kbba

Latest Posts

Pengalaman bersalin yang ngeri

By 11:29 AM , , , , ,

Assalamualaikum...


Ada orang baca lagi tak blog ni? Hihi... Alhamdulillah lin dah selamat melahirkan seorang puteri. Akhirnya dapat perempuan kan... Rezeki dari Allah. Dapat rasa mengandung, bersalinkan anak perempuan pula.

Lin pernah cerita pasal lin kena buat option untuk diinduce atau czer. Lin pilih czer. Sebab takut dengan risiko yang doctor katakan. Sapa yang berani amik kan. Biar lah orang nak kata apa. Bersalin czer xrasa sakit. Sapa kata oitttt. Meh mommylin nak cerita. Kalau lah boleh ku putar masa...........








Satu je lin boleh gambarkan untuk keseluruhan pengalaman czer ni.




Czer sangat menyeramkan ok.



Macam mana tak seram. Kita bakal tahu, esok perut akan dibelah, dijahit. Dan dalam masa yang sama semua yang berlaku, kita nampak dengan jelas... Jelas ok! Hahaha. Nampak tak betapa penakutnya la... Dari hari ke hari asyik fikir macam mana rasanya sakit jahit, macam mana bila kena separuh bius... Macam tak ada pengalaman bersalin je gayanya.  Takut macam anak pertama. 

Lin warded 18/1/2016,  petang. Malam pukul 12am dah mula puasa. Tak boleh makan, dan minum. Nasib baik otw pergi hospital, sempat lagi mintak air tebu, pau dan waffle.  Petang tu, semua bedal masuk mulut. Alhamdulillah...  Harap esoknya jadual lin awal pagi la. Cepat sikit boleh makan.

Awal pagi, nurse dah bagi baju untuk masuk bilik operation. Dia suruh pakai bahagian dalam sebelum pakai baju hospital biasa. Baju tu kan seksi. Mana boleh dedah gitu je. Dari pagi sampai tengah hari lin tunggu. Tak gak dipanggil. Kepala dah tingtong sebab tahan lapar ni. 

Dalam pukul 12 lebih macam tu, nurse datang nak masukkan tube kencing. Lepas tu, bagi ubat segala. Lin pun lupa ubat untuk apa. Tapi, kira hebat la, lin telan gitu je. Huhu...  Sampai bilik OT debaran ni makin menjadi. Doctor bius sambut sambil bagi keterangan serba sedikit.  Dalam pada takut sempat gak telek muka Dr ni macam muka laki kawan aku plak si Ayumi punya laki.  Tapi, versi putih. Hahaha. Eh... Sempat lagi tau lin request nak full bius. Gila takut punya pasal. Tapi, lepas Dr terangkan ada risiko lain terus aku pasrah. Separuh pun jadi lah... Jangan tak bius langsung.

Masuk bilik OT, aku jakun sikit. Eh... Kecil je bilik ni. Tak macam dalam drama pun. Kemudian nampak Dr yang bakal bedah lin, hebat Dr ni. Perempuan dan dia juga pernah check lin masa pergi hospital baby tak gerak tu. Ingatkan Dr yang bedah Dr khas.  Rupanya still dari o&g juga. Kemudian, terpandang sekumpulan nurse yang sedang sediakan segala peralatan. Banyak nya alat. Kenapa macam scary je ni. Dan nurse pun ramai dalam tu. Berdebar sangat dah waktu tu.

Bila Lin di transfer ke katil bedah, perkara pertama, bius akan dicucuk melalui tulang belakang.  Kalau tak silap tu epidural la kan. Sama je macam Lin amik epidural masa bersalin hafidh. Cuma kali ni, lain sikit. Sebab dorong sapu ubat dulu, macam ubat kuning tu je lain rasa. Siap ada tampal segala. Aissshhhh memang mendebarkan la. 3x Lin rasa cucukkan jarum tu. Ngilu tak payah cerita la. Tersentak banyak kali. Tu pun ada nurse yang pegang kepala tak bagi kita bergerak. Selesai masuk ubat, lin baring.

Bila dah baring, kaki mula kebas. Dan lin masih rasa kaki ku dilanggar2 dr. So memang Lin yakin bius belum gerak sepenuhnya.  Memang ada seorang Dr. dikepala Lin, dia kata Dr dah nak mula potong. Cepat2 lin bagitahu saya rasa lagi doctor... Hahaha tengok punya lah takut. Then, Dr explain memang awak rasa semua sentuhan tu. Sampai akhir, yang tak rasa cuma tajam2. Tengah leka dia explain, rupanya Dr dah start potong perut. Dr kat kepala tadi, bagitahu kalau tak, aku pun tak sedar. Yang lain rasa hanya benda gerak2 je. Dr tanya rasa sakit tak? Lin hanya mampu geleng kepala je. Kemudian dia kata, rehat la pejam mata pun boleh.

Lin pun konon nak pejam mata, tak sanggup aku nak tengok perut kena potong wei. Tapi, intai gak kat lampu, nampak la perut yang dah terbuka tu. Lemak2 kat perut pun nampak jelas. Huhu. Malas nak fikir. Lin pejam mata. Pusing kepala kiri kanan nak tidur memang tak boleh. Mamai je rasa. Bila dah lama sikit tu, dengar Dr minyak forsep. Lin buka mata semula, dah kenapa minta forsep. Huhu.... Sekali tengok dia amik baby guna forsep tu. Mungkin baby jauh kedalam kan.  Malas nak tengok lagi, lin cuba pejam mata. Sekali terdengar suara baby menangis...  Allah... Terus Lin buka mata cari anak Lin mana. Pusing kiri tak ada, kanan pun tak ada. Laju betul nurse bawak lari anak aku tu. Suara tangisan dia tak payah cakap la. Kuat dan non stop.

Bila Lin tengok lagi lampu yang reflect perut terpotong tu, tengok Dr macam tengah sedut darah ke apa entah.  Lin pun tak heran dah. Anggap tengok perut orang lain je tu. Huhu. Tak sabar tunggu baby datang kat Lin je. Nurse dan Dr Kat situ pun pelik, bby tak berhenti menangis lagi. Dah lama suara kuat. Tak lama lepas tu, ada seorang nurse bawa baby datang kat Lin. Dia tunjuk rupa... Dalam hati kata sama macam abang hafidh... Kemudian aku dengan gelojoh tanya jantina dia nurse... Nurse kangkang kan terus baby tu kata muka lin. Terus rasa nak joget tango. Hahaha nasib kaki tak boleh gerak. Kalau tak dah berjoget. Kemudian dia tunjuk tag nama. Alhamdulillah...  Selesai dah budak bertuah ni keluar.

Tak lama lepas tu, lin nampak Dr tengah jahit2. Nampak sangat Dr tu teliti. Waktu tu lega dah. Awak dah selamat. Lain pun dah jahit. Bila selesai,nurse laju2 buat kerja dia. Mula2 bersihkan bahagian luka diperut. Kemudian dorang suruh duduk untuk bersihkan bahagian belakang lin. Tak lama lepas tu dia transfer lin dari katil bedah ke katil biasa. Memula fikir gak, macam mana Lin nak lompat katil sebelah? Oh... Ada cara rupanya.  Hahaha dah tu, kaki aku xleh gerak. Memang blur la kejap.

Selesai di bilik ot, lin dihantar ke bilik pemulihan. Lin kat situ dalam setengah jam kot. Dia bagi panaskan badan kita, check tekanan darah tengok stabil ke tak. Ada la nurse yang jaga. Masa tu, ada juga la dia bagi baby Kat lin. Nak susukan. Tapi, kejap ke. Sebab baby senyap kejap, pastu nangis. Tak lama pastu, nurse datang bawa baby masuk ward. Selang 10 minit Lin pula di bawa masuk wad. Tak sanggup duduk situ lama2. Ada orang ngerang sakit. Aduduh...  Tak boleh nak lelap mata langsung. Akak ipar lin bagitahu,  masa dia kata tempat pemulihan tu, siap tidur berdengkur. Lin pun nak layan tidur sebelum masuk wad... Non hado.  Macam2 drama boleh tengok kat situ. Memang tak boleh tidur.

Nurse tolak Lin keluar, sampai depan lift, nampak laki kita... Sebak.. Nak je ngadu, sakit. Hahaha tapi... Malu nurse ada situ. Nasib baik mak lin tak ada. Kalau tak, memang drama air mata. Sampai wad, nurse bersihkan lin dan pakaikan baju hospital. Lepas tu, dia suruh rehat. Sekali lagi, nak tidur tak dapat. Kepala ni, ya Allah... Rasa sakit sangat. Perut dah lapar, nak bangun minum tak boleh, nak makan, pun tak boleh. Masa tu, d balik puchong amik cangkul dan Linda. Memang lin seorang je masa tu. Nak nangis je rasanya. Allah....
Nasib ada nurse tolong bagi air, lega dapat air, muntah pula.... Yang ni paling ngeri. Perut dah berjahit, muntah pula tu. Allahu...  Kalau diingatkan lagi...  Memang seksa la time tu. Bukan sekali dua lin muntah. Banyak kali lah juga. Sampai 3x masuk ubat tahan muntah. Sampai ubat paling kuat lin dapat. Lepas tu, baru lah lega...

Dapat rehat kejap, walaupun kepala sakit. Terfikir macam mana malam ni? Nak bangun tak boleh, nak adik baby lagi untuk susu. Gerak kiri ke kanan pun tak boleh. Huhu..  Terus minta adik temankan malam tu. Laki tak boleh teman pula. Sebab ward perempuan kan. Sabar jelah...
Malam tu, nurse datang nak tukarkan pad. Terkejut dorang sebab darah nifas tak ada. Nurse mula panik. Bagitahu doctor, doctor suruh tunggu sampai esok. Bila nak cabut tube air kencing pula, Lin request tangguh dulu sebab rasa memang tak boleh bangun. Nasib baik nurse ok, dan akan cabut awal pagi.

