kbba

Latest Posts

Rahim bengkak dan jatuh selepas bersalin

By 7:51 AM , , ,

Assalam...



Lama tak bercerita pasal diri sendiri. Sibuk duduk rumah mengalah orang bekerja 24jam. Baru tersedar 24 jam memang tak cukup untuk sehari. lin memang jenis orang susah tidur siang. Kalau dapat tidur siang tu memang nikmatkan. Tapi, tak boleh. Masa anak2 tidur siang tu la masa lin dapat rehatkan badan. Hanya berehat. Kalau terlelap 10 minit tu pun dah syukur sangat. Kalau tak, memang kerja lin menguli tepung untuk buat biskut sahaja la. Oh... tabah la hati. Bila masa menguli, mengertilah... itu rezeki... =) 



Dalam pada sibuk bekerja, anak2 dan rumah, kadang terlupa diri pun baru je lepas melahirkan anak. Ada orang amik mudah penjagaan selepas bersalin. Orang dulu2 selalu ingatkan kita.. Jaga diri masa pantang. Nanti dah tua menyesal, bila badan sakit2. Sekarang memang la nampak semua sihat. Akan datang siapa tahu. Lin makin pelik dengan orang sekarang. Baru bersalin, sibuk pergi shopping beli barang. Errmmm pelik tu. Yang jaga badan pun boleh sakit. Inikan pula kita dedahkan diri dan anak kecil tempat terbuka. Nanti bila sakit, mula la cari punca dari orang sekeliling. Padahal, sendiri buat hal... Errmmmm 

Pantang ketiga memang rasa lain sangat. Kalau dulu 2 minggu dah rasa badan segar dah. Tapi, yang ni, sebulan masih sakit. Luka dalam yang tak nampak tu, kena betul2 jaga walaupun kadang lin sering juga terlupa nak jaga. Berjalan macam orang sihat. Nasib MIL jaga, kerap juga dia tegur. Dan masa tu baru tersedar dan kembali berhati2. Banyak cerita lin dengar, walaupun luka luar nampak elok, yang dalam belum tentu ok lagi. Ada yang sebulan dah berlalu, tapi.. jahitan boleh terbuka... arrgghhhh ngilu membayangkan wei... 

Disebabkan kena operate masa bersalin, sesi mengurut selepas bersalin terasa lain sangat. Biasa hari ketiga dah boleh sengkak. Perut dah terasa kempis. Kalau czer??? non hado seawal tu boleh sengkak dan kempis perut. Sampai sekarang i is buncit... What to do? pasrah la... sambil warning husband... i jadi buncit sebab u tau.. hahahah lalalla... :P jangan berani cari perempuan perut kempis!!! 

Aydina dah pun menginjak usia 6 bulan. Dan rasanya lin dah lama ngidap sakit perut ni. Rasa macam ada yang jatuh. Serius... memang terasa. Kadang tu, turun tangga pun pegang perut. Ada baby lagi ke ni? uhuhuh suspen. Lin pun call bidan urut area Beranang ni, Kak Misha. Muda lagi orangnya. Baya makcik2 kita je. Bila kak Misha urut, memang dia kata rahim jatuh. Tapi, tak boleh sengkak. Paling awal boleh sengkak baby umur 9 bulan. Sebaiknya selepas setahun. Masa tu, rahim insyaallah dah elok.

Tapi, disebabkan rahim memang dah jatuh sangat, Kak Misha tolakkan sikit naik atas. Sakit??? tak sangat pun. Mungkin setiap kali dia urut, lin zikir banyak2. ihihih i kan penakut u... tak tahu ker?
Selesai urut, Kak Misha bagi sedikit nasihat.

-Jangan jalan laju
-Jangan angkat berat
-Jangan kerap naik turun tangga. 

Dan... pantang larang tu, lin ikut untuk sehari je. ohohoh ... Asyik terlupa laju je aku panjat tangga. Laju je tolak sofa sana sini. Angkat berat, Aydina pun boleh tahan gak berat dia kan. Memang kena angkat la.. Dan dalam masa yang sama, bidan ada juga suruh amik jamu. Yelakan masa pantang elak jamu sebab takut anak kuning. Sekarang yang kuning berak dia je. hahaha yang lain tak kuning pun. So, lin kata, ok la kak, lin try... nanti akak bawakan.

Bermula episod minum jamu setiap pagi dan petang. Kak Misha kata, sehari sekali je. Macam kes lin ni, sehari 2kali. Sebab teruk sangat. Rahim bengkak dan jatuh. Kena bagi rahim kecut, dan nanti slowly dia akan masuk tempat dia semula... Doakan lin sihat ye. Bila sakit tang rahim ni, memang seriau... dah itu je aset kita sebagai seorang isterikan... kena jaga betul2. Selamatkan rahim sebelum telambat... Mana kawan2 yang ada rasa sakit2 tu, pergi la klinik atau jumpa bidan. Tak salah pun. Dapat mengurut 1 badan sedap woooo... ihihihhi



Air herba. Dulu jangan harap lah lin nak amik air herba ni semua. Sekarang kan dah moden. Pill kan ada... Telan je pill, senang. Tapi kan.... Lepas bersalinkan #aydinanufayla perut rasa tak best je, sakit selalu. Mungkin luka dalam tak baik lagi. Nak sengkak masih tak boleh. Tapi, disebabkan tak selesa dan sakit2 perut tu, panggil juga bidan tolong urutkan. Sebab memang tak tahan. Dan nak makan ubat tahan sakit mmg tak berani, sebab bf lagi. Lepas berurut, br tahu rahim still bengkak.. Maknanya ubat pill yang Lin makan tak menjadi sangat. So dia suruh amik air herba campuran nak bg kecut rahim.... Fikir 10x nak amik. Tapi demi kesihatan diri gagah juga lah amik... Dan... Ini botol kedua dah. Alhamdulillah... Boleh je telan. Selesa sikit perut bila minum... Angin pun mudah keluar. Bau dia memang tak Best... Tapi, tak la sampai minum tutup hidung. 😝 #motherhood #mommyblogger #mommylindotcom #kelabbloggerbenashaari #kbba9
A photo posted by Mommy Blogger (@allene_mommylin) on

Ok ... see you soon ok. Nak pergi minum air jamu kejap. :P

Typical Mommy...
Mommylin

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. Seriau dengar lin...bengkak dan jatuh.dah,jaga diri leklok.minum jamu jagan skip2 pulak ye...hehe

    ReplyDelete
  2. uih Lin...jaga kesihatan wei...bahaya tu rahim bengkak n jatuh...rest dulu wei...badan nak pakai lama wei

    ReplyDelete
  3. Saya lepas bersalin memang akan ambil jamu... Cari je apa2 jamu moden... Memang aset tu kena jaga betul... 6 bulan mmg kena banyak pantang lagi tu...terutama bab makan... Moga cepat sembuh... Tapi tu lah czer... Kna banyak pantanv larangnya kan...

    ReplyDelete
  4. Salam alin, lama tak jenguk sini.. aduhh masuk masuk je entry sakit.. dah kenapa weii... jaga diri baik2 naaa....

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo