kbba

Latest Posts

Bawa anak dekati haiwan di Mini Zoo KL Tower

By 11:46 AM , , , ,

Assalamualaikum...



Ahad lepas lin berpeluang pergi mini zoo yang terletak di Menara Kuala Lumpur. Macam tak percaya  di Menara KL tu, ada mini zoo kan. Ye... memang ramai yang tak tahu, sana ada mini zoo. Lin sendiri pun baru tahu. Teruja nak bawa anak-anak pergi sana. Awal pagi, masing2 dah bangun. Sebab dah bagitahu awal2 kita nak pergi zoo..... yahooo...!!!


mommylin dan anak2 

gambar tanpa dina 



Sapa pernah pergi Farm in The City? konsep zoo ni, sama dengan Farm in The City tu tau. Kita boleh tengok haiwan dengan lebih dekat. Dan insyaallah... haiwan yang ada semua tak bahaya. Di sana, sentiasa ada pekerja jaga setiap bahagian. 

kaunter mini zoo 

Masa sampai je, bahagian kaunter tiket, anak2 dah sibuk ajak masuk.. adoi la.. padahal, masa tu baru pukul 9:30 am. Kaunter buka pukul 10 am. Teruja punya pasal... Tapi, Mini zoo ni, depan kaunter dia pun ada 2 ekor burung kakak tua. Cantik sangat. Anak2 sibuk dah nak sentuh burung tu. Lepas tu asyik ajak jom masuk... jom masuk... adeh..... 


burung femes

Bila dapat je masuk, seronok bukan main. Sorang ke kiri... sorang ke kanan... Jangan kata anak2 je excited, mommy daddy dorang pun bukan main... Seronok tengok binatang depan mata. Paling best, dapat tengok Wallaby. Rupa dia macam kanggaroo... tak payah g oversea nak tengok kangaroo ...


wallaby

Dekat sini, dorang panggil mini jungle. Ada ranting besar dan ada pelbagai binatang letak kat situ. Bebas ok. Korang boleh sentuh. Kalau takut tu, tak payah risau dorang tak usik pun. Dia jeling je korang. hehehe....

Lepas tu, ada burung kakak tua warna putih "parrot" yang jinak. Ramai request nak tangkap gambar dengan dia. Memula lin malas la nak que untuk tu, lin pun suruh husband tangkap kan gambar dengan burung yang duduk kat ranting. Tapi, rezeki... bila dah tak ramai orang, lin dapat tangkap gambar dengan burung tu... uhuhhu first time tau burung duduk kat bahu kita. Nasib Aydina tak jerit, kang takut burung tu... tak pasal je...

yeah... dapat 


Kemudian, kita masuk area lain pula. Ada turtle, buaya... (cuvier dwarf caiman) , mangrove snake.... ini seram.. sebab dapat tengok dekat. Tapi, size tak besar macam ular sawa yang ada kat luar tempat ni... Dan ada ayam cochin... cantik sangat bulu dia... Boleh tengok video yang lin share di Instagram ni...






Korang abaikan suara aku tu yek... boleh plak terlupa tengah rakam. Nak delete sayang.... ihihihih

Ular sawa tu, besar giler... seyes.. Lin takut nak dekat walaupun ada dinding kaca. Rasa macam ada orang dalam perut dia... seram... Apa nama ular tu yek...  Albino Reticulated Python kalau tak silap.

Dekat bawah tu pula ada  Fallabella horse. Katik je kuda ni. Very the slow motion bila bergerak... mengantuk kot. ihihih Dah la masa kitorang turun tu, elok je dia kencing... ohohohoh

fallabella horse 


Ok... jalan lagi.. ada kambing pula. besar kambing ni... nama dia Jamnapari Goat dan Saanen Goat. Sempat la selfie dengan dorang... tapi, sombong sikit... tak pandang kamera... bajet tengah candid la tu... elehhh....


Tengok la.. wat dekk je... cisss.. mentang aku wangi, tak bau kambing... beeekkkkk... :P

Next... kita pergi tempat burung... yeah... best place . Memang anak2 teruja, tapi, lebih teruja mommy dia...

taman burung dalam mini zoo 

Yang ni video lin bagi burung makan... tak sakit pun dia makan... kalau yang geli tu, atau takut2 tak dapat la nak nolong...





