kbba

Latest Posts

DEODORAN NIVEA PROTECT & CARE : PERLINDUNGAN BERPANJANGAN DENGAN PENJAGAAN KULIT YANG LEMBUT

By 8:00 AM , ,

Hi..! Assalamualaikum... 

Penjagaan Bawah Lengan Supaya Sentiasa Segar, Lembut Dan Licin.

Perlindungan berpanjangan


Bawah lengan? Mesti korang tahu kan bahagian apa tu? Ye... ketiak. ihihih.... Penjagaan bawah lengan ni, penting untuk  kita orang wanita ni tau. Walau muka cantik sekali pun, tapi badan berbau, boleh jadi tak cantik dah! Jadi... kena selari, wajah cantik dan badan wangi gitu.






Mommylin sendiri, walaupun tak keluar dari rumah, selepas mandi mesti pakai deodoran. Ianya adalah wajib. Kalau tak pakai memang tak selesa walaupun selepas mandi. Penjagaan menyeluruh badan adalah kemestian. Tempat terbuka atau tersembunyi semuanya harus dijaga rapi. Barulah kita di jauhi dari sebarang penyakit. Setiap aspek dari tubuh badan kita memiliki peranan penting. Penjaggan bawah lengan yang baik, walaupun ia tempat tersembunyi, tapi bahagian ini juga perlu diambil berat agar selalu nampak lembut dan cerah.

Bahagian tersembunyi ini memang tempat yang sensitif. Masalah ketiak yang sering kita hadapi ialah apabila berpeluh, mesti berbau. Selain itu, pembuangan bulu pada bahagian tersebut akan menyebabkan bulu tumbuh ke dalam kulit dan pembesaran pori-pori pada kulit bawah lengan.

Apabila kita bercukur dengan cara yang salah, akan kelihatan hitam di situ. Pernah tak korang rasa kulit bahagian ketiak kasar, gatal atau kerengsaan selepas bercukur? Walaupun tidak dilihat oleh orang lain, tentunya kita sendiri rasa tidak selesa dan mengganggu segala aktiviti harian. Lebih lagi, bila ia mengakibatkan luka kecil. Kalau korang nak tahu, semasa bercukur, serpihan yang disingkirkan, mengandungi sebanyak 36%  kulit. Maknyanya makin nipis lah kulit bawah lengan tu kan. Kalau tak di jaga, makin nipis lah.. huhuh... Jadi, kita perlu memakai deodoran yang boleh menjaga dan merawat ketiak dalam masa yang sama.


Deodoran Nivea Protect & Care


NIVEA Protect & Care 

Dah 2 bulan mommylin bertukar kepada jenama NIVEA Protect & Care ni memang best dan rasa lebih terjaga bawah lengan. Sekali pakai, mommylin terus jatuh hati. Sekarang mommylin suka pakai yang spray bila di luar. Memang sentiasa bawa kemana mana. Mudah kalau nak guna. Sebelum keluar kereta, spray dulu. Baru lah selesa dan yakin bila melakukan apa jua tugasan. 

Nivea memperkenalkan Nivea Protect & Care, deodoran yang diperkaya dengan esen Nivea Creme, warisa krim kecantikan yang berkualiti dengan haruman yang lembut. Deodorant Nivea Protect & Care berikan perlindungam berpanjangan sehingga 48 jam dan kita akan rasa segar sepanjang hari. Formula inovatifnya yang lembut dapat menyuburkan dan memberikan bawah lengan menjadi lembut dan licin.

" Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. 

Deodoran Protect & Care NIVEA  roll-on 50ml berharga RM17.50 dan Deodorant Protect & Care Spray 150ml RM11.30 di semua kedai dan farmasi pasar raya dan pasar raya hiper seluruh negara.  Layari www.facebook.com/mynivea untuk lebih info. 



NIVEA Care Run 



NIVEA Care Run


Buat pengetetahuan semua, NIVEA, deodorant Protect & Care NIVEA akan menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 Oktober 2017 (Ahad). Acara larian sejauh 5 kilometer yang bakal berlangsung di presint 6 Putrajaya ini turut menampilkan aktiviti berbentuk perndidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan. Pek hadiah eksklusif NIVEA Protect & Cara yang terdapat dalam kit larian membolehkan para peserta berkongsi cara-cara penjagaan bawah lengan dengan rakan-rakan dan keluarga mereka. Mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakab pada hari yang sama. 


Selain itu, sebahagian daripada yuran penyertaan yang diperolehi melalui acara larian ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Dengan sasaran untuk mencapai 3000 peserta, setiap peserta larian secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan dan kesihatan. 


Acara ini akan turut disertai oleh selebriti seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie yang akan bertemu, beramah mesra dan memberi sokongan kepada para peserta di acara larian ini. 


Ini adalah peluang anda untuk menyertai acara yang seronok dan sihat, disamping menyumbang kepada golongan yang memerlukan! Jom daftar sekaranh  di laman web www.niveacarerun.com.my Yuran penyertaan adalah sebanyak RM65 seorang dan setiap peserta akan menerima kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM100. 


Jadi, tunggu apa lagi... Jom daftar segera boleh dapat kit barangan NIVEA dan berseronok dengan aktiviti sihat. 


Love, 

Mommylin 



You Might Also Like

2 leave a massage here...

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo