kbba

Latest Posts

Progress potty train Harris

By 11:21 AM , , , , ,

Assalamualaikum...



Dah sebulan lebih aku duduk rumah. Banyak juga misi dah tercapai. Anak-anak dah Free bottle. Susu pun minum dalam cawan. Itu pun bila dorang request.  Hafidh 100% free diaper. Malam pun tak risau dah nak pakai kan pampers. Dah reti semua. Alhamdulillah. 

Now, masa untuk latih Harris pula. Awalnya susah amat. Sampai aku menangis sebab stress asyik kena mop lantai, basuh seluar kencing. Tapi aku tak boleh mengalah. Gigih aku ingat kan Harris kencing kat toilet. Berpuluh kali pesan. Berkali kali keluar masuk tandas suruh dia kencing.




Selalu gagal. Mungkin sebab preggy ni, mood lebih sensitif. Asyik menangis. Cengeng. Pernah tu, aku marah Harris, dia terus kencing. Padahal baru je tukar seluar. Kat situ juga aku terduduk dan menangis. Dengan Harris pun nangis sedu sedan. Macam rasa bersalah sangat. Mungkin aku penat. D dah pesan, tak larat pakaikan je pampers. Tapi, aku tak nak la usaha aku sia sia.  Apa guna aku duduk rumah tapi, anak aku still pakai pampers. 

Settle kemaskan Harris aku duduk diam tenangkan diri. Nak pukul tak sampai hati. Dia tak tahu apa pun. Tapi, alhamdulillah....  Allah permudahkan aku. Hafidh banyak membantu.  Mesti pelik kan. Tapi itu yang berlaku. Aku ni nak bangun duduk sakit2 pinggang.  Bukannya boleh agresif sangat. Slow je kalau berjalan. Bila nak bawa Harris pergi tandas memang lambat. Nasib ada hafidh. 

Hafidh la yang akan bawa adik dia pergi tandas. Dan Make sure Adik dia keluarkan air dan cuci adik dia. Kalau tak, dia akan report kat Mommy dia ni. Adik tak nak cangkung ke, adik tak keluarkan air kencing ke... Macam2. Tapi, ada masa dia malas gak. Aku buat muka sedih la.. Nanti dia tolong... Hihihi... Sapa lagi nak mintak tolongkan. Alhamdulillah.... 

Sekarang Harris dah tahu kencing kat tandas. Dah reti rasa nak kencing macam mana. Dalam minggu ni pun sekali dua je terlepas. Tu pun sebab leka main. Tapi, bab poo belum lagi. Memang dia bagi je. Jenuh Mommy mengutip nak... Huhu... Tak pe, baru sebulan. Hafidh dulu pun lama juga... Hihi. 

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. Sesungguhnya seorang ibu itu dikurniakan hati yang sabaaaarrrrrrr..... hehhehehee.. apapun, tahniah.. ;)

    ReplyDelete
  2. Bagusnya la abang dia..dah besar dah sampai boleh mintak tolong..ehheeh..anak saya umur dah 3 tahun dok pakai pampers..heheh...dulu dah latih dia ke tandas..dia pun ok je ikut..lama2 dia bagitau sendiri dia malas .siap kencimg depan saya lagi..last2 ayah dia kata pakai kan je pampers kalau dah dia cakap gitu..kena jugak la cubit sedas dua das..geram..hahah

    ReplyDelete
  3. Aifa agak lewat cerai drypers kan ijat.
    Baru start.
    So far dia ok. Kat taska pun dia ok.
    Kecuali terbabas berak dlm seluar 2-3 kali!!!
    Dugaan kan :-)

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo