kbba

Latest Posts

Minuman Herba yang hebat dan tidak pahit - Ubat Periuk

By 8:30 AM ,


Dalam zaman serba moden ni, masih ramai ibu-ibu di luar sana mengambil ubat herba sebagai makanan tambahan mereka. Ingat bila dah moden ni, semua nak amik yang kapsul dan yang sedap-sedap je. Tapi, bak kata orang tua zaman dulu-dulu, tak pahit, itu bukan ubat. Betul jugakan? 

Apa yang mommylin paling tak sangka, mommylin sendiri paling anti pada ubatan traditional ni. Kenapa kita perlu amik ubat cara lama padahal, zaman moden ni, teknologi dah canggih... tak perlu nak rebus. Amik je dalam bentuk kapsul. Habis cerita. huhuhu... Itu lah mommylin yang dulu. Poyo! Sebenarnya takut pahit. Tak sedap dan tak boleh telan. Dan kesimpulannya memang mommy seorang yang takut pada ubatan. Rela telan ubat yang ada "drug" dari ubat selamat. 

ubat periuk kak kabu




Ubat herba/ ubat periuk pilihan mommylin

Bila mommylin scroll-scroll di Instagram, terpandang 1 iklan ni. Ubat periuk yang banyak sangat feedback positif dari pengguna. Memang terpengaruh dah ni. Kebetulan sejak dua menjak ni, mommylin terlalu sibuk siapkan order stokis BisCute yang masuk laju.... Bila terlalu kuat bekerja sampai lupa badan ni, perlu juga makanan tambahan dan ubat ubatan untuk memastikan badan ni sihat dan boleh terus bekerja. 

Mommylin terus order dengan kekabuonlinedotcom. Sampai je, terus terkedu tau. Dah tu... mommylin pilih herba kering. Bukan yang jenis kapsul. Nak mencuba lah konon... Bila dah berumur ni, mommylin lebih suka memilih ubatan tradisional. Sebab mommy tahu, itu lebih baik! Ubatan herba ni, kita tahu apa isi kandungannya. Yang penting, tiada bahan2 terlarang dan merbahaya. Semuanya di buat secara traditional. SELAMAT! 

Awal pagi, memang masa mommy di rumah terlalu sibuk dan padat. Sambil menyediakan sarapan anak-anak, mommy sempat juga lah rebus ubat periuk tu. Settle masak, ubat pun dah siap. Mommy terus sejukkan sekejap. Lepas sarapan, terus amik. Memula tu takut juga. Takut apa yang kita makan tadi, semua keluar balik. Almaklumlah... ubat minum.. bukan boleh telan laju-lajukan. 

Mengejutkan!! ubat periuk itu TAK PAHIT! la... hati ni, dah berdebar-debar dah. Dengan bau herba yang kuat tu, warna air pekat. Nebess sangat lah. hahha. Tapi, alhamdulillah... boleh minum. Dan habis terus segelas. 

Apa itu ubat periuk?

Kandungan :
• Bidara putih
• Sepang dara
• Bunga cangkok
• Sambiloto
• Misai kucing
• Kayu sepang
• Kederang
• Dan banyak lagi

Sangat sesuai diambil orang berpantang normal/ czer dan keguguran. Tetapi, 3 cawan sehari pengambilannya. 

Boleh diambil oleh anak dara, bakal pengantin (lelaki dan perempuan), suami isteri, mak ayah yang uzur (sakit2 sendi), wanita yang TTC (Try to conceiventuk iktiar hamil), wanita yang tidak berpantang, bersalin "czer", period tak teratur, kencing manis, darah tinggi, Gout, peranakkan jatuh, sakit tumit, dan macam-macam lagi. 

Tak boleh diambil oleh ibu mengandung, ibu menyusu anak yang G6PD, Sakit kronik yang perlu pantauan doktor, kanak yang belum akil baligh dan berumur 16 tahun ke bawah. 


Cara minum ubat periuk

Lepas mommylin minum ubat periuk tu, mommy pun pm dengan owner ubat periuk tu. Rupanya baru tahu, ubat periuk adalah herba. Bukan ubat JAMU. Rupanya selama ini mommy keliru. Ku sangkakan, ubat Herba dan Jamu adalah sama. Tu lah.. tak amik tahu pasal ubat dan herba-herba ni. 

Ok, cara masak dan minum ubat periuk ni, mudah sahaja. Masak semua herba yang diberi dalam 1 bekas, seperti periuk. Masak sehingga mendidih. Amik secawan, dan boleh di campur dengan air masak. 

Untuk campur dengan air masak tu, korang kena agak2 lah. Tahap kepekatan mana yang boleh. Macam mommy, secawan air herba, masuk dalam mug dan campur dengan air masak sehingga penuh. Mug pun tak besar mana. Yang size biasa tu je. Kalau tak boleh minum terlalu pekat, tambah lagi air, sehingga korang boleh minum. Tak ada masalah. 


Mommy minum sehari 2 kali. Pagi selepas sarapan dan malam sebelum tidur. Bila kita nak minum tu, panas kan je air dalam periuk tu. Kalau air dah berkurangan, boleh tambah air baru. Bila tambah, kena lah tunggu mendidih baru boleh tutup api. Kalau sekadar panaskan je, sekejap je dah boleh. Biarkan je air rebusan dalam periuk. Ubat periuk ni, boleh tahan sehingga 10 hari. Maka, itu lah rutin mommylin 10 hari. Dan kesannya??? 


Kesan ubat periuk pada badan

Apa yang mommylin perasan sangat-sangat. Angin banyak keluar dari badan. Asyiklah nak terkentut. Asyik sendawa. Memang kerap. Pengambilan air masak yang banyak lagi cepat membantu badan mommy rasa ringat. 

Nak buat kerja pun, laju je. Penangan ubat periuk lah. Dari pagi sampai awal pagi mommy bekerja. Dan tak lah letih sangat. Mungkin sebab adanya ubat periuk ni. Bila sehari tak amik rasa lain lah pula. 

Mommy juga perasan, mommy jadi kuat berpeluh dan peluh tu, lagi rasa menyihatkan dan rasa badan ringan. Gastik pun tak say hello to mommy tau. Maybe sebab angin banyak dah keluar. ihihhi. 
Rugi korang tak cuba tau. 

Ubat periuk TIDAK PAHIT dan ianya adalah HERBA bukan JAMU. (2x ulang dah ni.. >_<)  Jadi, tak panas. So, ibu menyusukan anak semasa dalam pantang tak perlu risau. Insyaallah selamat. 


Tips

Jika korang masih tak boleh telan ubat periuk, JGN BUANG. Korang boleh campur air masak hingga rasa dia mild / cair / hingga anda boleh minum air rebusan ubat piok tu. boleh ikut sukatan dlm mug - 1 senduk pati, 3 senduk air masak.

Jika masih tak boleh jugak telan, boleh ambil alternatif Kapsul Rempah RM60 (60 biji / sebulan) dan makan 2 biji sehari waktu pagi.

Sgt sesuai untuk orang yang busy dan tak ada masa merebus, senang bawak travel / balik kg / bercuti. Ada jugak yg beli ubat piok 2 jenis. Yg rebus utk kegunaan di rumah, yg kapsul utk standby balik kampung beraya atau travel.

Jika suka pada rasa strong herba, boleh cuba Maajun RM50 (30 biji / sebulan) dan makan sebiji sehari waktu pagi. Tapi Maajun PAHIT!

- Maajun, Kapsul Rempah & Ubat Periuk adalah dr bahan yg sama, khasiat yg sama, cuma di buat pelbagai bentuk untuk memudahkan semua golongan utk amalkan ubat piok.

3 jenis ubat piok kak kabu
Harga Ubat Periuk dan cara membeli
Ok korang dah tergoda ke belum? hahahah gian tau mommy scroll instagram kekabuonlinedotcom tu. Macam2 rasanya nak beli. Suka! 

Untuk korang yang rasa was-was lagi dengan review mommylin ni, haaa... korang tak caya kan.. ok lah... korang juga boleh search #FeedbackUbatPiokKakKabu tapi, korang kena follow instagram kak kabu tu dulu. 

Harga ubat periuk tu, adalah mampu milik. RM17 sepeket. Untuk kegunaan 10 hari. 

Untuk beli, korang boleh DM kak kabu di Instagramnya kekabuonlinedotcom. Atau PM di Facebook kak kabu. 


TAMBAHAN

Kak Kabu jugak jual Mandian Serum untuk mandian dalam pantang RM25/pek utk 5x mandi.
Manjakani Serapat untuk wanita yg berkahwin dan boleh dijadikan masker (RM30 / 30biji / 15 hari). 300% tiada campuran dan hanya ada herba Manjakani & Akar Serapat shj. digalakkan ambil dgn ubat piok utk kesan yg Umph! Bf mom boleh ambil.

Tongkat Ali (RM35 / 30 biji / 15 hari). 300% dari akar tunjang Tongkat Ali dan lebih berkesan dari kopi 3 in 1 campuran tongkat Ali yg cuma ada berapa persen je ekstrak tongkat ali. Tongkat ali bole di ambil lelaki dan perempuan. Bf mom boleh ambil. Untuk wanita yg dah hilang rasa enak bersama suami (mati putik), boleh ambil tongkat ali utk kembalikan semula rasa bahagia rumah tangga

OK korang... sekian perkongsian mommylin untuk korang! Moga manfaat. Mana yang bermasalah tu, boleh lah... calling2 atau wasap2 kak kabu tu. Moga segala permasalahan selesai.

Salam Sayang,
Mommylin...

You Might Also Like

6 leave a massage here...

  1. owhh tak pahit ehh.. baguslaa cmtu hihihi

    ReplyDelete
  2. Akak memang amalkan minum ubat periuk atau akar kayu ni dalam pantang 44 hari, sejak dari anak sulung lagi.

    ReplyDelete
  3. Takdelah Mahal harganya.. bagus barangan herbs ni natural

    ReplyDelete
  4. Minuman berasaskan herba ni mmg bagus utk penjagaan kesihatan badan. Lagi bagus klu ianya tak pahit, harga berpatutan dan pembuatan pun berkualiti. Thanks sharing & salam ukhwah :)

    ReplyDelete
  5. Serius.. Tak pernah lagi try produk cam ni

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo