kbba

Latest Posts

Zoo negara semakin menarik untuk seisi keluarga - Part 2

By 12:35 PM , , , , , ,

As salam... 



Terima kasih pada pembaca yang sudi komen entry2 semalam... Especially entry Zoo. Seronok baca. Nanti kelapangan, aku singgah blog korang pula ye. Aku ni sekarang nak update entry curi2 je. So, memang susah sikit nak komen or blog walking.

Pada yang terlepas aku bebel pasal zoo part 1, kat sini ye. Blogger day di Zoo Negara

Lepas habis berjalan menyusuri sungai2 di Malaysia, kami rehat jup kat luar tu. Sambil lepaskan lelah penat berjalan. Teguk air yang aku bawak dari rumah. Nasib baik bawak wei.. Penat berjalan ni. Lagi2 ada anak kecik kan. Tak lama lepas tu, dorang panggil masuk tempat show. Fuhh... syok. Dapat duduk. 


Bila duduk je kan.. anak sulong aku ajak balik... huaaa... nangis mommy nak. Rupanya dia nampak maskot panda jalan2. Dia takut. Kan besar maskot tu... uhuhuh. Sabar je la. Pujuk2 dia cakap ok, jup lagi nak tengok fish lompat2. Feeling tengok dolphin aku ni. bahaha... 


Gigih aku pujuk dia tau. Yang adik pulak tak reti diam. Sana sini berjalan. Nasib ramai kenal dia. Dan kebanyakkannya KBBa gak. Tapi, still tak pergi jauh. Risau mak nak.... 


Bila acara bermula, baru la budak2 ni diam dan excited. Fuhhh lap peluh mommy. Kalau tak, memang rugi tak dapat fokus tengok show.




Semua show best tau. Start dari burung, Singa laut, helang, ular apa lagi.. lupa dah. ihihih.


MC dia pun best. Tak boring. Pandai bercakap. Penonton pun boleh tumpu pada show tanpa sibuk nak tengok hp je kan. Melainkan yang sibuk tangkap gambar guna hp la...




Kemudian, kami tunggu TRAM untuk ke restoran. Time for lunch. Fuhh.. Lapar dah mak yong. =D
Masa atas Tram anak aku sekali lagi, ajak balik... Sebenarnya dia macam nak demam. Tak tahu la tetiba je dedar dah badan. Aku pujuk2 dulu. Lepas tu, lalu pula area zirafah. Ha... ko, terus bangun tengok zirafah. Lupa dah nak balik .hahaha. Budak kan. Bila tengok binatang suka la dia.





Alhamdulillah.. nampak je restoran, terus perut aku menyanyi2. hahaha. Kami pun duduk, dan makan. Pihak restoran dah sedia kan makanan atas meja. Tak perlu la kami nak beratus untuk amik makanan kan. Alhamdulillah.. kenyang pun.

Lepas makan, ada sedikit ucapan dari wakil Zoo Negara dan Wakil KBBA. Lepas tu, ada cabutan bertuah. Tahniah pemenang.



Lepas settle, aku rasa macam sesak nafas pula. Kenyang sangat la tu. Hohoho. So, ajak D dan anak2 keluar amik angin kat luar restoran. Sambil tu.... D tangkap gambar kami....
Tapi, macam biasa.. mommy je pandang kamera. Tak pe.. =D



Lepas habis lunch. Kami ke tempat lebah. Ok, sangat teruja ye. Kat situ kan .. ada banyak sangat jenis2 madu. Baru ku tahu. Ingatkan semua madu tu sama je. Rupanya tidak sama sekali .hahaha.
Selain pameran jenis lebah2 dan sarangnya, kat sini juga ada jual madu. Ha... Ku fikir tak gaji je lagi ni nak beli uhuh.


Siap dapat rasa madu direct dari sarang dia lagi. Dan baru ku tahu juga. Tak semua madu itu MANIS wei.. madu aku rasa tu, sedikit masam. Haa.... sapa cakap madu tu manis?? Tak semua la kan.






Kemudian, kami bergerak ke SAVANNAH WALK. Kat sini jalan untuk menuju tempat PANDA. Haaa... yeah... yeah...


