kbba

Latest Posts

Kecoh bila mommy blogger berkumpul

By 11:10 AM , , , ,

Assalamualaikum....




Baru2 ni, Lin sempat juga sertai perjumpaan rakan blogger dari golongan ibu2 ni. Kalau dah jadi mak-mak ni, kawan pun dengan mak2 juga... Senang nak tukar pendapat. Tapi, kawan2 bujang pun ada, cuma tu termasuk dalam group lain la... hahah jangan tak tahu, macam2 group ada tau. Selagi kita berkawan ni, membawa kepada kebaikkan, apa salahnya terus berkawan. Moga bila kita mati nanti, ada kawan yang sedekahkan Al-Fatihah.... Aminnn..... 





Acara gathering ni, lin tak perasan pun ada perbincangan. Cuma masa tu hari Jumaat, lin free sikit.. bila on FB je, ternampak kengkawan dok sibuk cerita itu ini... Ehh... kat Putrajaya je. Kebetulan tak ada penghantaran, lin pun terus bagitahu nak join... hahaha tak tanya laki pun free ke tidak, terus ON je. Dah malam baru bagitahu. Tu pun, tak sempat nak beli bahan untuk masak pot luck. Sebab malam Jumaat tu, dok sibuk delivery barang pada Agent Biscute. 



Lin sempat kukus Apam gula hangus je. Tu pun rasa macam manis sangat je. Jadi la.... Lepas tu, lin bawa bekas cawan polistren. Apa lagi, takkan nak datang melenggang kangkung plak. Ada kena pelangkung kang... hahaha. Gathering kali ni, kt Putrajaya je. So, memang semangat la nak pergi. Dekat berbanding tempat lain sebelum ni yang dorang buat. 

Gojes Blogger Supermom and baby ni, antara group blogger yang aktif dengan segala macam perkara. Dari silaturahim, gathering dan group di FB pun sentiasa aktif. Dasyat tau mereka ni. Kebanyakkannya ibu moden yang bekerja, berniaga dan ada juga suri rumah sepenuh masa. Selalunya banyak topik isu semasa dari sudut parenting atau rumah tangga yang kitorang bincangkan... Seronok gak dapat tukar2 pendapat ni. Dari situ la masing2 mula rapat dan bila buat gathering, macam ko dah kenal 10 tahun plak. Siap gurau2 cerita pong pang pong pang... hahahah Tak ada yang segan silu pun...






Para suami pun sporting duk bawa bini pergi gathering. Borak2 makan2 ... Dorang pun dapat geng gak. Dapat kenalan gak... ok la kan. Bawa anak2 beriadah... sambil berkenalan dengan rakan sebaya mereka. Anak lin pun happy, asyik sebut nak g taman macam hari tu... huuuu kesian anak2 aku ni tau. Seminggu tak jumpa orang. Duduk rumah tengok mommy dan TV je. hahaha. 

Berbalik cerita pada gathering, rancangannya berkumpul pukul 9 di Taman Botani, Putrajaya. Aku ni, jenis nak datang awal je. Serius.... tak pandai nak lambt2 kecuali ada perkara tak dapat dielakkan. So, keluar rumah pukul 8 pagi, sampai putrajaya tepat pukul 9. Whatsapp sana sini tanya geng mana taman botani oiiii aku tak pernah jejak pun. Hahahah nasib tak pergi taman wet land tu. Antara yang terawal ada mak mimi dan kayrul. Tu pun aku terjumpa kat parking. Nasib baik jumpa, kalau tak, terpinga2 sambil angkut anak2 dan barang. uhuhh.... 

Mimi orang kuat gathering aritu, siap riki kawasan mana sesuai nak pacak tiang. Hahaha.... Bila dah dapat tempat, setting tikar, susun makanan, terus..... bismillah... kami makan dulu.... lalalala... Kemudian baru la sorang2 sampai. Ada yang datang sendirian dengan anak2 sahaja tanpa suami... gigih korang. Ada yang datang dari jauh... Ada yang bawa tong air teh tarik besar... sedap air teh tarik tu Yana, entah berapa kali aku minum pun tak ingat. Memang favorite.. heheheh bila tahu ada teh tarik... dalam hati... wooooowwwww ahahahaha.... 

Di sebabkan aku ada anak kecil, makanya acara menjemah, berselfie dan melantak kurang sikit la... Asyik dok pegang Aydina. Bila dah tengah hari sikit dalam pukul 11 kot anak dara dah mula buat konsert tanpa henti, sampai aku rasa nak tengok je muka dia... Penat pujuk tak jalan... Bila Aydina nak mula buat perangai macam tu, mula la aku gelisah.... Sebab memang dia kalau mengamuk, tiada maaf bagimu mommy... Nasib baik ada kakak sayang sis rosislinda... betul ke ejaan nama mu linda... uhuhhu kang panggil lin macam panggil diri sendiri... hahaha Linda la yang dendodoikan Aydina sampai terlelap... Lelap dengan lenanya... choiii manja sangat anak dara ni... Lepas Aydina dah lena, aku pun boleh la menjemah, melantak dan berselfie... ihhihi.. Kalau tak, memang tak ada muka aku lah dalam kamera korang. Yang ada gambar candid, betul tudung, dukong anak, borak dengan laki.. uhhuhu gambar tertonggek pun ada. Hampehhhh....

Aku nak cerita pasal menu tak tahu sangat. Sebab memang tak sempat nak makan sangat pun. Entah sapa bawa pun tak ingat. Jadinya itu sahaja la cerita dari mommylin.com ni. Selesai sesi bergambar, si Aydina pun bangun.. dan menangis semula. Makanya jom la kita berangat pulang. So, aku minta diri awal, maaf la korang, tak dapat tolong mengemas semua. Menapau makanan pun tak dan. Huhuhuh jejeh air liur tau. Lain kali kita jumpa lagi ye. 

Masuk je kereta, Aydina sambung tidur. Nak air cond rupanya... hahahaha nasib la nak.. bukan selalu kan.

Ok geng, jumpa next entry... banyak benda aku nak share ni...

typical story from typical mommy, 
mommylin.... 


You Might Also Like

1 leave a massage here...

  1. next gathering aydina dah besar boleh join main kejar² dgn orang lain...weee *bila tah next gath tu..haha*

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

.:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: desert ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: popia otak2 ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: top commentor ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::anakmu::. .::ayam pandan ::. .::ferwhite::. .::fereena beauty care ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 2015 3 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family hadihaizil@gmail.com Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm watermark Web review wifeadie workshop yhadifamily . allene family zalora zoo