Tempat burung adalah tempat yang paling seronok... dapat pegang , bagi burung makan... rasa kita dekat dengan burung ni. Yela... burung kan selalu terbang tinggi. Selalu kita dapat tengok dari jauh je... Pengalaman terbaik untuk anak2... Sampai hari ni, hafidh asyik cakap, kenapa burung tak nak makan kat tangan dia... ihihih sebab dia takut2... biasalah.. budak...

Ok... destinasi seterusnya, kolam ikan... ikan sini kecil2 je. Tak menarik nak tengok. Yang menariknya aktiviti tangkap ikan... yeah.... !! Tapi, sayangnya ikan menyorok. Kesian budak2 nak tangkap  ikan... tapi, ikan menyorok,.. Dok main air je la,.. suka dapat basah2... heheh




sakan anak2 nak tangkap ikan... ihihih sabar je la...

Tempat paling mesra, kawasan pet. Kat sini binatang yang ada, rabbit, guinea pig, sulcata tortoise, aldabra tortoise. Boleh bagi rabbit makan, kura2 makan. Terubat rindu anak2 dekat "don" yang hilang beberapa bulan lepas... Dorang panggil kura2 ni pun don... sabar je la... Hafidh bagi kura2 makan, sampai hujung batang sayur tu pun dia sedia hukur tangan. Terjerit2 la kami, dengan tekang jaga sana pun jerit larang Hafidh bg batang sayur pendek. Takut kura2 gigit. Besar tau kura2 tu... uhuhuh










Dah puas jalan2 kejar pet kat sini, kita pergi depan lagi... tengok apa yang ada. Sekali jumpa beruk albino... nama dia Albino long tailed macaque. Ada satu family... mak, bapak dan baby... 3 ekor putih... yang baby tu kecik je, tapi  lasak... Kelakar tengok ragam 3 ekor tu. Macam dah biasa buat perangai depan pengunjung....



Seterusnya, lalu kawasan hutan sikit... dan pergi ketempat terakhir, tengok soft shell turtle. Serius geli.. hahaha nak tangkap gambar pun xsudi... Dan last sekali tengok Raccoon. Ok mommy penat dah jalan2 ... budak2 ni, stamina banyak betul... Siap lompat2 lagi. Raccoon tu pula bebas dan elok je atas pokok.


Puas dah jalan2 tengok binatang, mari la berhenti berehat minum air di Look Out Point. Kat sini ada kedai cenderahati, boleh beli apa2 yang berkenan. Nak beli makanan ringan pun ada. Sambil makan minum... lepak2 tengok pokok kat sebelah... Hilang penat...


Pengalaman ke Mini Zoo ni, memang menarik. Zoo yang mesra binatang, tak la kita tengok dari jauh je. Dekat pula nak pergi. Alang2 korang ke Menara KL, bawa anak2 berjalan, jangan lupa singgah ke Mini Zoo ni, mesti dorang suka...


Mesti mommy2 nak tahu harga dia kan?

DEWASA: RM32.00
KANAK-KANAK : RM27.00
SENIOR CITIZEN : RM27.00

Free untuk kanak2 yang ketinggian bawah 90CM


Waktu operasi
Isnin-Ahad 10pagi - 9malam


Cara untuk ke Mini Zoo KL Tower, mudah je, Kalau yang menaiki train, boleh amik LRT sehingga ke station Dang Wangi dan jalan kaki dalam 10 minit.
Atau, cara paling mudah amik teksi. Hihih Sekarang dah mudah, ada Uber boleh call, murah je.

Untuk maklumat lanjut, 

Tel: 03-2072 3923/3913
Email: kltower.minizoo@gmail.com
www.facebook.com/KLTowerMiniZooMalaysia


Ok sayang2 jumpa next entry...

Love,
ALLENE

You Might Also Like

7 leave a massage here...

  1. budak2 la syok gilaa... dok ajak p lagi nak tgk suasana nak main dgn binatang lagiii ..

    ReplyDelete
  2. anak2 mesti syok kan pegi sana..macam2 ada tu haa..

    ReplyDelete
  3. Mesti best ni kalau bwk aish..tp harga tiket blh tahan jugak ni..hahahaha

    ReplyDelete
  4. Wah... macam menarik je mini zoo nie..

    http://wacanaku2009.blogspot.my/2016/11/bagaimana-ingin-tingkatkan-ekonomi.html

    ReplyDelete
  5. Seronok kan... nak pergi lagilah....

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak haiwan2 kat sini. Tak macam mini zoo ;)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo