kbba

Latest Posts

PASTI - 4 bulan sekolah dan progress anak

By 9:27 AM

Hafidh Aryan dan family

Assalamualaikum...

Dah 4 bulan Hafidh bersekolah... apa progress dia? Lin memang sentiasa risau dan susah hati bila anak kita lambat jika berbanding dengan anak orang lain yang sebaya dengan Hafidh. Tapi... lin selalu ingatkan diri. Jangan push anak terlebih sangat. Jangan bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Dan ingatkan diri kemampuan anak kita tak sama dengan orang lain.

Walaupun susah hati... setiap kali solat. Doakan Hafidh terang hati, bijak dan jadi anak soleh. Memang itu yang mommy harapkan...


Ramai juga kawan2 mommy mula risau anak2 masih tak kenal ABC dan progress agak perlahan dari apa yang mereka harapkan.

Hafidh pun agak perlahan progress dia. Tapi apa yang lin syukur sangat banyak zikir2 dan doa dia hafal. Selawat... Bila setiap kali dia mandi mesti lin dengar dia refresh balik lagu2 dan doa2. Walaupun tak elok baca2 benda tu dalam bilik mandi.. tp lin suka dengar. Itu bermakna dia belajar dan dapat tangkap.

Bab ABC Hafidh belum kenal sepenuhnya. 123 pun tak berapa nak kenal. Risau juga dalam hati ni. Bab ingatan ni kita nak salah kan cikgu dan sekolah mmg tak wajar. Sebab sepatutnya balik rumah kita kena sambung ajar jugakan.

Tapi tu lah... kesuntukan masa. Walaupun lin seorang suri rumah. Nak mengadap dan ajar tu memerlukan masa untuk luangkan pada dia. Lin pula sibuk dengan business. Mana nak buat biskut. Mana nak update business dan adik2 yang lain pun nak kena pantau. My bad... lin sendiri kurang beri perhatian pada pembelajaran anak.


Lin harap boleh lebihkan masa untuk Hafidh. 

Apa yang lin puas hati sangat.. bila Hafidh buat kerja rumah.. lin ajar dia senang faham. Walaupun ada salah.. tapi tak pe... itu proses pembelajaran. Dan yang bagusnya setiap hari ada kerja sekolah dia bawa balik.

Dan dari situ lin telek2 kerja sekolah yang lain. Dpat tahu la tahap mana dia. Bukan teruk sangat dan bukan pandai sangat.

Bukan lah niat lin nak anak sederhana je. Semua mak nak anak dia hebat dan pandai belaka... apa yang lin boleh buat bg semangat dan motivasi... sebab kalau push dia rasa takut dia tertekan dan tak suka belajar.


Homework pasti
Homework pasti

Selalu lin psyco dia bab makan. Makan sayur boleh pandai mengira.. makan kurma nanti mudah ingat. Makan madu nanti hafidh sihat.

Hari2 buat semua tu pada dia. Jadi dia bersemangat. Bila dia dpat membaca sikit terus cakap... yess hafidh dah ingat... sebab makan kurma tadi...

Gitu la cara lin psyco dia. Harap pemakanan yang lin jaga  ni antara faktor dia boleh pick up lebih laju lagi...

Ok lah... doakan Hafidh jadi bijak, rajin dan anak soleh ye. Moga anak2 yang lain juga sama2 bijak,rajin dan soleh.

Keep calm be good mommy
Mommylin 😘


You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. Ank sy pon masuk PASTI. Alhamdulillah...bab menghafal bacaan dlm sembahyang memang byk yg dia ingat wlaupon ada yg tungging tbalik ckit tp ok la utk budak x smpai 4 tahun lg.

    Bab mewarna pon dah makin elok. Klau tak dl x reti lansung...hihihi

    ReplyDelete
  2. InshaAllah lin..
    Sama-sama kita mendidik dan membesarkan anak sebaiknya..

    ReplyDelete
  3. betul!budak 4 tahun kena bagi kaedah play & learn..bagi dia enjoy waktu seronok dia...sampai masa in syaa Allah dia akan dapat belajar apa yang sepatutnya..

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo