. Pastu mintak air.. air pun dia kata habis. Sedih betul. Tapi, dapat la juga sikit. ihihih 

masa ni, penat dah. lenguh kaki

Kat kolam tu, ada gelongsor, konon nak bagi la harris main kan. Aku tunggu kat atas ngan Harris. Pastu dengan selamba aku lepas kan harris tanpa ada orang kat bawah tunggu. Serius aku lupa, kalau turun gelongsor tu, mesti akan tenggelam. Sekali aku tengok D dah tunggu kat bawak gelongsor. Huhuhu nasib laki aku bijak. Dia dah biasa la kan mandi gitu. 

Ni masa harris baru lepas turun gelongsor, dengan jean laki aku redah

Kami anak beranak

dah tenggelam pun tak serik huhu 

Aku pun lepaskan harris kebawah. Seronok budak tu. Pastu, aku pun teringin la nak naik gelongsor dengan Harris. Sekali turun, sekelip mata, aku dengan harris tenggelam. hahahah. Memula takut gak nak main, takut air kolam kering... Sebab terpercik luar. hahahah Serik aku. Tak mo main lagi. Hahah. 

ok penat

Lepas penat main, aku gigih paksa si Harris ni balik. Huhu Tak leh lepak2. Kalau lepak, maknanya mandi lagi la dia tu. 


 *********************************************************************************

Balik je bilik, paksa anak2 mandi. Selesai mandi, aku terus pakai kan baju tidur, bagi susu memang terus tidur la dorang. Hahah. Padahal, malam tu ada event BBQ dan Birthday party. Tapi, malas la nak beria. Biar dorang selesa dengan baju tidur tu je.

Lepas magrib, masing2 dah jaga. Memang tak elok tidur waktu magrib.Tapi tu la kan, nak buat macam mana. Letih sangat mandi kolam.

Kami semua berkumpul di tempat makan. BBQ semua dah siap bakar. Tinggal nak makan je. Hadiah dan goodies semua aku dah angkut sekali. Jenuh nak patah balik bilik. Jauh. Lagi pun malam macam bahaya je.

Lepas makan, acara potong kek. Seronok tengok anak2 excited dengan kek. Harris kurang sikit. Mungkin dia baru 2 tahun. Yang lain, 3 tahun. Untuk yang boy la. Yang girl pula, Ramai yang kecik2.
Kek untuk birthday boy

Kek untuk birthday girl
Malam tu, ada 2 kek sponsor by Aciek Anis. 1 kek dari Ena. Seronok bebudak tu, dapat banyak kek. Aku tak sempat merasa pun kek tu semua. harris manja pula malam tu, asyik berdukong je kerja dia. Huhuh. Lenguh tangan wei.

Ada 3 kek semuanya. 1 lagi tu unisex.
Selesai acara tiup lilin kek birthday anak anak gojes, acara tukar2 hadiah pula. Masa ni, masing2 dah letih. Lagi2 aku.. hahaha penat badan berendam tadi. Budak pun dah mula merengek. Nasib hafidh tak buat hal. Gigih juga la tunggu majlis selesai. Aku dapat hadiah dari acik anis. Hahah jiran wei.. berkat duduk sebelah dia. Suka hadiah tu. Dah la acik anis nak pergi jauh... sob..sob..

Sempat bergambar sebelum tiup kek

masing2 dah teruja tengok lilin


anak aku pun leh tahan tu

Anak2 pula sibuk main belon Ena bawak. Suka anak2 aku. TQ Ena. Lepas acara tukar hadiah, acara lucky draw pula. Ok, aku tak ada luck malam tu. Tapi, sokay. Aku enjoy. Ramai mommies bagi hadiah besday kat anak2. Huaaa... Terharu tau. Seronok sangat. Eh.. mommy yang seronok lebih.

masa ni tengah susun kek 


anak pun dah menguap


will miss this moment


sesi rebut pisau kek.. hahahah 


Dapat hadiah... 

Selesai acara malam tu. Masing2 balik menidur kan diri. Aku memang dah flat habis dah. Lepas solat je, terus tak sedar diri. Apa nak jadi pun tak tahu la aku. Kes laki ros anis dengan laki Leenda kena kejar anjing pun pagi tu baru aku tahu. Hihihi...

***********************************************************************************

Pagi tu, memang terlajar bangun.. Huhuh. Aku sedar D tengah solat. Anak2 lena je. Nasib masing2 baik je tak bangun minta susu. Kalau tak, memang pejam mata buat susu anak. Ehh.. bukan aku buat pun. Haha Opkos D yang buatkan. Kalau aku, mesti ayat anak, suh sambung tidur.

Lepas siapkan diri, kitorang terus pergi tempat makan untuk sarapan. Tengah dok enjoy sarapan, hujan la pula. Game macam mana wei??