Sambil ke GPCC, sambil tu leh la tengok haiwan2 yang ada kat keliling. Macam2 tau. Zebra ada... lembu afrika pun ada. Giler bapak besar. Takut aku tengok. Leka tengok sampai lupa amik gambar. ngeee...





Ok, masa yang dinantikan... Tengok PANDA. Sebelum masuk tengok panda tu, kami di beri sedikit taklimat ringkas. Mengenai adap2 dalam tu. Kalau tangkap gambar, no flash. Kalau bercakap, jangan kuat. dan kalau bawa anak, jangan bagi dia jerit2. hahah.. 



Bab anak tak boleh jerit tu, aku risau gak. Buat dia buat hal tetiba laju2 la kena lari keluar. Sebab nya, nanti akan ganggu panda. Nanti dia lari masuk dalam kandang pula. Rugi kan... uhhuuh 



Istimewa nya kami, semasa kedatangan KBBA ke Zoo ni, mereka sediakan kek hari jadi untuk panda tau. Walaupun anak bini tak ada. hahaha ayat kan... Dia tetap sambut birthday dia yang ke 9 tahun. 
Fu Wa nama panda jantan. (nama asal) panjaga dia pun panggil Fu wa... jerit je nama dia, dia akan masuk kandang. Bagus kan. Tapi, bukan panggil sekali la. Hahaha... 

Lepas panda masuk kandang, baru la pekerja khas keluar untuk deco panda kek. Konon suprise la kot. hahaha. Sabar je la.  


Yang deco panda tu, bukan calang2 orang ye, penjaga Fu wa dari China. Setiap 6 bulan dia akan rotate dengan seorang lagi penjaga panda dari China juga. Penjaga ini la yang akan pastikan keadaan panda2 mereka dalam keadaan baik.

Kek panda di hias di atas batu putih. Batu tu, special sikit, sebab dia melambatkan ais cair. Kalau perasan, warna oren tu, adalah ketulan ais. Keliling dia mereka hias dengan buluh dan cucuk2 dengan apple dan carrot. Cute je tau. Atas tu baru letak kek panda. ihihih


 Fu wa pun makan kek tanpa hirau, ramai blogger dan pengunjung tengah syok perati dia. HIhih.... Janji aku kenyang katanya.


Dengan itu, berakhirla sesi bersama panda. Ingat dapat peluk. Hahah. Sabar je la. :P 

Lepas panda habis makan kek, aku pun keluar dari GPCC tu. Penat siut. Dukong anak. Nak tengok.. nak tengok. Lemah mak yong. Tapi, sangat berbaloi. Anak2 pun kenal dah panda. hahah. Lawak. 
Dapat goodie bag ada selipar panda, hafidh tanya mana mommy dapat panda ni??? uhuhuh. 

On the way nak ke parking kereta, sempat la jengah2 haiwan lain. Say good bye kat dorang. Paling teruja tengok Gajah. Gajah tu, nama seekor tu, SITI... bila tuan dia panggil, dia pandang. Huhuh... Anak aku panggil, dia jeling2 je. Sabar je la. 

Lepas tu, harimau putih. Elok je terbongkang. Dan macam2 haiwan lagi. 






Flamingo kat sini cantik sangat. Dorang bebas terbang ke sana dan kemari. Syok tengok. anak2 aku pun leka. Bila ajak bergambar, macam biasa, mommy je pandang kamera.





Ok, la. Simple entry dari aku untuk korang. Pergi la Zoo negara. Lama dah aku tak pergi. Makin maju. Banyak binatang dah ada. Dan yang penting dah tak berbau macam dlu. Tapi, kalau pergi tempat lembu.. memang la bau taik dia kan. Nak buat macam mana. Yang lain tip top. Taman burung dan taman rama2. Kiranya pakej la bila masuk sini, semua boleh tengok. Cuma... cuma... larat ke tak je ko nak jalan. =D ok. bye. 


You Might Also Like

1 leave a massage here...

  1. Nice info..nanti nak bawak anak-anak ke sinj masa cuti sekolah nanti...

    Entri terbaru Cara Atasi Kulit Berminyak dan Berjerawat

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo