kbba

Latest Posts

Bocor dah kepala hero sorang ni

By 12:35 PM , , , ,

As salam... 



Semalam... tengah aku dengan D sibuk cari jalan baru untuk ke Beranang (ada exit baru 2102), anak aku bergumpal kat belakang. Sekali terdengar la teriakkan.... 

Aku pun macam biasa jadi polis siasat. Sapa buat? Walaupun tahu ada 2 orang je dalam tu. Kalau bukan abang, sah la adik yang buat. Adik dah nangis2. Ok dah tahu mesti abang dia buat. 
Aku pun amik adik, pujuk2 gosok kepala. 

muka tak bersalah


Sebelum tu, dorang dok main percik2 air susu tau. Muka adik penuh dengan susu. Aku penat sebenarnya nak marah2 ni. Aku tegur gitu je. Gelak sakan dorang. 
Masa aku gosok kepala adik, kepala dia basah. Aku pun ingat susu tadi kat rambut dia... Sekali aku rasa lekit lain macam. 

Bukak lampu depan keja tengok tangan aku ada darah. Terus gelabah ayam. Panik gak aku. Kot besar luka dia kan. Sebab dia nangis macam biasa je. Tak la parah sangat. Tapi, yela... mana dia tahu pape. 

Terus amik tisu aku tekap kat kepala dia. Suruh D berhenti pergi beli plaster sebab aku rasa tak besar sangat. Darah dah stop. Kalau besar, sah la darah meleleh2. Masa D beli barang, aku pun spot check la kepala dia. Memang ada terbelah sikit. Mungkin kena bahagian bawah kerusi. Kan ada besi2 tu. 

Aku bersihkan kepala dia. Memang nampak la luka sikit kat kepal dia tu, terbelah macam tu la. Balik rumah aku sambung bersihkan dengan dettol. Kemudian aku sapu minyak gamat je. Nak plaster kena cukur rambut pula. Lagi pun kecik. Halal la... 

Malam tu, tak ada pula dia merengek kata sakit or pape. Muntah pun tak ada. Harapnya ok la. Elok je dia makan, main... Macam tak pernah berdarah. Memang anak jantan betul.

Korang jangan condem aku, tak letak anak dalam car seat ye. Aku memang dari dulu letak anak dalam car seat. Tapi, kalau nak tahu, dorang reti lepas kan diri. Haaa... Selit sana, selit sini pastu berdiri atas car seat. Hohohoh 10 kali ganda bahaya tu. Lepas tu, aku pakai kan seat belt biasa... pun sama. Melepaskan diri. Mungkin ada geng. Tu yang dorang suka sangat. Jenuh aku nasihatkan. Tak makan saman. 

Pagi ni, sempat pesan dengan BS je. Yang kepala Harris bocor semalam. Harap dia take note la. Kalau pape inform aku. Huhuhu anak bujang memang macam ni tau. 

p/s: masa aku tengah lap2 kepala dia, dia suruh amik amik pic kepala nak tengok katanya... hamboi sangat anak aku.... 



*********************************IKLAN*****************************************

Nak make up simple dan cepat... try bedak CHRIZEN MOIST CAKE, Setiap pembelian akan dapat Serum collagen secara percuma... cepat dapatkan ye.. 



Chriszen moist cake
Bedak dan foundation 2 in 1

📣📣
Np:Rm59
📣📣📣
Now:Rm49.90

📌Mencerahkan kulit
📌Menutup bintik hitam dan cela
📌Perlindungan uv spa 50
📌Tahan lama 
📌20g

Do whatsApp/Telegram
📞📠
 019.252.3932 

Like our page at 🇫🇧

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. betul tu lin... budak-budak memang tak suka diikat.Mesti pandai nak loloskan diri.Diorang ni memang cepat rimas.Tu yang saya tak setuju tindakan saman kalau kanak-kanak tak pakai tali pinggang.adeh... masalah besarnya diorang memang dah tak nak.Paksa pun tak guna.

    ReplyDelete
  2. amboii pndi plak req suh amik pic ye..hehe..bijak sungguh...arap xde pape yg serius lah

    ReplyDelete
  3. adeh..gurau kasar adik beradik..huhu.. td malam baru je kena ketuk botol air mineral kat kepala..nangis makcik ni tauu..irine takde kawan gaduh macam ni agaknya..dengan mak dia pon jadi..sodehh

    ReplyDelete
  4. alahai syg...
    acik aida ni takut tgk darah !

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

.:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: desert ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: popia otak2 ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: top commentor ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::anakmu::. .::ayam pandan ::. .::ferwhite::. .::fereena beauty care ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 2015 3 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family hadihaizil@gmail.com Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm watermark Web review wifeadie workshop yhadifamily . allene family zalora zoo