Lin pesan kat adik, tolong jagakan anak, nak tidur sangat ni. Makan pun tak lalu. Kepala still sakit. Dapat rehat sejam dua, lin mula rasa segar sikit. Kaki pun dah boleh gerak2. Alhamdulillah...  Darah pun dah keluar. Lega... Kalau tak, tak pasal duduk lama hospital.  Ngeri. Dalam bilik Lin tu, ada dua orang pesakit ada masalah lepas bersalin tau. Seorang czer, seorang normal tapi, vakum. So, Lin memang kuatkan diri bangun dan bergerak. Tak sanggup nak duduk lama situ, rasa macam makin sakit.

Esoknya makin sihat, alhamdulillah...  leh bangun, duduk berjalan. Cuma sakit bahagian czer je la. Dua hari duduk hospital.  Alhamdulillah dah boleh keluar. Banyak juga dugaan sebelum keluar. Sebabkan lin ada masalah darah cair, so baby pun suspek dapat masalah yang sama. Biru tangan awak dara sebab kena adik darah. Dah tu pula, result darah ada masalah lain, sel darah putih tinggi. Pulak dah... Repeat amik darah lagi. Aduhai biru lagi tangan anak dara I. Lepas tu, alhamdulillah...  Sel darah putih dia normal. Lega sangat.

Macam2 dugaan bersalin dan mengandungkan anak dara seorang ni. Alhamdulillah...  Sihat dah kami, kami pun selamat dah.

Hari ke 6, daddy dah register nama baby.
AYDINA NUFAYLA MUHAMMAD HADI
Berat 3.36kg.
Hospital Putrajaya
19/1/2016
13:39pm



You Might Also Like

21 leave a massage here...

  1. Huwaaaa.. seram lak baca lin.. tpi tu la yg lta kna lalui as mak kan.. pilihan kita owez nak yg terbaik utk baby...nyway,, tahniah again lin..

    ReplyDelete
  2. sakit bersalin czer sampai ke tua taw..effect dari cucuk tu..huhuu mudah kena kebas di kaki dan tangan..lebih baik pantang mkn kena lama sikit..kita 2 normal 1 czer..

    ReplyDelete
  3. oo kt putrajaya ke? hihi..slmt bpntg sis.. comel bb...tahniah dpt girl..ngeri sy bce part czer nih..

    ReplyDelete
  4. Aku pula yg sebak baca part ko nampak laki ko.huuuu. alhamdulillah semua selamat.

    ReplyDelete
  5. Sis...kenapa kena czer?
    Neway tahniah dpt bb girl...
    Selamat berpantang!

    ReplyDelete
  6. Takutnya Lin..tahniah ya for baby girl selamat berpantang..

    ReplyDelete
  7. Allah, takut pulak lin baca... normal pon rasa trauma.. ni czer lagi..adehhh...

    ReplyDelete
  8. Pengorbanan seorang ibu...alhamdulilah selamat semuanya...3x epidural ye...fuhhh

    ReplyDelete
  9. Fuh bab muntah2 tu ku pernah tgk org katil sebelah masa ku bersalinkan kays..ku dpt bayangkan cmne ko muntah tu wei...memang seram ku tgk...czer mcm ko gak...huhu...btw tahniah n selamat berpantang..peluk cium aydina utk aunt ye mommylin..aunt balik nnt aydina dah besar mcm hafidh dah...muka hafidh sebijik ni...

    ReplyDelete
  10. Tahniah lin dpt bby girl..selamat berpantang..

    ReplyDelete
  11. ngerinye boleh nmpak diorang belah perut...bersalin normal sakit mase nk keluar aje la...klau czer xdpt bayangkan...alahai xnmpak sgt muke baby...moga ibu dgn baby sihat

    ReplyDelete
  12. Selamat berpantang..
    Kami yang baca ni pun rasa serun...

    ReplyDelete
  13. dengan gigih membaca...sama lah kita pun masa bersalin,czer jugak..yang tak bestnya bergantung pada epidural tu selama 2 hari..orang lain sekejap je kan...huwaaaa..tapi alhamdulillah..pengalaman yang indah bagi seorang ibu bila dengar anak yang di kandung keluar dengan tangisan..rasa nak dakap masa tu jugak.Tahniah lin..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Lega dh selamat semuanya sis.. Seram rsa dgr cerita bab czer ni kn. Hrap2 x alami la..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... Itulah pengorbanan ibu...tahniah... Selamat berpantang...

    ReplyDelete
  16. YaAllah, menggeletar tangan sy baca! Subhanallah.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah...lain anak lain pengalamnnya kan. Tahniah lin.

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah lin..sori baru tahu dh slamat bersalin..bru smpat bw ni..apa2 pon moga lin n baby sihat2 aje.. selamat bpntang ye

    ReplyDelete
  19. tahniah lin.
    dpt puteri ekk.
    dpt la geng sekepala nanti bila dia da besar.
    pompuan and pompuan :)

    ReplyDelete
  20. seronok baca kisah2 pengalaman bersalin ni,rasa sakit tu memang xboleh nk compare dgn ape pun kan..alhamdulillah baby selamat keluar..moga jadi anak yang baik dan sihat selalu ye insyaAllah :)

    jemput ke blog sy
    https://ninafarhanawm.blogspot.my/

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo