kbba

Latest Posts

Percutian Anniversary bersama keluarga

By 12:09 PM

Anniversary ke 6 mommylin

Assalamualaikumm...

Alhamdulillah... dah pun 6 tahun usia perkahwinan kami. Makin terasa tua sangat dah ni... hihih...

Anak2 pun dah besar. Dah sekolah... Isnin ni dah mula peperiksaan pertama anak. Allahu... terlalu pantas masa berlalu. Dalam kesibukkan menjalani kehidupan seharian... tanpa sedar, kita makin berusia dan tua.
Ayat macam tak terima hakikat dah tua... hahaah


Rezeki tahun 2017 ni, kami dapat pergi bercuti di dalam Malaysia... hahaha nak g oversea bajet kelaut. Jadinya dekat2 jelah.

Percutian ni, bukan lah percutian romantika de amour bagai... cuti biasa2 bersama keluarga. Keluarga kecil mommylin sendiri pun dah ramai... tapi ni lagi ramai... semua adik beradik ada. Ipar baru pun ada... cuma yang xde adik perempuan bongsu... huhu dia terpaksa kerja. Padahal dia lah over excited bila discuss pasal cuti2 ni...


Mommylin dan harris
Mommylin dan mini me

Di sebabkan percutian keluarga... maka car pool (eh... betuk ke ejaan tu?) adalah yang terbaik. So, we decide naik kereta dengan my parent... anak2 pula naik dengan pengantin baru. Sapa suruh kereta besarkan... hahaha

Berkumpul di genting sempah sebelum konvoi naik genting. Ok... mommylin excited sangat. Lama gila kot tak pergi genting highland tu.

Selalu juga ajak hadi pergi genting... tapi tak berkesempatan wei... awal kahwin je dah pregnant. Naik genting buat apa kalau pregnant kan... bukan boleh naik roller coster bagai...

Lepas tu mengandung.... lagi...haha
Bila dah ada 2 orang anak... so we decide tunggu besar sikit lah... takkan masa baby nak bawa kan. Bagi dorang rasa nikmat main2 kat sana.

Apakan daya... xde rezeki naik lagi... hahaha dapat dina pula. Dan tak payah tunggu dina besar.. kita on je genting kali ni. Takut tetiba dapat adik dina plak... :p


Mood excited on

Kitorang ni kalau percutian keluarga memang suka bawa bekalan makanan dari rumah. Untuk hari pertama je lah... so otw naik tu, cari port makan2... dalam keadaan kabus.. fuhhh perut lapar. Semua jadi sedap walaupun tempat makan tak berapa nak selesa...

Nasi putih lauk kari ayam, sambal ikan bilis, ayam goreng, sayur campur. Paling best jus timun... segar betul dapat jus timun.


Meriahkan
Memasing lapar dah

Meriahkan? Actually lupa nak cite tadi. Besan my mom pun ada. Mak su kami sekeluarga pun ada. Memang ramai dan meriah.

Bila bab makan ni, memasing pot luck la... mommylin bawa pencuci mulut je... 😅 agar2 milo custard. Sejuk je masuk tekak...
Bawak benda mudah je. Anak kecik susah nak masak beria ia... (nampak tak alasan terbaik..)


Me n mini me

Dah kenyang.. kami sambung gerak naik genting. Tapi terus ke hotel. Masa tu dah masuk zohor. Boleh lah solat dan rehat dulu sebelum pergi ke indoor theme park.


Best western hotel, genting
Syoknya kabus...
Hotel

Hotel yang kitorang stay, hotel baru siap tau. Best Western Premier, Genting.

Jauh dari tempat genting tu. Tapi korang akan jumpa taman tema dulu kemudian dalam setengah jam baru sampai ke hotel ni. Yang guna public transport tak perlu risau sebab hotel ni ada sediakan kenderaan untuk ke taman tema.


Bilik kami... katil kasi cantum
Ada balkoni kecik

Bilik mommylin tingkat 15. Tapi konsep dia macam apartment. Ada 3 bilik, ruang tamu dan kitchen. Cuma uolls tak boleh masak. Tak ada dapur. Peti ais pun kecil je.

Kalau nak simpan makanan tu boleh la. Banyak gila kabinet. Tapi kosong je... hahah paling tak best tak ada microwave... grrrr..

Yang lain superb.! View tak usah cerita lah. Cantik dengan kabus2 dia... cuma pandangan hutan dah tak banyak... sebab banyak pembangunan tengah berlangsung.


Fsmily bonding

Lepas solat dan mandi... kitorang sambung chit chat dengan family... sambil makan baki makanan tengah hari td. Kejap je lapar bila waktu2 sejuk ni.


Posing ala2 slim

Otw ke indoor theme park, anak dara yang sorang ni tidur je sepanjang perjalanan. Terpaksa lah mommy dia gendong... fuhh... berjalan  jauh ok... harap terbakar banyak lah lemak2 mommy...

Penat berjalan rupanya indoor theme park TUTUP.

Apa lah malang betul... hahaha jahatnya dorang tak inform dalam website pun. Sabar je lah... apa je yang ada? Takkan nak g kasino plak kan... hehe

Yang ada Snow World... apa lagi.. itu lah yang kitorang main...


Harga tiket snow world genting
Girl
Kena buli

Harga tiker boleh tengok di pic ye. Nak kata enjoy sangat masuk sini xde lah... sejuk je lebih... salji dia xbest mana pun.

Pastu mak mommylin pula sibuk kata icity punya salji lagi best... hohoho...

Paling scary bila harris tetiba menangis. Dan bila tanya kenapa rupanya dia tertinggal sorang2 kat bawah... semua orang lain hilang... kesian.. mommy ingat dia dengan makcik2 dia.. my bad. Terus bawa dia keluar...


Lepas makan malam... kitorang balik bilik... tidur syok sgt ni. Laki iolls pula sakit kepala malam tu... lepas bagi dia makan ubat.. dia tidur. Mommylin tidurkan anak2 pula lepas tu. Yelah... kalau di biarkan memang tengah malam baru tidur nanti. Semua bagi kerjasama yang bagus. Lega.

Dok lepak dengan mak dan mak su lin... borak2 macam2 hal... minum kopi. Pukul 12 baru mommylin masuk tidur...

Refresh untuk esok pagi pula...


Fresh sgt dah budak kecik tu
Biscute mudah untuk travel
Ni je yang mommylin makan

Sarapan pagi di sini biasa2 je... makanan tak banyak pilihan... mungkin ramai yang datang ni orang luar... makanan sarapan lebih sesuai untuk selera orang luar...

Nasi lemak pun so so je rasanya... tapi alhamdulillah... boleh la makan.. dari tak boleh telan kan... hafidh tak makan pun.. iman pun sama. Harris je makan. Tu pun sebab nak main tuang2 susu dalam cereal dia...

Lepas makan.. waktu yang di tunggu2 anak2... mandi kolam...


Swimming pool best western hotel

Kolam ni yang syoknya ada heater... air panas je... memang syok lah berendam.. 

Melompat sana sini bebudak ni. Kolam dewasa besar sangat. Kolam budak2 pula syok ada air pancut...

Mommy jadi pemerhati je. Tak kuasa nak mandi lah eh... kang keluar je dari tempat kolam ni.. menggigil lah memasing...  


Settle breakfast kitorang balik bilik mengemas lah... jup lagi nak check out dah.

Next destination??? Tunggu lah next entry ye.. hihi..

Love,
Mommylin...


You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. Dah lama tak naik genting...happy anniversary.

    ReplyDelete
  2. salam singgah.. done followwww :)

    ReplyDelete
  3. Happy anniversary kak allene .. semoga kekal bahagia hgga ke syurga .. syoknye la hai berendam dalam kolam tu haha

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary. Menarik yer holiday anniversary ramai-ramai. =)
    Blogwalking here =)
    Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

.:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: desert ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: popia otak2 ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: top commentor ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::anakmu::. .::ayam pandan ::. .::ferwhite::. .::fereena beauty care ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 2015 3 3rd pregnancy. adik MHA acv ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family hadihaizil@gmail.com Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm watermark Web review wifeadie workshop yhadifamily . allene family zalora zoo