kbba

Latest Posts

GEMPAK GILER di Bangi Wonderland bersama keluarga

By 9:41 AM

Assalamualaikum...




Wah... akhirnya mommy merasa gak pergi mandi manda dengan anak-anak di Bangi Wonderland. Dah banyak kali lalu area Bangi Wonderland ni, anak-anak sibuk jerit-jerit nak mandi kat sini. 
Dan Sabtu haritu 2 December 2017, mommy buat suprise kat dorang. Bila sampai je pintu masuk Bangi Wonderland jerit-jerit seronok. Tu baru masuk belum lagi mandi manda kat dalam kan? 


Cuti sekolah ni, memang waktu sesuai sangat nak bercuti dengan anak-anak. Macam mommylin sendiri pun memang plan nak spend time dengan anak-anak bulan 12 ni. Almaklum lah Bulan 1 nanti 2 orang anak dah mula bersekolah. Jadi bagi masa dorang berhibur sebelum sekolah mula. Istimewanya bulan 12 di Bangi Wonderland, mereka ada buat event GEMPAK GILER. 


KBBA9

Rezeki mommylin kali ni, dapat bersama rakan blogger KBBA9. Lama dah tak jumpa dorang. Segan pun ada. Almaklum dah slim ni, macam segan lebih sikit.. bahahahah... Tepat pukul 10am Bangi Wonderland dah buka. So, kalau korang ada bawa makanan, memang tak boleh bawa masuk. Cuma botol air mineral atau BisCute by Mommylin tu boleh bawa masuk... hiihih. Makanan baby ofkos lah dorang bagi bawa masuk. Maksud mommy macam bekalan untuk makan dalam tu memang TAK BOLEH. So, kalau dah terbawa tak pe, dorang ada sediakan tempat untuk letak dan simpan sementara korang berjimba dalam tu. 

Sampai je dalam tu, Ya Allah anak-anak mommy terus dah tak sabar nak mandi. Dok merengek je. Nasib lah datang dengan D. D lah tengok anak-anak mandi sementara mommy dengan rakan blogger yang lain. 

Pagi tu, sempat kitorang buat suprise besday pada Ben Ashaari. Tapi macam biasa.. muka dia wat lek wat pis je... hahaha tapi, balik tu baru dia bagitahu... dia betul2 terkejut.. hahah jadi, menjadilah surprise kitorang. TQ kat mastermind blogger Umminani tolong arrangekan semuanya. 





Kemudian, ada ucapan pembukaan dan perasmian untuk promo GEMPAK GILER, sesi bergambar pihak Bangi Wonderland bersama tetamu VIP dan rakan blogger serta media yang hadir. 







Selesai acara perasmian, ada aktiviti game. Mommy macam biasa anak-anak tak de, daddy pun tak ada, boleh lah join. Memang syok... Lagi-lagi games kingkong and trainer. Hampehh betul. Betul2 macam kingkong mommy... ohohoho. Ada 2 game. Game pertama kumpulan mommy dapat no. Last! hahaha... tapi games kedua kami no2. Jadi lah... ihihih Dapat hamper... yeah!!! 




SYOK SANGAT MANDI MANDA

Bila sampai aktiviti bebas, mommy pun apa lagi, terus ke area Kids Adventures. Join Aydina main air. Syok woo... anak kecil pun seronok je main. Kawasan ni, air cetek je. Kalau baby tu, boleh je letak kat sini. Tapi, yang boleh duduk lah ofkos.. jangan baring kan pula... naya! 



Age of Pirates ni, ada juga slide yang sesuai ikut umur anak-anak. So, tak adalah dorang bosan main benda simple. Macam anak mommylin yang 5 tahun tu, suka sangat main 1 slide tu, berkali kali dia panjat atas nak main. Sampai dia pula yang ajar mommy main slide tu. Sebab tetiba mommy dia jadi penakut. hahah... Dan yang paling best kat situ kan, ada 1 baldi besar yang akan curahkan air yang banyak sangat. Masing2 dah sibuk tunggu air jatuh macam air terjun. Tak ketinggalan Aydina pun tunggu juga kat situ. Amboi sangat anak dara kecil tu. 

Kemudian mommy jalan-jalan lagi ke Typoon River. Pelampung boleh sewa kat situ dengan harga RM15. Deposit RM10. So, total RM25. Pakai lah sampai 5.59pm.. sebab bila pukul 6 baru nak pulang, tak dapat deposit nanti. So, cepat2 pulangkan pelampung tu. Syok ada pelampung tu, mommy buat guna jalan kat Typoon River tu. Anak-anak boleh pula tak nak naik. Maka mommy je lah fefeling sorang2 kat atas pelampung tu sambil di tolak arus air sungai tu.



Kemudian, mommy terus ke Pirate Bay. Sini santai sikit. Kawasan besar, air cetek dan dalam pun ada. Sebijik macam pantai, siap ada ombak. 

Lepas penat mandi-manda, mommy rehat kejap kat khemah sambil dengar Ezad Lazim dan Ameng Spring nyanyi... wah... syok habis lah.. layan......~~




Banyak lagi kawasan mommy tak sempat lawat. Tak sempat nak main. Nanti plan nak pergi lagi bulan Januari ni. Besday Hafidh dan Aydina. Bagi dorang happy2 lagi. Tak sabar mommylin nak cuba area yang banyak slide extreme tu. Kalau korang nak tahu, Bangi Wonderland memang terkena dengan Slide yang advanture dan extreme. Sapa yang minat dengan benda-benda macam ni, atau sesiap yang suka aktiviti macam ni, boleh dah datang ke Bangi Wonderland. Dekat je wei... Area Selangor je. Harga pun berpatutan, lagi2 musim GEMPAK GILER ni. Rugi sapa tak datang. 

Ok lah.. Mommy nak belanja gambar-gambar permainan yang ada dalam Bangi Wonderland ni. 




Ni nama mainan Water Cannon. Tak semua boleh main ok. Kalau ada masalah jantung, mengandung memang tak boleh. Kuat bunyi air dia. Kita tengok pun terkejut jup. ihihih



Selain itu, ada banyak lagi slide dan mainan yang menarik. Antaranya, Anaconda Trail, Body Slide, Boomeriang, Green Pearl, Insane Racer, Magic Funnel, Meander River, Pirate Spa, Spiralax, Surf Rider, The Fall, Wonder Loop dan macam-macam lagi.












GEMPAK GILER

Event GEMPAK GILER ni akan berlangsung sepanjang December 2017 ni. Setiap hujung minggu akan ada artis popular buat show di  Bangi Wonderland. Memang havoc lah bila sambil mandi-mandi main slide, sambil dengar artis menyanyi. Serius memang best. Masa mommylin datang haritu, ada Ameng dan Izad. Ehh... feeling tau layan dorang nyanyi. Anak-anak sibuk mandi, mommy perhatikan dorang sambil join artis nyanyi. weeee.... syok! 

Promosi GEMPAK GILER ni, bermula 1 sehingga 31 December 2017. Harga tiket pun menarik tau. 

Harga tiket promosi:
Isnin - Jumaat RM150 untuk 4 orang (my Kad) / RM80 (Non My Kad)
Sabtu & Ahad / Cuti umum RM180 untuk 4 orang (my Kad)  / RM210 (Non My Kad)

Harga tiket biasa: 
RM58 untuk seorang (My Kad) / RM70 (Non My Kad) 
Kanak-kanak (90cm-130cm) RM48 untuk seorang (My kad) / RM60 (Non My Kad) 
Warga emas dan OKU 50% diskaun 

Tiket boleh terus dibeli di kaunter. Atau boleh juga beli tiket promo ini  di 11street.my, travelog.com dan wonderfly.asia bermula dari 1-30 December 2017.



Antara artis yang akan buat persembahan pada setiap 2pm di Bangi Wonderland
  • 2/12 - Ameng Spring dan Ezad Lazim
  • 3/12 - Dato' Awie dan Siti Nordiana
  • 9/12 - Amy Search dan NICO G
  • 10/12 - Khalifah dan Projector Band 
Untuk maklumat lanjut korang boleh terus ke website www.bangiwonderland.com.my atau ke official facebook Bangi Wonderland Themepark & Resort



Mommy&anak2 yang happy, 
Mommylin 

You Might Also Like

0 leave a massage here...

Followers

Google+ Followers

Label Cloud

::homemadefood::. .:: #besday party# ::. .:: 1st time::. .:: Adaptasi novel ::. .:: ads ::. .:: anniversary ::. .:: artstouch ::. .:: baby carrier ::. .:: big family story::. .:: breastfeeding ::. .:: business ::. .:: cakap-cakap ::. .:: celebration of fairy tale day ::. .:: cheesekut ::. .:: Cloth Diaper ::. .:: coretan untuk anak mummy ::. .:: D.I.Y ::. .:: d' info ::. .:: Hafidh Aryan ::. .:: Harris Adeel ::. .:: iluvislam ::. .:: imladyadie ::. .:: interior designer ::. .:: just about me ::. .:: korean ::. .:: love ::. .:: mainan kiddo::. .:: mei tai ::. .:: menu si kecik ::. .:: motherhood journey ::. .:: my little Iman ::. .:: my LITTLE love ::. .:: natural remedy ::. .:: no drug life ::. .:: novel ::. .:: novel review::. .:: nursing cover ::. .:: our activity ::. .:: our love::. .:: our syurga ::. .:: peringatan ::. .:: petua mudah bersalin ::. .:: pregnancy moment ::. .:: ragam MHA ::. .:: resepi baby ::. .:: review ::. .:: segmen ::. .:: the precious moment ::. .:: tragedi ::. .:: wedding preparation ::. .::ayam pandan ::. .::gbsb::. .::giveaway::. .::homemadefood::. .::imladyadie::. .::islam itu indah ::. .::ramadhan::. .::resepi ikan::. #misikurusallene #simpleresepibyallene 100% natural 3rd pregnancy. adik MHA ads Agent biscute agoda aidijuma ALine Healthy FOOD ALine Works Allene aman palestin amar baharin anak syurga apple cider vinegar artis arts aydina nufayla babies blink babyfood bahtera barut beauty bedung beranang Birthday biscute by mommylin biskut baby blog blog review blogger blogger day out Bloggermalaysia brotherhood cahaya raya carity cenderahati cintahati coffee lover contest cuka epal cuti malaysia D daddy mha deko demam drama melayu dramago dugaan ramadan 2015 durian e-novel estofa glow event event blogger family day fathers day filem food food review frozen food funny gathering gojes blogger gopro habibi oil hadi hadi family Harris hijab pins by mommylin holiday Home sweet home homemadecokies homeopathy homeschooling homework husband instant shawl Interior jakel jalan2 dengan anak jerebu kaison malaysia kanser kari kepala ikan kbba kbba9 kecantikkan diri kelab blogger ben Ashaari kelabbloggerbenashaari kes semasa kids friendly house kids friendly play komen kopi pegaga kuih muih kun anta lazada lzs madu mak wan MHA malay malaysian mandian herba masker vietnam melaka mh17 mini zoo kl tower miracle collagen dust misipottytrain mommy blogger mommylin mommylin at kitchen mommylin holiday mommylin love and care motherhood Mudah amal sunnah muslim produk natural way nursing in public online business online printing online shopping parenting passion pengalaman bersalin pet pin cushion preggy mom program zikra 2015 qurta anta rakuten ramadhan rambut cantik rambut gugur raya 2014 raya 2015 raya 2016 raya2017 restoren review Review review butik review drama review product rezeki rysya skincare SALE sekinchan sekolah 2017 ser serunding halia bilis shawl. shopee shopping online shopping raya short vacation si kecik ::. simple skin2love by mommylin suppliment surya cuka epal susu dugro susu ibu susun atur throwback tip typical mommy tyzara shampoo ubat traditional ucsi group Vacation viral vitamin kuku wahm Web review wifeadie yhadifamily . allene family zalora zoo