kbba

Latest Posts

Cuti kecemasan kebiasaan seorang Ibu

By 12:01 PM , , , , ,

As salam... 

Selalunya bila dah kahwin dan jadi ibu ni, memang akan kerap la amik cuti kecemasan. Errmmm... 
Kalau jenis bos yang tak memahami, susah juga kan. Lagi2 kalau yang belum berkahwin atau belum ada anak. Tapi, tak semua la perangai macam tu. Ada je jenis tak kahwin tapi memahami. 
Betul tak. 

Sejak ada anak, aku memang kerap cuti. Cuti tahunan selalu amik masa raya atau cuti yang dah dirancang sahaja. Yang lain, semuanya habis sebab cuti kecemasan. Lagi2 sejak beranak dua ni, memang berganda la cuti kecemasan aku. Tu yang kadang kadang aku rasa serba salah. Tanggungjawap pada keluarga dan kerja. Hati dah jadi tak tenang bila kita bercuti. Korang pernah rasa macam ni tak? huhu Peritkan. 

Sebagai ibu dan isteri, rela atau tak, memang kena cuti. Sapa lagi nak jaga anak sendiri kalau bukan diri sendiri. Tak kan nak suruh baby sitter jagakan pula. Tak kan sama. Bila anak demam, perkara pertama dia akan minta ubat demam. Aku pula jenis tak suka bagi anak ubat demam. Kalau boleh biar la aku lap badan dia sehingga surut panas. Tapi, tugas ni memang nak kena mengadap. Tak boleh buat sekali dua dah. 

budak demam 



Semalam aku EL lagi. Menghabiskan sisa-sisa cuti. Dah bagi notis ni, tak rasa bersalah sangat la bila cuti. Bila banyak kerja tu yang rasa sangat bersalah tu. Huhhu. 

Harris dah dedar sejak Sabtu lagi. Aku rasa kepala dia panas je. Tapi, dia kekal aktif. Bia je la. Takkan sikit nak sumbat ubat. Ahad pun dedar juga. Malam Ahad tu, dah lap kepala dia dengan cuka apple.  Masuk hari Isnin, masa nak dukong dia aku rasa panas sangat ni. Bibir pun merah je. Periksa suhu dia, 39 darjah dah. oh mai... tak leh biarkan ni. 

Aku cakap dengan D, aku nak EL la. Kecian Harris ni. Merengek je. Aku pun basahkan kain dia. Tukar baju. Tak mandi lagi masa tu. Lap2 badan dengan kain basah. Merengek je. Kena sejukkan. Lepas tu, bagi susu kat dia biarkan dia tengok TV. Masa breakfast aku suap nasi lemak, alhamdulillah dia makan. 

pelakon tambahan. Dia pun nak gak tangkap gambar


Lepas breakfast, aku duduk dengan dia guling2 kat rumah. Seronok wei tak kerja. Hahaha. Lepas tu dia tertido. Dan aku tak leh tido.. huhuhu ada hero besar sorang lagi nak kena tengok. Kena la bangun masak. Ala2 ibu mithali ok. Siap masak, bagi abang dia makan. Seronok makan sup ikan. 
Bila anak demam aku fikir sup je. Lagi pun bahan cukup senang la nak masak. 

Bila harris jaga, aku bagi dia makan, ok alhamdulillah berselera. Lepas makan, mandi. Siap halau aku keluar dari bilik air sebab nak mandi sendiri. Lepas mandi, aku rasa panas lagi badan dia. Aku kalau boleh nak bagi dia pakai pampers je. Tapi, anak dah besar ni, reti cakap payah sikit. Mengamuk nak seluar dan baju. Bagi je la... 

Lepas tu, baringkan dia, letak kain basah kat kepala. Punya la dia marah. Adeh... tapi, kena letak juga. Kalau tak, memang tak suruh nanti demam dia. Bila mommy dia besarkan suara, dia kena redho la. Pasrah tuala basah di kepala. Dan akhirnya tertidur semula. 

Petang dalam pukul 4, dia bangun. Still dedar. Tapi bila check suhu dah turun 37 darjah. Alhamdulillah. Tak sia-sia aku cuti hari tu tuk jaga dia. 

Petang dalam 5.30 lepas mandikan 2 beradik tu, aku suruh dorang main boleh. Nampak sihat je anak2. Ok lega... 

sihat dah 

buah hati pengarang jantung 


Pagi ni, aku rasa badan dia sejuk dah. Alhamdulillah.. sihat sepenuhnya... Yakin dengan diri sendiri... Boleh je rawat demam anak tanpa ubat. Panas lawan dia hanya air. 



Setiap pembelian akan mendapat serum collagen dan whitening percuma yg bernilai rm29
Chriszen moist cake
Bedak dan foundation 2 in 1

📣📣
Np:Rm59
📣📣📣
Now:Rm49.90

📌Mencerahkan kulit
📌Menutup bintik hitam dan cela
📌Perlindungan uv spa 50
📌Tahan lama 
📌20g

Do whatsApp/Telegram
📞📠
 019.252.3932

Like our page at 🇫🇧


You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. SM NGN sy...jenis xsuka bg ubat jugak..lbh suka jelum2 ngn air je..melainkan kalo panas melampau n x surut2 panas tu bru lah sbb terpaksa kan...tp Alhamdulillah, dh lama benar arfan x dmm..syukur sgt2

    ReplyDelete
  2. kalau anak tak sihat, memang sanggup cuti la..
    sebab tu mereka yang ada nak, akan selalu simpan sikit cuti mereka untuk case2 anak2 tak sihat nanti kan..

    ReplyDelete
  3. betul..bila anak sakit,dia memang nak ibu dia je..kalau orang lain jaga kesian pulak ..entah apa perasaan dia.kan??

    ReplyDelete
  4. memang pun.. cuti kecemasan dengan para ibu berpisah tiada.. huhuhuhuu..
    yang penting boss memahami lah kan.... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  5. cuti aida hanya reserved utk diorang.
    demam... sakit perut... anak ramai la kata kan :)
    kalau tak kita yg merawat, sape lagi kan.
    sanggup bersengkang mata utk pastikan anak sihat...

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

.:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: desert ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: popia otak2 ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: top commentor ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::anakmu::. .::ayam pandan ::. .::ferwhite::. .::fereena beauty care ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 2015 3 3rd pregnancy. adik MHA acv ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family hadihaizil@gmail.com Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm watermark Web review wifeadie workshop yhadifamily . allene family zalora zoo