kbba

Latest Posts

Makanan Sedap dan Berkhasiat untuk Anak Membesar

By 8:00 AM , , ,

Sejak menjadi suri rumah, mommylin lebih rajin menyediakan makanan dari rumah untuk anak-anak mommy yang sedang membesar. Mereka memerlukan lebih lagi nutrisi untuk membantu tumbesaran yang optimum.

Hafidh membesar bagai juara




Pengalaman bercerai susu

Sewaktu menyusukan anak-anak, mommy sangat yakin mereka akan mendapat khasiat yang sempurna walaupun belum mula makan makanan pejal atau "solid food". Khasiat dan segala nutrisi dari susu ibu sangat sempurna untuk anak kecil.

Selepas mereka berhenti minum susu badan, mommy jadi risau. Takut mommy tak dapat sediakan makanan berkhasiat untuk mereka. Masa tu, mommy masih lagi keluar bekerja. Balik pula lewat malam. Takut tak sempat nak sediakan makanan berkhasiat untuk mereka.

Mommylin sebolehnya mahu berikan lebih lagi nutrisi dan yang terbaik untuk anak-anak agar mereka dapat membesar dengan sihat dan kuat.



Sediakan makanan dari rumah

Sewaktu pertama kali mommy menyediakan makanan untuk Hafidh dan Harris,  mommylin rasa teruja dan gembira sangat. 

Pada setiap hujung minggu mommy akan keluar membeli segala bahan masakkan untuk anak-anak. Biasanya menu yang lengkap dengan segala khasiat dan nutrisi adalah pilihan mommy. Seperti nasi bersama sup ayam yang di campur dengan kentang dan lobak merah. Sup ayam seperti ini memang kegemaran anak-anak mommy. 

Mommy akan bangun awal pagi untuk menyediakan sup untuk mereka bawa kerumah pengasuh. Letih dan mengantuk semua tu mommy tolak ke tepi hanya untuk berikan mereka makanan dari rumah yang sihat dan selamat. 

Alhamdulillah sehingga kini mommy masih terus berikan makanan yang dimasak dari rumah untuk anak-anak dan nekad untuk memastikan anak-anak mommy akan mendapat lebih nutrisi. 

Bila hari bekerja, masa yang ada untuk sediakan makanan anak-anak adalah singkat. Jadi, mommy akan buat jadual makanan harian untuk mereka. Contoh Isnin dan Selasa sup ayam dan sayur. Rabu dan Khamis Pasta dan buah-buahan. Jumaat pula mommy akan sediakan nasi goreng atau sup ikan merah. Itu antara menu yang selalu mommy sediakan untuk bekalan anak ke rumah pengasuh. 

Selain jadual menu, mommy juga ada sediakan makanan homemade frozen bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja penyediaan makanan anak-anak. 

Sebagai ibu, memastikan anak-anak mommy mendapat nutrien secukupnya. Setiap menu makanan harian mereka mesti mempunyai sumber dari protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral dan lain-lain. 

Untuk si adik pula mommy akan buat stok bubur. Masak bubur bersama lobak,brokoli atau kentang atau pelbagai lagi sayuran. Kemudian tabur serbuk ikan bilis untuk rasa masin. Serbuk ni pun mommy buat homemade. Tak beli dari luar. Memang dorang suka sangat. Siap bubur mommy akan frozenkan. Biasa untuk 1 resepi, mommy akan buat untuk 2 hari.

Mommy memang akan masak sendiri. Tak pernah lagi, lepas tangan pada pengasuh. Sebab tak berapa yakin. Biasa pengasuh akan campurkan garam dan bahan perasa dalam makanan. Sebab tu mommy lebih suka masak sendiri. Dan pengasuh hanya perlu panaskan dan suap. Tapi, acara memasak ni, hanya berlangsung sewaktu mereka makan bubur sahaja.

lebih teruja makan bersama bekal nutrisi


Mommylin sangat beruntung, kerana biasanya makanan yang mommy sediakan untuk anak-anak mesti habis dengan licin. Dan bila dah besar ni, mereka teruja sangat kalau dapat makan, menu yang mereka suka. Selalu mommy dapat pujian dari Hafidh... "sedaplah ni mommy... pandai mommy masak..." sweet talker betul anak bujang ni. Berbaloi penat lelah mommy sediakan makanan untuk mereka.


Cara mommy hindari makanan kurang berkhasiat


Biasa anak-anak mommy lepas tumbuh gigi tak nak dah makan makanan lembik. Mereka suka makan makanan yang sedikit keras. Kalau bubur, tak nak. Nak makan nasi biasa. Dan mommy hanya masakkan lauk je untuk mereka. Selepas setahun, baru lah mommy akan perkenalkan mereka dengan sedikit garam dan gula dalam pemakanan.

Dan hari ini, anak-anak mommy dah besar dan dah pandai memilih makanan sendiri. Dan pandai meminta itu ini. Kalau keluar makan di luar, dah tahu nak order macam2 jenis makanan.

bekal nutrisi Dumex Dugro

Dari situ, mommy dah nekad. Bila diluar, kita susah nak kawal permintaan anak-anak. Kalau tak ikutkan apa mereka nak, boleh jadi tantrum depan orang ramai. Kalau di ikutkan pula, tak bagus untuk mereka. Jadi, mommy perlu ajar mereka makan makanan berkhasiat bila di rumah. Mommy juga akan memastikan mereka makan sehingga habis. Agar, mereka dapat semua nutrisi yang terkandung dalam makanan. Bila habis licin, mommy happy =) Sebenarnya ajar anak makan sehingga habis sangat bagus. Ini kerana mereka akan berlajar menghargai makanan dan tidak membazir. Ianya sesuatu yang ibubapa perlu bentuk dari anak kecil lagi. 

Secara jujurnya mommy memang seorang yang sangat anti pada keropok, jajan dan gula2 semua ni. Memang di rumah tak akan ada stok makanan seperti tu. Yang ada pun hanyalah biskut. Makanan frozen dari kilang pun mommy tak buat stok. Ye... ini bukan dongeng, bukan mommy ni cerewet atau kedekut. Tapi, semua ini boleh memudaratkan jika menjadi habit makanan anak.

Jadi, mommy akan masak. Kalau mereka nak makan nuget. Ok, mommy akan blend isi ayam, frozenkan dan goreng untuk mereka. Makanlah banyak mana pun, tak pe. Sebab mommy tahu, bahan apa yang ada dalam nuget homemade mommy tu. Lebih selamat kan?


Seronok berbekal

Untuk sarapan pagi, mommy suka sediakan sandwich atau nasi goreng untuk anak-anak. Kegemaran mereka nasi goreng ikan bilis dan sandwich telur. Sandwich ni, mudah untuk kita sediakan. Tak amik masa lama pun. Hanya perlu rebus telur dan hancurkan bersama tomato dan mayonis. Letakkan sayur salad dan hirisan tomato. Kalau ada cheese lagi mereka suka. 

Bila siap masak, memasing berebut nak makan. Kalau mommy plan nak keluar awal pagi, mommy akan bekalkan mereka sandwich tu, bersama kurma. Kenapa kurma? Sebab semua anak-anak mommy suka makan kurma.

Dorang kalau dapat kurma ni, tak heran gula2 dah. Senang hati mommy. Tapi, dengan syarat tak tayang gula2 depan mereka lah. Kalau ada depan mata memang menangis nak gula2 lah jawapnya.

Kadang, mommy tukar kurma dengsn kismis. Pun mereka suka. Macam makan nasi je bila dapat kismis... yang paling best, mommy pun boleh join dorang makan juga.. hihihi....


Bekal nutrisi Dumex Dugro


Haa... mesti ramai tergoda dengan bekal nutrisi Dumex Dugro mommy tu kan? Ok lah mommy share cara2 nak dapatkan bekal comel dan cantik tu.

3 corak menarik bekal nutrisi

Korang boleh dapat percuma 1 bekal nutrisi dengan pembelian 2 pek 900g susu Dugro Dumex bermula dari 1 September sehingga 31 Oktober 2017. Dapatkan segera sementara stok masih ada. 

Ada 3 warna yang ceria. Merah, kuning dan hijau setiap design pada bekal nutrisi tersebut adalah berbeza. Bolehlah anak-anak tukar design setiap hari.

Mommylin pun belikan susu Dumex Dugro ni untuk Hafidh dan Harris. Sebagai nutrisi tambahan untuk mereka. Yelah.. dalam pada kita beri yang terbaik, mana tahu ada kurang nutrisi ke, kan? Jadi, mommy sediakan susu Dumex Dugro untuk mereka mendapat khasiat lengkap.

1 pek untuk Hafidh dan 1 pek lagi untuk Harris. Cukup sebulan stok susu mereka.

minum susu untuk dapatkan lebih lagi nutrisi

kegemaran mereka... perasa coklat

Jadi mommy lain, jom dapatkan Susu Dumex Dugro dan percuma bekal nutrisi untuk anak kita. Boleh lah korang berbento untuk bekalan anak2. Kalau mommylin memang tak reti bento2 ni. Hihi...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari ke laman web Dumex
http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/ncp.

Hafidh dan Harris ni membesar dengan terlalu pantas. Dan kadang kala mommy terasa nak berhentikan masa, agar mommy dapat meluangkan masa lebih lama bersama mereka. Mommy harap apa yang mommy sediakan untuk mereka adalah yang terbaik. Memang mommylin agak emosional sikit bila bercerita tentang anak-anak kesayangan mommy. Mommy berharap bila dewasa kelak, mereka akan menjadi lebih lagi dan menjadi insan yang berguna untuk bangsa, agama dan negara. 

Ok korang.. harap membantu dalam menyediakan makanan berkhasiat untuk anak yang sedang membesar.

Salam sayang,
Mommylin...  

You Might Also Like

1 leave a massage here...

  1. bagusnya anak-anak ada moommy macam allene..berkhasiat makanan diaorang makan..bekas dugro tu menarik

    ReplyDelete

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo