kbba

Latest Posts

Selamat Hari Raya - Raya pertama tanpa fulus

By 7:00 AM , , , ,

Assalamualaikum....



Nak raya yeah....yeah.... sapa tak suka raya kan... Bila puasa, otomatik, kita akan jadi tak sabar nak beraya. Bertambah seronok lagi, raya kali ada " dak syar " Aydina ni. Tak sabar mommy ko nak shopping baju sedondon dengan Aydina. Tak sabar nak buat biskut raya... Macam2 mommy impikan... Tapi...............................................................................................................

Mommylin - Raya 2016




Hanya sekadar angan angan. Huhuhhu.. Terlupa mommy kejap, mommy dah tak kerja. Semua bergantung harap pada daddy. Ehh!! bukan mommy pun buat business ker? Yup mommy buat. Tapi, untung berapa banyak je. Lagi pun... Mommy dapat untung duk bayar hutang sana sini. Bayar astro, bayar internet. Beli supliment itu ini. Dah berumur ni, banyak kena jaga huhuh.... Alhamdulillah... Cukup2 je la rezeki Allah bagi. Lagi pun, business BisCute mommy baru je nak masuk usia 4 Bulan, dan sekarang pun, mommy dah ada 6 agent. Syukur... tak sangka dapat sambutan macam ni sekali. 

Raya tanpa kemewahan sangat sakit dada wooo... Dah biasa, dulu masa kerja, asal dapat gaji, dok usha web NILE, ZALORA, LAZADA dan macam2 lagi la. Kadang tu, web AIDIJUMA pun masuk gak. Tak banyak beli, cukup setiap web tu 1 barang pun jadi la. Tahun ni!!! nak bukak web pun aku takut. Takut termimpi mimpi. Lin bukan jenis mudah lupa. Nanti sakit hati nak beli tak dapat. Makanya, lebih baik lin pendamkan sahaja niat suci murni itu. 

Alhamdulillah.. walaupun berbagai dugaan dalam bulan ramadan ni, lin dapat order dari agent sangat memberangsangkan. Allah Akbar... Tak sangka. Seminggu mengadap fokus buat biskut. Sampai biskut raya sempat buat 3 jenis je. Itu pun dah habis anak anak makan. hahahah 
Settle buat biscute baby, lin terus focus kemas rumah pula. Dugaan lagi. Nasib baik tak sempat mengecat rumah. Habis dinding rumah anak lin conteng guna lipstick. " mak ko hijoooooo..." terus. 
Tak tahu nak cakap macam mana lagi. Nak nangis pun ada. Beria la mommy kemas rumah. Dah nama pun tak kerja kan... kena la rajin mengemas. Ini, kemas sepah... kemas sepah... acaner tu wei?? 

Kadang tu fikir juga... nak marah sangat tu kenapa?? Sabar je la. Mungkin Allah nak uji kita macam mana bersabar... Dan nikmat sabar itu kan indah. Sabar je la yang boleh. Tapi, pedih juga la mata ni duk tengok dinding cat putih kena tompok merah nyala tu kan... * tumbuk dada..*

Di tambah lagi dengan dugaan, tahun ni, D tak dapat bonus... Pergghhh... Bila D balik rumah bagi tahu, rasa terduduk terus. Memang dari dulu lagi, setiap kali raya D akan dapat bonus. Sebab lin dapat bonus masa CNY sahaja. Boleh bayangkan tak, bila dah terlalu mengharap, memang rasa nak nangis je. Tak beraya terus la kami tahun ni. Nak balik kampung pun pakai duit. Huhuhu... Terpaksa la bersederhana. Kalau ikutkan lin, tak payah beraya terus la. D kata tak boleh pula... *patah hati*

Raya pertama kami beraya di Kempas Johor. Macam biasa, yang bestnya adalah makanan. Kerja lin makan tidur je hari pertama raya. Masuk hari kedua baru mula berjalan raya. Tu pun 1 rumah... adeh.... kami rashing nak balik KL. Jem Ya Allah... teruk sana sini. stress aku. Dah la kena pegang Aydina ni. Dugaan. Lepas tu tidur semalam di Pajam, rumah adik. Sambung lagi la makan tidur je kerja mommy. Adik ipar pandai masak.. sedap semua yang dia masak... :P Jangan tanya kenapa lin makin gemuk... Tak sampai hati tengok lauk pauk sedap tu terbiar je.. Meh mommy makan kan untuk Aydina.

Malamnya pula, Mak, ayah dan Angah sekeluarga datang beraya rumah kami. Tak ada apa pun kami hidangkan. Sempat pergi tesco beli kacang. Balik buat kuah kacang dengan nasi impit. D bakar rusuk lembu.. Makan tu je malam tu. Alhamdulillah...

Raya kali ni cukup simple... dan sederhana... Nanti lin sambung cerita beraya di rumah kawan2 blogger pula ye... entah dapat ikut entah tidak minggu ni nanti. Harap dapat ikut. Minggu lepas terlepas. Sibuk siapkan order cookies agent.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.. MAAF ZAHIR BATIN ya... mana yang terkomen sentap ke, maaf sangat2... mana yang tersakitkan hati dengan entry lin... ampun sangat2... lin tak sengaja..

typical mommy, 
Mommylin

You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. Raya tanpa fulus.. besar pengorbanan tu lin. banyak pahala lin. cemburu tau. huhu

    ReplyDelete
  2. takpe lin..raya sebulan..makan je dulu lepas tu kita diet..ajkak pun nak diet jugak ni

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya lin,begitulah dugaan raya kita jugak,tak dpat bonus tahun ni..beraya pun ala kadar je,..tapi syukur dapat kumpul dengan family..

    ReplyDelete
  4. sama la lin. hari raya kali ni memang kos kurang sgt2. tp rasanya yg paling meriah. rezeki juga tu jadi meriah.. heee

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo