Shatavari herba untuk tambah susu ibu
Pertama kali mommylin dengar mengenai Shatavari. Sebelum ni, memang tak pernah dengar pula tentang herba Shatavari. Lepas tu, terus teruja nak tahu lebih lanjut pasal herba ni. Dan memang menarik tau herba Shatavari ni. Nak tahu juga tak? Jom baca ni. Mesti mommy yang lain jatuh cinta dengan herba Shatavari juga.
Apa itu Shatavari?
Rupanya Shatavari adalah herba terkenal dari perubatan Ayurveda. Kiranya di gunakan sejak dahulu lagi di negara sekitar India. Herba ini telal digunakan sejak 1000 tahun yang lalu sebagai tonik kesuburan untuk wanita.
Shatavari atau pun nama saintifiknya Asparagus Racemosus. Dan ada juga di kenali sebagai Asparagus India.
Khasiat dan Kebaikkan Shatavari
Khasiat Shatavari memang banyak dalam perubatan ni. Shatavari adalah antara herba terbaik untuk tubuh badan wanita.
Ada kajian mengatakan bahawa Shatavari boleh menghalang sel kanser. Selain itu, ianya juga boleh mengatasi masalah wanita seperti Mood Swing, menstabilkan hormon, kesuburan dan paling best untuk ibu macam kita. Meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Biasanya penghasilan susu merundum bila badan ibu terlalu penat atau kurang pengambilan makanan berkhasiat. Kesibukan di tempat kerja sering mengganggu masa untuk ibu mengepam susu dan stress dari kerja antara punca susu ibu merundum.
Jadi, ibu-ibu kenalah kawal emosi dan kurangkan stress agar susu dapat dihasilkan dengan banyak dan baik. Jika masih juga tak dapat menghasilkan susu yang secukupnya pada bayi, mommylin saran kan korang cuba Shatavari ni.
Herba yang terbaik untuk wanita dan ibu menyusu, ini kerana Shatavari memastikan penghasilan susu ibu yang konsisten serta tahap susu yang diperlukan oleh bayi setiap hari. Selain itu ianya juga membantu mengembalikan dan menstabilkan hormon wanita selepas bersalin.
Himalaya Wellness - Shatavari
Menariknya HIMALAYA Wellness juga ada mengeluarkan produk herba hebat ini. Dan ianya adalah 100% herba Asparagus Indian. Dan insyaallah di jamin HALAL ye kawan-kawan. Jangan risau.. Produk Himalaya menggunakan herba asli. Sebotol Shatavari mengandungi 60 biji kapsul. Sehari, hanya perlu ambil 2 biji. 1 biji waktu pagi dan sebiji lagi malam. Sebotol memang cukup untuk penggunaan sebulan. Berbaloi dengan harganya.
Cara pengambilan Shatavari |
Pengalaman dengan Shatavari
Mommylin love Shatavari |
Mommylin dah mencuba Shatavari selama seminggu. Alhamdulillah bab herba ni, memang serasi dengan badan mommylin. Hari pertama dah rasa penghasilan susu tu lebih. Dan mommy terus kan sehingga seminggu. Alhamdulillah... Aydina nampak kenyang dan segar lepas menyusu.
Istimewanya Shatavari ni, dia akan bantu kita menghasilkan susu secukupnya untuk bayi kita. Macam usia Aydina yang hendak menginjak ke 2 tahun ni, dia tak kerap menyusu. Sebab dia dah mula seronok makan. Tapi, bila dia menyusu.. susu memang akan bagi dia lebih bertenaga. Paling best, malam dia dah tak mengamuk kalau susu sikit. Elok lena je dia tidur lepas menyusu. Tak adalah dia asyik terjaga. Sebab dah kekenyangan. Lega mommy tau... kalau tak, setiap pagi bangun mesti sakit kepala sebab tidur tak lena.
Dah lama rasanya tak rasa baju basah. Tapi, semalam buat julung kalinya masa menyusukan Aydina, basah baju mommy. Nampak sangat Shatavari ni, memang berkesan dalam membantu ibu-ibu yang mengalami masalah susu merundum.
Cara pembelian
Kalau ada mommy-mommy yang tengah mengalami masalah susu merundum tu, korang boleh lah mencuba Shatavari ni. Memang lin sarankan korang cuba ni. Sebab ianya pure herb tiada bahan terlarang.
Boleh di dapati di butik Himalaya dan Farmasi-farmasi yang berdekatan kecuali Watsons dan Guardian. Harga untuk Shatavari sebotol RM54
Atau, korang boleh juga tengok di Facebook dan Instagram Himalaya untuk maklumat lanjut.
Facebook mereka Himalaya Herbals Malaysia
Instagram mereka di Himalaya Malaysia
Ok.. selamat mencuba korang. Moga anak2 membesar dengan sihat, cergas dan bijak dengan susu ibu. Susu terhebat untuk mereka.
Salam Sayang..
Mommylin...
9 leave a massage here...
Nak cuba jugak masa susukan baby nanti.
ReplyDeleteboleh rekemen kat kekawan ni
ReplyDeletebanyak kebaikan produk ni, boleh try nanti..
ReplyDeleteBestkan . Alhamdulillah settle masalah milkbooster . Yang penting usaha demi anakMoore tersayang
ReplyDeleteBestt , berkesan qaseh dah cuba
ReplyDeleteKak Nina pun baru cuba ambik Shatavari ni..
ReplyDeleteSo. Far dah nampak kesan positif. Berkesan!
Bagus produk.himalaya.ni
ReplyDeletebagi ibu yang hadapi masalah kekurangan susu badan..boleh cuba produk shatavari ni...memangh terbaik.
ReplyDeleteboleh cuba lepas pantang nanti
ReplyDelete