Kalau dah ramai2 kan, apa ada hal, kitorang guna tempat makan tu untuk buat game. Alih semua kerusi lapangkan kawasan. Dah boleh main game.

Acara pertama, Kotak beracun. Masa ni ramai gak la yang main. Yang kena racun pertama Aznoe, kedua Acik Anis ketiga CikNad dan last sekali Umi pingu. Hoiitt..dia boleh buat cerita sedih masa ni. Leenda pun nangis. Aku tahan je air mata tapi, bergenang juga la...

tengok... gedik mak2 tkut pegang kotak tu hahahah 

Umi baru bukak mulut aku dah sedih. Tak tahu kenapa. Tapi, mungkin aku terkesan, bila ingat dia bersungguh sungguh dan bersusah payah datang sorang dengan anak2 dia. Demi gojes. Allah.. tetiba bergenang air mata. Aku kalau sorang memang tak dapat la pergi. Ni bawak laki pun macam2 hal jadi.
Kak amy pun kuat, datang sorang. Dengan anak2 yang masih kecik. Macam2 ragam kena hadapi. Hoitt.. toching pulak da. Mimi pun sama... korang memang deabakkk

Ok, next game acara bapa dan anak. Aku terjerit jerit panggil laki, D nak main tak, dia kata boleh la. APA??? nak main?? aku serius terkejut tau. Ingat laki aku anti social. bahahaha... Happy la dia nak join. Kalau tak, asyik la dukong anak kerja laki aku tu. Anak pula manja mengada sangat.

ni sesi aku ajar anak cara main.

jenuh aku kehulu kehilir tolong hafidh

Game ni, laki kena pakai kain batik, anak2 baling bola masuk kat kain tu. Memula hafidh main, alahai... malu2 pula. Dah tu, aku terus suruh harris main. Haaa... reti tau adik main dari abang. Tapi kalah jugak. Bahaha. Tapi, enjoy.. yeahh...

kembong pipi dah

masa ni, memang aku dah jerit. letupkan.. hahahah 

Game ketiga, tiup baloon sampai pecah. Aku tanya D, nak pin tak? ada banyak ni. Hahah. Kata bini tokey pin kan. Laki aku eksen. Tak mo. Dengan bangga dia pergi tanpa sebarang senjata. Sekali tiup, la.. orang lain dah letup dia tak letup2 lagi. Aku jerit, letup kan D... sekali dia ramas baloon tu terus letup. Hahahah suka aku. Dapat hadiah... yeah.. lagi.

Acara game last, rebut gula2. Aku suruh hafidh rebut. Kat rumah kan dia suka main rebut dengan adik dia. Sekali bila game, nan hado. Dia kutip 1-1 je wei gula2 tu. Sekali aku kaut tunjuk, baru dia reti amik. Adik pun join sekali. Hahah gelak besor mommy dorang ni.

daddy kira gula2 hahaha bnyk hasil tangkapan ni

kenit sorang ni memang pantang nampak gula2.

ni aksi lentik dari abang hafidh


 Sebelum game, sempat la kitorang buat sesi bergambar.. Alahai.. macam2 gaya tau.

Kami bertiga

Ajak laki sekali join. 

Sesi beramai dengan mommy gojes 

Ni sesi buli anak. Hahaha comel je yang tidur tu 

my... ! apa ko buat ngan anak ko ni


Selesai acara.... laju2 balik bilik kemas baju. Masuk kereta. Siap. Check out sekali. Lepas tu, sementara tungu lunch D sempat bawak anak2 mandi. Hamboi sangat. Aku tak kose nak mandi. Bilik air public tak suka masuk. Bilik dah tak ada kan. Gigih jadi tugu tunggu laki ngn anak2 mandi.



aksi D umpan hafidh ajak mandi

Adik tak payah cakap la.

termenung fikir nak mandi ke nak duduk je

Akhirnya kecundang. Hahahah 

Sakan anak2 aku ni 



Dan... Berakhirlah Family Day Gojes 2015

Sempat berpeluk cium sebelum berpisah. Entah bila la nak jumpa lagi. Planning je la mampu. Hihih..

Sebahagian mommy gojes. Korang memang gojes la ... 




tq to our Official Photographer 



You Might Also Like

5 leave a massage here...

  1. fuhhh..berjaya baca..geng ni mmg osem! seronok dapat kenal korang tau..

    ReplyDelete
  2. jumpe lagi nanti lin.. #muahciked

    ReplyDelete
  3. beznye...nampak meriah je..ada makan2..tu yg bez tu
    semua mummy gojes...

    ReplyDelete
  4. bestnya berkumpul ramai-ramai macam tu. happening kan. mommy pun sakan melayan hero

    ReplyDelete
  5. Ni group apa ye?/saya tak pernah join apa2 group walau dah masuk 5 tahun berblog ni..heheheh...

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo