Sekeping DVD yang penuh ilmu - Review DVD MYRYL
As salam...
BENGKEL “WARNA DAN KERJAYA”OLEH MYRYL
MYRYL
(disebutsebagai my-real) yang merupakan singkatan bagi “Master Yourself Revamp
Your Life” [www.myryl.net], ialah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Shuhada Alauddin
3 tahun dahulu. Ia berasa bangga kerana menjadi antara syarikat pertama yang
menawarkan
kursus dalam bidang
pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkahlaku
(behavioural analysis). Kelebihan mereka: membantu individu membuat
pertukaran kerjaya.
Dengan kelebihan dan kepakaran yang dimiliki,
MYRYL telah menghasilkan DVD yang berjudul “Warna&Kerjaya”.DVD “Warna&Kerjaya” ini merupakan DVD yang pertama seumpamanya,
dihasilkan oleh MYRYL bagi tujuan untuk membantu golongan dewasa yang bekerja tetapi
ingin membuat perubahan kerjaya atau pun ingin memulakan perniagaan, namun tidak
tahu apakah kerjaya ataupun perniagaan yang perlu diceburi.
Shuhada Alauddin,
pengasas MYRYL yang merupakan pakar Pembentukan Personaliti, Terapi Warna &
Analisi Perlakuan dan juga seorang yang pernah melalui perubahan kerjaya sebelum
ini; beliau telah menghasilkan modul-modul khas yang akan membincangkan topik tertentu
bagi membantu setiap individu menghasilkan apa yang diingini; dengan perubahan kerjaya
dan business start up sebagai matlamat
utama.
Dalam DVD Warna &
Kerjaya ini, Shuhada turut berkongsi tentang bidang-bidang kepakaran dan juga pengalaman
beliau dengan tujuan untuk membantu orang ramai untuk mengenalpasti apa yang
mereka inginkan, apa yang mereka boleh jangkakan dan juga langkah yang perlu diambil
tatkala membuat perubahan kerjaya atau pun memulakan perniagaan baru.
Apa yang lebih menarik
tentang DVD ini adalah pendekatan yang diambil Shuhada untuk berkongsi dan membantu
orang ramai yang ingin membuat perubahan kerjaya ataupun memulakan perniagaan;
adalah melalui warna. Sebagai penambahan
nilai kepada mereka yang membeli DVD ini, Shuhada turut membuat perkongsian tentang
aplikasi warna dalam kehidupan seharian.
Selaras dengan itu,
MYRYL mengadakan bengkel setengah haripada 13 Jun 2015 di Hotel Bangi
Putrajaya, bertajuk “Warna dan Kerjaya” yang turut merupakan majlis pelancaran
DVD MYRYL. Bermula dari jam9.00 pagi hingga 1:00 petang, bengkel ini dihadiri oleh
20 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berserta wakil-wakil dari pihak
media. Bengkel ini memberi peluang kepada blogger merasai sendiri secara praktikal
apa yang terkandung di dalam DVD “Warna & Kerjaya”.
“People always have a dream job that they
wish they could be doing and most often these people already have a steady
career that has nothing to do with their dream job. So to get started all over
again and do their dream job [even without leaving their current job] is going
to be scary and normally people will choose to let it go and let it remain a
dream. So that’s what I’m trying to do
here today; help them see and charter the way so that it can reduce their
anxiety about starting from square one and hopefully get them one step closer
to their dream” – kata Shuhada yang mempunyai pengalaman sendiri tentang pertukaran
kerjaya apabila beliau membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya beliau sebagai
peguam dalam bidang korporat selama 10 tahun bagi memulakan MYRYL dan kini menjadi
perunding dan pakar dalam pembangunan personaliti, terapi warna dan analisis perlakuan.
Bagimereka yang
ingin mendapatkan maklumat lanjut bengkel selanjutnya, bolehlah ke www.myryl.net. Bagi mendapatkan maklumat atau untuk
berhubung melalui e-mel, bolehlah berbuat demikian dengan menghantar e-mel keask.us@myrylpoint.net .
Media
Contact: NadhirNordin, nadhir@myrylpoint.net
[Mobile No: 019-9390135 ]
[Mobile No: 019-9390135 ]
0 leave a massage here...