kbba

Latest Posts

Jangan terlalu percaya "Tuan Rumah".

By 9:48 AM , ,

As salam... 
Sejak kebelakangan ni, aku banyak menyepikan diri dari blog. Terlalu lemah dengan dugaan yang tengah hadapi. Tak besar mana pun. Tapi kecewa. Kecewa dengan orang yang kita hormat dan sayang sesama islam dan sesama melayu. 

Aku kena pindah rumah dalam masa 3 bulan. Dan 3 bulan itu bermula dari 1 JUN 2015. Maknanya Ogos adalah bulan yang terakhir. Aku rasa macam kena halau dari rumah sendiri. Mmmmmm....... 




Nak mengeluh sangat pun dah tak larat. Dulu.... 4 tahun lepas. Aku beli rumah yang aku duduk sekarang ni. Dengan harga Rm180k. 4 Tahun lepas, harga tu aku agak tak mampu. Tapi, kami usahakan. Dan Alhamdulillah... Pinjaman bank lulus. SNP siap sign. Bayar peguam semua selesai. 
Tapi, alangkah sedihnya bila nak tukar nama tak boleh. SEBAB.... geran rumah owner tak ada. Bila periksa dengan pemaju rumah, pemaju bankrup. Maka... tertangguh la urusan pembelian rumah ni. 

4 tahun menunggu. Dengan bermodalkan deposit rumah pada tuan rumah. Atas rasa percaya dan tak nak menyusahkan semua pihak, kami bersabar... sabar dan sabar... TETAPI, selepas 4 tahun bersabar, kes selesai. Tuan rumah berjaya mendapatkan geran sementara dan sah di sisi undang2. Dengan seronoknya kami, tak sabar nak buat permohonan pinjaman sekali lagi. 

Alangkah sedihnya apabila diberi tahu oleh peguam baru tuan rumah, mereka menaikkan harga rumah dari RM180k kepada RM350K. Tak masuk akal. Pada awalnya aku memang betul2 tak boleh terima harga tersebut. Lama kami berfikir. Walaupun dalam surat peguam tu, dia hanya bagi kami masa seminggu untuk berfikir. (Kurang ajarkan... ) 

Di sebabkan keadaan aku yang tak berapa sihat, aku dan suami buat keputusan setuju dengan harga tu. Nak buat macam mana lagi, Kalau beli rumah lain pun harga lebih kurang sama. Aku pun mula la tanya pihak bank sana sini untuk buat pinjaman perumahan. Malangnya, aku diberi tahu harga rumah yang diberi bukan mengikut harga market. Harga market sepatutnya RM250K sahaja. 

Kecewa aku. 100k lebih dari sepatutnya. Kami cuba meminta harga seperti harga market. Sebab alasan tuan rumah menaikkan harga kononnya mengikut harga pasaran. Tapi, dia tak setuju. Sakit hati kami tak payah cerita la. Rumahnya di jaga elok. Bila ada kerosakkan, tak pernah pun kami menyusahkan tuan rumah atau meminta duit untuk dibaikki. Semuanya kami lakukan ikhlas. Tapi, ini dibalasnya. 

Sedih tak perlu cerita la. Dengan anak2 masih kecil, arrgghhhh... sakit hati. Tuan rumah boleh pula menyuruh suami membuat pinjaman peribadi untuk menampung baki rumah tu. 100k?? logik ke aku nak buat pinjaman 100k?? Kami pekerja swasta. Gaji tak besar mana pun. Memang tak perlulah buat pinjaman sehingga 100K tu. Kalau buat pun memang tak dapat. Lain la pinjaman perumahan.

Keputusan akhir, kami akan keluar dari rumah tu. Tuan rumah akan memulangkan duit deposit rumah. Dengan bermodalkan duit deposit itu la, kami buat duit deposit untuk menyewa di tempat lain. 
Harga rumah sewa sekarang bukan RM300-400. Beribu. Nak duduk flat, barang rumah aku dah banyak. Ye la bajet duduk rumah sendiri dulukan. Biar la kami menyewa dulu. Ada rezeki lain, kami cari rumah lain untuk beli. 

Lepas balik raya, laju2 la aku kena pack semua barang. Stress aku!!! 


You Might Also Like

12 leave a massage here...

  1. Alahuakbar.. sabar ea lin.. owner cina ke? apapun semoga dipermudahkan urusan lin utk dapatkan umah lain..

    ReplyDelete
  2. Sabarlah lin.. inshaaAllah ada rezeki yg lebih baik.. Manusia skrg mmg dh jd hamba pd duit. Hilang sifat tolak ansur.. tabahlah besan..

    ReplyDelete
  3. ish kejamnya tuan rumah...semoga dia dibukakan pintu hati dlm masa 3bulan ni....sabar ye sis..maybe ad hikmah kot ni ape yg berlaku

    ReplyDelete
  4. ya Allah..teruknya tuan rumah..sabar yer lin..dugaan ni.mungkin lin akan dapat rumah yg lebih baik?

    ReplyDelete
  5. kita punya kes pulak dah 10 tahun menyewa tetiba tuan rumah nak suruh bayar balik deposit baru.. macam masuk rumah baru. Katanya dulu takde agreement.. sewa di naikan dgn harga yang rasa x berbaloi dengan condition rumah dia.. dia pun tak nak repair.. kos nak repair pun ribu riban jugak. Bagi masa dalam bulan ni jer.. lagi sesak dok cari rumah lain.. nak raya lagi.. Tapi tu la.. Pilihan yang ada kena hadap jugak. Kalau tak sempat pindah terpaksa bayar balik semua.. deposit dengan sewa baru..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, bila mula tamak mcm tu lah lin, sbr ye lin.semoga semuanya di permudahkan lin.hmmm.

    ReplyDelete
  7. Allahu..beratnya dugaan sis..nampak cam ambil kesempatan di situ.. :_( Saya doakan kehilangan ni digantikan dengan lebih baik lepas raya ni

    ReplyDelete
  8. Ya allah lin. berderau darah hana baca ni. Sedih campur geram. Nak tlg pun tak tau mcm mana. Melampau gila. Lin ada tak kumpul resit lin baiki kerosakan rumah dia sepanjang lin duduk situ? Kalau ada lin claim balik duit-duit sume tu.

    Semoga urusan lin dipermudahkan. Sabar ye.

    ReplyDelete
  9. sabar yeh lin..insyaAllah..mana tau lepas ni dpt beli rumah yg lebih baik..harga pun berpatutan..

    ReplyDelete
  10. Sabar kak lin. Tau susah nak fikir straight sekarang. Saya doakan akak dipermudahkan segalanya ya.

    ReplyDelete
  11. Allene! Ingat Ayu x?
    Jom exchange link? ayuni-stories.blogspot.com

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

.:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: desert ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: popia otak2 ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: top commentor ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::anakmu::. .::ayam pandan ::. .::ferwhite::. .::fereena beauty care ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 2015 3 3rd pregnancy. adik MHA acv ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family hadihaizil@gmail.com Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm watermark Web review wifeadie workshop yhadifamily . allene family zalora zoo