kbba

Latest Posts

Perlu atau tidak botakkan kepala bayi

By 8:00 AM , , , ,

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... minggu depan kita dah nak mula puasa. Lin beruntung tahun ni, tak perlu ganti puasa. Sebab tahun lepas puasa penuh. Memang rezeki Lin, setiap kali mengandung, tak ada alahan teruk. Pening biasa2 je. Jadi, memang berpuasa tu tak memudaratkan. Kalau lapar sangat pun, cuba sibuk kan diri sehingga petang. Biasa la... mengandung memang lapar semendang. hihi. Cuma tahun ni, risau juga termiss puasa gara-gara lapar. Almaklum la... Lin masih susukan Aydina sepenuhnya. Sayang pula kan kalau tak puasa. Cuti bulanan tetap datang. huhhu... kena banyak makan kurma tahun ni. Tak pun biskut kurma... >_<



Nak cerita pasal botakkan kepala ni. Aydina dah selamat di botakkan oleh daddy dia. Alhamdulillah... akhirnya. Jenuh remind daddy untuk botokkan kepala Aydina. Asyik sibuk je. Lin nak buat sendiri memang tak berani. Takut luka. Ajak D pergi kedai dia tak nak. Terpaksalah tunggu.. 4 bulan setengah, akhirnya rambut asal Aydina selamat di botakkan. 

Ada sesetengah orang, mereka tidak membotakkan anak. Sayang rambut... Nanti takut pula tak tumbuh baru. Tapi, sebenarnya, membotakkan bayi, rambut baru akan tumbuh lebih lebat dan cantik. Selain tu, rambut dalam rahim tu, tak bersih sangat pun. Sebab tu, kita orang islam di sunatkan membotakkan rambut bayi pada usia 7 hari. 

Lin ada juga terbaca, membotakkan kepala ni, bagus untuk kesihatan, penglihatan dan pendengaran. Selain itu, ianya juga dapat membuang kekotoran pada kulit kepala bayi, seperti kuping. Aydina pernah juga ada kuping sebelum botakkan dia. huhu sedih tengok. 

Sebaiknya, rambut yang dibotakkan tu, kita bawa timbang dikedai emas. Berapa berat rambut, kita samakan dengan harga emas. Kemudian, jumlah tu, kita boleh sedekahkan kerumah anak yatim. Macam adik lin Hilman, rambut dia lebat sangat. Sampai kena RM500 kalau tak silap. Harga emas tengah melambung waktu tu... Mak lin pun tanya ustaz di rumah anak yatim tu. Perlu ke bayar jumlah tu. Ustaz kata terpulang pada kemampuan. Jika mampu, kena bayar jumlah tu. Jika tidak, tak perlu. Beri berapa yang termampu sahaja.

Anak2 lin, ketiga tiganya D je yang botakkan mereka. Ingat dulu Hafidh, D cukup pagi separuh. Malam separuh. Stop kejap pergi kerja. Boleh pula kan... Dah anak aku botak depan kejap. hahahah. 
Sebenarnya mudah je nak botakkan anak. Cuma, perlukan gunting dan pencukur yang tajam. Kemudian, ada tukang pegang. Macam Aydina, kami susah juga nak cukur. Sebab dia dah tak reti diam. Angguk sana sini. Pusing sana sini. Adeh... Gelak2 mommy daddy nak cukur rambut Aydina. 
Tanggalkan baju dia, tinggal kan pampers je. Selesai mencukur mandikan terus. Siap mandi...
" Alahai.. comey anak mommy.. " hahaha tu la ayat yang keluar. :P 

Kisah Aydina,
Mommylin. 


You Might Also Like

1 leave a massage here...

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo