kbba

Latest Posts

Isteri tak bekerja tiket untuk suami lepas tangan

By 3:28 PM , ,

As salam... 



Errmm.. aku terfikirkan sesuatu hal ni... Bila aku jadi suri rumah, atau lebih tepat WAHM, suami tak perlu lagi bantu aku selesaikan kerja rumah macam sebelum ni, masa aku dan dia sama2 bekerja. 
Boleh ke macam tu? 

bukan sekadar suri rumah
Keputusan untuk jadi suri rumah bukan sekadar mengelakkan diri dari pergi bekerja semata. Tapi, nak pantau anak2 yang semakin membesar. Nak hantar dan amik mereka bila kesekolah. Dan menguruskan rumah yang sebelum ni, bagaikan tak terurus. Itu matlamat aku. Tapi, sapa sangka... semua tu bukan perkara mudah dan sesenang ABC. Ianya memerlukan masa.




Ramai tertanya kenapa aku berhenti secara mendadak dan dalam keadaan aku yang bakal melahirkan anak no 3. Kenapa bukan selepas aku habis cuti bersalin?? Aku tak kejam wei... aku tahu apa perasaan majikan bila aku buat macam tu. Tak mudah... Lagi pun, berhenti bukan sekadar duduk rumah. Aku kena lentur anak2 aku biasa dengan keadaan rumah. Terkurung dan tak bebas seperti dulu. Penuhkan aktiviti harian mereka. Bukan senang. Kerenah dan ragam pun memamg tak dijangka. 

Sambil mengemas memasak, aku kena check email. Buat 3D whatsapp customer. Bukan mudah. Sebab tu aku perlu masa lebih untuk bersama dengan 2 orang anak aku tu. Bila tiba-tiba 3 orang, macam mana nak handle? tak mudah. Hanya orang yang pernah lalui apa yang aku lalui je faham. 

Bab mengemas rumah. Tak mudah. Macam entry semalam. Pasal cara mengajar anak mengemas mainan. Ada yang komen kata kemas tu hanya untuk 15 minit je. Lepas tu, sepah semula. Dan memang betul. Hanya 15 minit. Tapi, bila kita kerap ingatkan mereka kemas.. kemas... dan kemas... lama2 dah jadi kebiasaan mereka. Dah sepah dah main, kemas. 
Kadang tu, sampai kerja rumah pun aku tak siap, sibuk kejarkan dan uruskan anak2. 

Kadang tu, lepas basuh baju, aku laju2 lari kebawah tengok anak2. Bergaduh. Sebelum ada yang cedera, baik aku tengok dlu. Lepas tu sampai petang. Dah petang mula la aku rasa time untuk aku berehat. Memang tak kuasa nak sentuh kerja. Tapi D memahami. Dia tolong sidai baju. Aku pun tak sangka dia nak tolong. Yelah... kerja jauh. Naik motor mesti sakit2 badan. Balik kerja dia sibuk buat kerja part time dia. Anak2 bising2. Kadang kesian dengan D. Tapi, dia tetap tolong bini dia buat kerja. Terharu wei... 

Sarapan, pun dah jadi masalah sekarang. Asal pagi je, pinggan mak yong ni... Allah.. bagai dipulas2. Sakit. Nak bangun dari katil tu, hampir setengah jam amik masa. Kadang lewat nak sediakan sarapan untuk D pergi kerja. Sedih... Bukan mudah untuk aku jadi isteri sempurna. Nasib D ok. Mintak tolong dia keluar dulu beli sarapan. Aku sempat buat air je...

Untuk suami yang lain, kalau isteri surirumah, tolong la juga. Isteri ni, bukan tak tahu yang suami dia penat.. Tahu.. tapi kami pun penat juga. Anak2 punya perangai sesuatu yang tak dijangka. Kadang ok, kadang tak. Bila ada kelapangan sama2 tolong. Semoga hubungan suami isteri itu direstui dan sentiasa diredhai Allah. Jangan jadikan isteri suri rumah sebagai tiket untuk suami lepas tangan sepenuhnya. Ingat, Isteri bukan orang suruhan. 

Peace... jangan ada yang terasa ye... berdasarkan pengalaman seciput je ni... 


You Might Also Like

5 leave a massage here...

  1. bantu- membantu tu penting kan..SA lambat lagi la nak jadi WAHM, lom kawen lagi..kalau dah kawen pun lom tentu lagi sebab loan rumah nak kena bayar kan....

    ReplyDelete
  2. bila tak keje bukan jugak tiket utk isteri bersenang lenang. keje umah lg byk dr kje opis dan takkan abis sampai mati. kalu lah daku jd menteri wanita nak je suggestkan para ibu kje half day je smpai kul 2. pastu leh balik umah sambung kje kat umah pulak, masak, antar anak kelas fardhu ain/mengaji, kemas apa yg tak sempat semalam, lipat baju yg dah basuh smlm...
    ni takkk... kita sampai umah pun dh kul 8. masa tu semua nak kejar buat. masak, solat, uruskan mkn mlm, ajar anak homeschooling lg, amik oder masak lagi... huhuhu... ari ni stress rasa sbb terbangun lambat. kul 6!!! nak gosok baju, sidai kain, pastu smlm lupa nak pakaikan dia pempes, abis tilammm... nangis daku... sori alin mengadu kat sini..

    ReplyDelete
  3. bagi aida, surirumah ke keje ke, suami patut bantu.
    terutama anak lebih dari 2, lagi la kena bantu.
    surirumah, keje dari rumah, lagi la byk keje!
    aida faham sgt...

    ReplyDelete
  4. kalau ikutkan kerja suami lagi banyak ikut Islam ehehe..
    cewah tapi kenot komen la kak.. ceq kawen pun belom.. ehehe..

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo