Aktiviti petang untuk anak bila hujan
As salam...
Sekarang ni, bila petang je hujan kan. Kadang lebat sangat. Kilat dan guruh sekali. Dalam hati ni, risau kat dd dorang je. Ye la, bawa motor dalam hujan bahaya sangat. Risau. Anak2 dah depan mata, tak risau dah. Dorang pun sibuk tanya dd lambat ke? Dd mana? Alahai... Boring la tu. Dah tu, nak keluar tak boleh kan. Duduk je rumah diam2 yeah.
Selalu niat, petang nak bawa anak2 pergi taman. Tak ada la dorang bosan. Tapi, asyik tak menjadi program nya. Dan sekarang pula hujan, memang tak la nak keluarkan. Untuk elakkan Anak bosan, terpaksa bagi layan tv. Kadang tv tak leh on sebab hujan, kita buat program lain. Biasa pukul 4-5 time tengok tv. Kalau tak boleh, lin akan bagi mereka main. Mainan favorite mereka sekarang alphabet puzzle. Yang soft tu. Memang lin simpan dalam 1 box khas, senang untuk kemas lepas main.
Harris memang suka sangat main puzzle ni. Dia akan cantum panjang dan angkat tunjuk kat kita. Tak pun, dia akan buat bentuk rumah. Nampak dia fokus pada mainan tu. Lepas tu, dia akan kumpul masuk bekas, pergi tempat lapang baling semua tu. Sambil cakap... " makan fish... Makan... " sambil baling ala2 bagi ikan makan...
Memula nak marah. Tapi, lepas tu Eh.. Bijak pula ni. Mana belajar ye. Aku pun tak pernah nak bagi ikan makan. Huhu. Mesti pengaruh tv.
![]() |
Abang fokus |
![]() |
Tengok la muka budak excited ni |
3 leave a massage here...
Haaa sama lah minat Harris dengan Qi...suka main puzzle hehhee
ReplyDeletepuzzle memang kegemaran anak2 kan..bagus sebab dpt tingkatkan IQ dan skill anak2.. :)
ReplyDeleteYe la. Ptg ujan. Kalau tiap2 ari memang bosan ler kan.
ReplyDeleteKena bagi diorang aktiviti lain.
Good la puzzle tu, lin.
Main sambil blaja ...