kbba

Latest Posts

Tak menyesal ke berhenti kerja???

By 2:12 PM , , , ,

As salam... 



Soalan yang menghantui aku sejak kebelakangan ini. Tak menyesal ke berhenti ker? Gaji dah banyak, kerja pula susah nak dapat sekarang. Itu la kata-kata "semangat" dari orang sekeliling. 

Tabahkah aku nak mengadap semua soalan tu?? Mengigil juga wei... Risau juga. Aku ni, main terjah je berhenti. Preparation tu, sikit je. Hutang pun tak habis bayar. Sebab tu plan nak buat online business. Boleh la cover mana2 yang dapat. 

Atau pun sebenarnya orang sekeliling dah mula pandang rendah pada aku yang bakal bergelar suri rumah?? tak bergaji. Makanya mula la masing2 nak memperlekehkan keputusan aku tu? uhuhuh 
Debor mak tau! 



Bila orang tanya satu je jawap aku. 


"Aku kerja siang malam, masih tak cukup... apa yang ada semua cukup2 untuk kami sekeluarga... Jadinya apa salahnya aku tak kerja... tak cukup kira ok la kan... sebab memang tak kerja. Puas hati..." 

Rezeki Allah bagi. Ada je kat mana2. Insyaallah... dalam niat aku nak tengok2 anak2 kat rumah, sambil ber"online business" ada rezeki untuk aku dan anak2 aku. Laki aku pun dah redho dah. Letih juga dengar bini asyik berzikir cakap nak berehat duduk rumah kan... ihiih

Aku masih dalam mood percubaan. Sehingga aku bersalin nanti, tengok la macam mana kewangan kami sekeluarga. Kalau sesak sangat, nak tak nak aku terpaksa bekerja semula. Kiranya berehat je la untuk beberapa bulan ni. 

Apa yang penting, jadual harian dan apa yang aku nak buat sepanjang berehat ni, akan aku cuba lakukan. Nanti aku share apa yang aku plan nak buat. =D 



You Might Also Like

14 leave a massage here...

  1. moga dipermudahkan lin.. sy pun sedang dalam pertimbangan nak benti keje...

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah moga sentiasa dimurahkan rezeki aamin

    ReplyDelete
  3. insyaallah Allah akan permudahkan..

    ReplyDelete
  4. Allene, satu tindakan yang bijak...julia pun dah lama nak berhenti kerja, tetap matlamat bila Qi nak masuk darjah 1...tapi rasa macam nak berhenti je...ntah lah puas dah kerja dgn orang...nak rasa perit kerja diri sendiri...kerja mcm allene...kerja dari rumah...

    Gogogogog allene...WAHM mmg terbaik...

    ReplyDelete
  5. saya dah 4 tahun berhenti keja, masa saya keja duit gaji yang dapat takde lar banyak mane pun yang dapat bantu keluarga, tolak duit minyak keta, tol, pastu nak beli baju, seluar, skirt, baju kurung, jubah tudung nak pakai gi keja pun dah abes banyak dah tu... yuran taska anak lagi, bil-bil, itu ini.. bila ditolak, campur takde banyaj mane yang dapat saya bantu suami. berbeza dgn life lepas benti keja, hati lebih tenang dan lagi banyak yang saya dapat bantu keluarga saya.. :)

    ReplyDelete
  6. Seronok tengok kawan2 yg boleh jaga anak kat rumah..aku nie x tau bila sebabnya aku cepat bosan dok rumah...dari dulu memang suka keja...klu xde buat apa kat rumah..aku dtg keja gak hari cuti...pelik sgt kan perangai macam aku nie...hehehe

    ReplyDelete
  7. betul tu.. rezeki Allah Maha Luas.. InsyaAllah ada rezeki lain buat kamu... :)
    saya pun dah lama "zikir" kat telinga suami, nak minta berhenti kerja.. tapi suami belum izinkan... huwaaaaaaa... :p


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  8. Good luck Allene! Moga makin murah rezeki jadi WAHM

    ReplyDelete
  9. Bab rezeki ni terlalu subjektif, susah nak cakap! Apapun Ciknad doakan Allene sekeluarga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..aamien..

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah lin, kalau niat kita baik, Allah akan bantu permudahkan.. I have been in the same situation 4yrs ago.. Jgn kan kata org lain, keluarga sendiri pun ada yg pandang rendah pada awalnya... Tp, i prove it!!!

    Mmg tak nafi 1-2 tahun mungkin agak suffer sikit.. Tp percaya pada Allah.. Usaha, doa & serah padaNya.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  11. semoga di murahkan rezeki nya ya mba :) rezeki sudah ada yang ngatur juga rezeki gak bakalan ketukar hehehehe

    ReplyDelete
  12. Kata2 negatif orang pasti akan ada...mimah pn kalau boleh teringin sangat2 nak jaga anak2 sendiri...sekurang2nya takdela bila diaorg sakit pening,ibu kena kerja...kesian sbnrnya..kalau ikut mcm lin ckp tu pn betul...keje kuat2 pn,cukup2 mkn pakai je,baik berenti...mmg kita tau dh tk cukup kn....huhu.....teringinnye lahaiii....tp belum lg ade kekuatan buat masa ni..best of luck untuk lin

    ReplyDelete
  13. Mula2 nak brenti mmg tak dinafikan seriau jgk tp once dh berenti...sebenarnya byk peluang rezeki depan mata tggu kita nak amik peluang ke tak. InsyaAllah rezeki ada di mana2 asalkan jgn malas :)

    Dah setahun lebih berhenti kerja dan jd surirumah bekerjaya online. Alhamdulillah nikmatnya tgk anak2 membesar depan mata

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo